beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, April 28, 2009

Bila Di Landa Musibah

Bila mcm2 perkara yang terjadi pada aku dalam beberapa bulan ni, hari ini, aku teringat lagu mawi, sujud...

Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup

Andai waktu itu tibaS
emaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud

harap aku tabah dan kuatkan pegangan dan kepercayaan kepada kekuatan Allah yang sentiasa membantu hambaNya.

Terusik Hatiku

Pagi tadi selepas dah siap semua, aku turun ke bawah nak melangkah ke tempat kerja. Aku berhenti minum air di meja makan. Mak aku datang dan bagitau, nenek aku akan operation hari ni. Dia minta aku hadir sama. Kata mak aku lagi, nenek aku dah dua kali kena strok masa doktor buat scan. Dan doktor minta kami semua bersedia, kesan selepas operation adalah :

1. Nenek aku buleh lumpuh sebelah badan
2. Nenek aku buleh koma
3. Nenek aku x dapat diselamatkan
4. Operation berjaya

Aku berharap operation berjaya, dan nenek aku kembali seperti sedia kala. Nenek aku dah berumur 89 tahun. Badannya pun agak gempal, operation ni adalah untuk memasukkan skru di bahagian pinggang sebab kaki dia dah takleh bergerak akibat jatuh sebelum ni.

Kenangan aku dengan nenek aku amatlah banyak, aku suka nenek aku ni sbb dulu masa aku kecik2 aku slalu temankan dia pergi jual nasi pagi2. Slalu la aku dapat mkn mcm2 lauk yang dia masak. Nenek aku mmg pakar masak, dulu masa mudanya, dia slalu dijemput untuk masak pada rumah2 kenduri.

Aku amat berharap nenek aku berjaya tempuh operation ni dengan berjaya, sbb aku pernah berjanji, untuk bawa dia berjln2 naik kereta aku. Kemudian, dia juga pernah minta untuk kalau boleh dia nak tgk aku kahwen. Dia nak tolong masakkan lauk bagi bakal bini aku rasa. Tapi aku takut tak berkesempatan.

Dan akhir sekali dia suka bila aku baca quran dekat dia. Dan baru2 ni dia ada minta untuk aku buat mcm tu. Aku x tahan sedih. Aku tau aku bukan seorg cucu yang baik. Tak byk jasa dia yang mampu aku blas. Dia slalu tlg aku, pernah aku tak berduit, dia mcm tau jer, pagi2 dia akn bagi dekat aku. tapi aku tak pernah nak ambil.

Aku berharap sangat aku masih berkesempatan untuk jaga nenek aku. Aku nak belanja dia makan bubur ayam McD dan kentang lenyek KFC. Dia suka makan benda tu.

Aku harap kepada semua kawan2 tolonglah doakan dia kuat untuk tempuh operation ni. Dia tabah untuk sembuh. Dan yang penting x berlaku kesan2 yang doktor tu bagitau. Aminn...

Thursday, April 23, 2009

Insan Istimewa

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan sahaja dirindui yang biasa
Malah Adama turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita dengan keimanan
Bukannya harta ataupun pujian
Kelak tidak derita berharap pada yang binasa
Engkaulah wanita istimewa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan

Wednesday, April 22, 2009

Membuat Pilihan

Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai perkara yang memerlukan kita untuk membuat sesuatu pilihan. Samada kita nak atau tidak selalunya kita terpaksa juga untuk membuat pilihan. Walaupun berat dan susah, tetap pilihan yang kita buat perlu dihadapi dengan tabah. Selalunya pilihan yang kita ada hanya dua, contohnya:
1. Atas dan bawah
2. Depan dan belakang
3. Kiri dan kanan
4. Kebaikan dan kejahatan
5. Kesenangan dan kepayahan
6. Dosa dan pahala
7. Mengarah atau mengikut
8. Berjalan atau berlari
9. Meneruskan atau berundur ke belakang
10. Rajin atau malas
dan banyak lagi yang perlu kita membuat pilihan. Namun janganlah kita lupa, semua yang kita pilih perlulah bersandarkan kepada Allah s.w.t kerana hanya dia yang menetapkan segala ketentuan untuk kita. Kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi teruskanlah berharap untuk mendapat redha dan rahmat daripada Allah, hanya daripadaNya datang kebaikan terhadap diri kita. Jangan kita kufur akan nikmatNya dan jadilah seorang yang cemerlang bukan sahaja didunia malah juga diakhirat.

