beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, February 1, 2011

Hati; Pejabat Organisasi

Umpamakanlah hatimu ibarat sebuah pejabat. Keluarga, sanak saudaramu umpama individu-individu yang sentiasa membantu menguruskan operasimu di pejabat. Kamulah wahai empunya hati, ketua di organisasi tersebut.

Namun adalah belum sempurna jika pejabatmu itu tidak dihadirkan dengan seorang pembantu yang sentiasa berdamping denganmu... Tidakkan lengkap organisasimu tanpa seorang teman yang mahu sehidup dan semati dengan mu sepanjang kamu mengendalikan segala macam perkara di sana.

Lihatlah dunia dari sudut yang pelbagai. Kadang-kadang ada yang datang ke pejabat mu sekadar untuk memijakkan kaki, malah ada juga yang datang dengan niat hasad dan dengki, namun ada juga yang datangnya sekadar melawat dan menziarahi.

Biarlah ia hadir, tekunlah kamu melayani tetamu-tetamu itu. Janganlah kamu singkatkan pemikiran dengan memikirkan perkara-perkara yang negatif daripada tetamu-tetamu itu. Terimalah mereka seadanya. Kerana pada akhirnya, kamu akan menemui seorang daripada tetamu itu yang akan memohon untuk menemoatkan diri di dalam organisasimu dan bersiap menghadapi susah dan senang bersamamu melayari bahtera organisasi mu itu.

Janganlah pula kamu menutup