Monday, April 20, 2009

Pengertian Cinta

Cinta itu banyak pengertian...
tapi bagi aku cinta adalah... kawan sejati.
Orang yang mencintai kita mestilah telah mengenali kita dengan sebenar-benarnya iaitu baik dan buruk kita, kelemahan dan kebaikan.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang. Oleh itu jangan tertarik kepada seseorang kerana parasnya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan.
Jangan pula tertarik kepada kekayaannya kerna kekayaan dapat musnah.
Tertariklah kepada seseorang yang dapat membuatmu tersenyum, kerna hanya senyuman yang dapat membuat hari-hari yang gelap menjadi cerah ibarat kata orang setiap bunga mawar pasti ada durinya. Dari kesusahan itu akan diperolehi kesenangan dan kebahagiaan seperti durian berduri dan bunga ros berduri yang harum baunya...
Dan jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, janganlah terlalu sedih, terimalah kenyataan itu dan sekurang-kurangnya dia pernah membahagiakan kamu.
Tetapi apabila ada yang datang, jangan biarkan ia berlalu pergi dan jika esok kalau ia masih bertandang, jangan harap ia akan datang kembali.
Cinta datang dan pergi, namun rasa bahagia akan kekal dalam hati. Cuma semailah cinta agar ia tidak berkubur dan bersemadi selamanya.

Sunday, April 19, 2009

Mempercayai Pertolongan Daripada Allah

Kita sebagai manusia yang beragama Islam wajib mempercayai segala kejadian yang berlaku adalah diatas hikmah dan kehendak Allah s.w.t. Segala perkara yang terjadi, hatta yang mendukacitakan, menyedihkan, menggembirakan dan sebagainya adalah di atas ketentuan Illahi. Dan kita wajib bersyukur di atas kejadian yang berlaku walau kadang kala kita rasa tidak mampu untuk menghadapinya.

Kejadian dan dugaan yang berlaku kadang-kadang membuat kita semakin sayang dan mengingati Allah atau kadang-kadang membuat kita lupa kepada Allah. Namun bila kita makin mempercayai pertolongan daripada Allah maka Allah akan makin mendekati kita dan akan memudahkan segala urusan kita. Namun mampukah kita berbuat dan mengikut segala suruhan dan meninggalkan segala laranga. Kita patut sebab pertolongan daripada Allah itu pasti cuma lambat dan cepatnya sahaja yang perlu kita tunggu.

Allah takkan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia yang mengubah nasib dirinya sendiri. Malah Allah takkan menguji seseorang itu andainya Dia tahu kita tidak mampu menghadapinya. Kadang-kadang ujian yang kita terima amatlah pedih dan berat, masa itu kita akan berdepan dengan bisikan yang perlbagai dalam menjadikan kita mengalah dengan pertolongan Allah tapi kadang-kadang kita diuji dengan kesenangan dan kegembiaraan, ini juga membuatkan kita lalai akan pertolongan Allah selama ini. Jadi berhati-hatilah dalam menilai setiap perbuatan kita. Allah sentiasa dekat dengan kita. Hanya kita yang selalunya menjauhkan diri daripadaNya.
Capricorn (Dec 22 - Jan 19)

The Bottom Line
Something big is coming! Preparation is important, especially in terms of finances.

In Detail
Something big is coming, and it might come before you are completely ready for it! So preparation is the big theme for you today, and you'd be wise to double check your finances. Look for opportunities to travel -- do you have all your shots? Is your passport valid? There are clues dropping regarding all things romantic, and by the end of the day you will probably have enough information to make an educated guess. Things are going to start getting exciting!
What is going to happen? Hopefully sume yang baik la... tolonglah, aku dah tak larat nak ditimpa masalah.... Have faith to Allah. Please...

Thursday, April 16, 2009


Serabut, serabai, kecewa, marah, kusut, tensen, sedih, sebak, kecik hati, sakit hati, bengong, bodoh dan macam-macam yang aku rasakan hari ini. Kalaulah mampu aku lari ke dunia lain mahu rasanya buat mcm tu. Tapi bukan kehendak aku... masalah bertalu-talu datang menghampiri. Biar pun dah ku cuba untuk melepaskan segalanya, tapi selepas satu datang yang lain. Membuatkan aku berasa tidak berguna dalam kehidupan.
Tapi serahkan diri pada Allah makanya Dia akan membantu untuk memberikan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Doakan la agar aku sempurna dan kuat dalam menghadapi segalanya.

Monday, April 13, 2009

Hikmah Disebalik Kejadianku

Tuhan…
Kejadianku daripada tanah..
Tanah adalah hina, dipijak-pijak orang, dilempari orang dengan najis-najis, kotoran dan sampah sarap ke atasnya. Orang pijak dan orang buat berbagai perkara di atasnya.

Tanah sedar bahawa dirinya hina, maka ia dapat menerima kehinaannya itu dalam bentuk apa sahaja. Lakukanlah ke atasnya dia boleh menerima tanpa bantahan. Tanah boleh terima apapun yang dibuat kepadanya. Pijaklah tidak mengapa! Lemparlah apa saja kepadanya,
Buatlah apa saja kepada aku, aku redha. Seolah-olah begitulah tanah berkata kalau dia boleh bersuara.

Tanah kalau dicurahkan air kepadanya tetap diserapnya ke dalam badannya. Air adalah simbol Rahmat dan Berkat, ia mudah menerimanya dan tidak menolaknya. Kalau air itu berlebih dari yang terserap, air itu sangat berguna kepada benda lainnya. Boleh diminum oleh makhluk Tuhan, boleh pula membersihkan najis dan kekotoran di belakangnya.

Karena redha, tanah itu subur pula oleh air dan sampah sarap yang dilempar ke atasnya. Karena suburnya orang bertani di atasnya, ramai makhluk yang mendapat manfaatnya.

Di atasnya juga orang memelihara ternakan menjadi hasil pula kepada negara. Orang bangunkan kemajuan, orang bangunkan tempat tinggal dia terima saja.

Tanah (bumi) karena tawadhuknya ramai makhluk dan manusia mendapat manfaatnya. Sungguh banyak budinya kepada manusia dan makhluk Tuhan.
Tuhan…
Begitulah kejadian tanah, begitulah tabiat tanah sentiasa merendah diri setiap masa. Buat apa saja ke atasnya boleh dia terima. Hasil dari itu banyak khidmatnya kepada makhluk dan manusia

Tuhan…
Aku adalah dijadikan daripada tanah, aku hina. Karena kejadianku dari tanah hina, Engkau kekalkanlah tabiat dan sifatku seperti tanah.

Jadikanlah aku orang tawadhuk seperti tanah. Kalau orang hendak mengata dan menghina aku, jadikanlah aku boleh menerimanya. Aku redha dengan kata-kata penghinaan itu karena aku memanglah hina, sesuai dengan kejadianku.

Tuhan…
Engkau jadikanlah aku boleh berkhidmat kepada manusia dengan berbagai cara. Sesuai dengan tanah kejadianku, yang banyak berkhidmat kepada manusia makhluk-Mu

Jadikanlah aku boleh berkhidmat dengan manusia. Dengan ilmuku, dengan fikiranku, dengan tenagaku, dengan hartaku, dengan kemaafanku, dengan kasih sayangku, dengan senyumanku, dengan kemesraanku, dengan kesabaranku. .

Tuhan…
Engkau kekalkanlah tabiat dan sifat tanah itu pada diriku hingga tiba kematianku. Yang mana aku dari tanah dijadikan, bertabiat tanah kekalkan, kepada tanah aku akan dikembalikan dan terimalah aku bersama redha-Mu
*menarik doa dia....

My Horoscope Today

"Things are building slowly in a new relationship, but make no mistake -- progress is being made. It's like that construction site you see each day. For months it's nothing but a pile of wood and a hole in the ground. Then suddenly, as if overnight, a building is standing there. Relationships can be like that. Right now there is only a barebones connection, but soon enough you will see how the two of you have the structure you need to create something unique and wonderful together."

(Horoscope from Friendster : 14 April 2009)


* Mcm menarik je bila aku baca benda ni.... coming soon. "Sabar Dalam Mencari Membuahkan Kejayaan Yang Manis" Aku nak hidup bahagia didunia dan akhirat. Mempunyai zaujah yang menyayangi dan disayangi, mencintai dan dicintai malah merindui dan dirindui. Apakah akan kutemui cinta seperti ini. Hanya tuhan yang tahu. Namun tak salah untuk mencuba. Kenangan terindah tetap diingati, namun belajarlah melalui penglihatan dan pendengaran kepada pengalaman orang lain atau diri sendiri. Kelak kita akan mengetahui betapa sesuatu yang sukar bila diperolehi memberi makna yang amat berbeza.

Friday, April 10, 2009

Kerinduan

Bila hati menyepi
Kerinduan akan mula bertapak
Kita akan terpanggil dalam kesyahduan
Menggamit kenangan yang indah
Namun apakah mungkin akan berulang
Segala kenangan yang telah terjadi
Walau dengan ketiadaan yang dirindu
Seribu kenangan menjadi hamparan
Betapa tinggi nilai kasihku
Namun hanya Tuhan yang mampu
Mendengar keluh kesahku
Agar aku mampu berteman
Dalam kesunyian yang menghimpit
Hidup yang tiada bertepian
Apakah dosa lama akan menghantui
Sejarah kelam hidupku
Dalam meneruskan perjuangan hidup
Walau kini di rundung rindu
Tanpa teman yang mampu
Mendamping dan menemaniku
Hingga akhir hayat
Serta putus nyawaku...

Thursday, April 9, 2009

Kasihku Abadi


Kamar hatiku,
sekian lama Suram dan sepi, kekosongan
Aku mencari insan sejati
Untuk menemani hidupku

Adam dan Hawa diciptakanNya
Disemai rasa kasih sayang
Agar bersemi ketenangan
Dan kedamaian di hati

Ku harap hanya keikhlasan
Dan ku rindukan keramahan
Aku inginkan kemesraan
Berkekalan berpanjangan
Mengasihimu, dikasihi
Menyayangimu, disayangi
Merindui dan dirindui
Saling mengerti di hati

Biar hilang kabus di wajahku
Biar tenang resah di dadaku
Terimalah serta kabulkan harapan ini
Oh Tuhan

Ku melafazkan kata penuh makna
Bersaksi Tuhan yang Maha Pemurah
Hidup mati jodoh pertemuan
Ditentu Allah yang Esa
Perkenankan hasrat di hatiku

Moga impian kan dirahmati
Dipertemukan serikandi
Susah dan senang sama harungi
Demi cinta yang hakiki
Oh...

Perkembangan Terbaru

Sorie la kepada kawan-kawan semua, aku skrang dah jadi cikgu kat sek men lama aku... Aku memula jadi guru ganti... aku mengajar geografi... adoi... penin juga ngaja bebudak ni... mau biol aku. hehe... tapi apapun aku berseronok kerana dapat mengajar dan membuat perkara yang best sepanjang aku mengajar...

tambahan pula skrang adalah masa aku bersedih kerana kejadian yang banyak tak diduga berlaku... terluka, kecewa, sedih, sebak dan macam-macam lagi. Apapun hikmah disebalik apa yang terjadi aku berharap agar mampu memberikan aku kekuatan untuk menempuh hidup ini. sesungguhnya aku menantikan saat penghujung bulan 5 dan awal bulan 6 kerana disitu terletak satu ujian samada aku mampu melepasinya atau tidak.

seandainya aku tidak mampu temui jalan untuk berdepan dengan ujian ini, siapa pun tidak tahu apa akan terjadi melainkan Allah s.w.t sahaja. Tapi aku berharap mampu melepasinya dengan bantuan baru daripada kawan-kawan yang selama ini banyak aku abaikan.

aku benar-benar mengharap satu kekuatan akan lahir demi melihat orang-orang yang aku sayang bahagia bukan sahaja didunia malah diakhirat...

doakan aku wahai kawan-kawan... makbulkan permintaan ku wahai Tuhan.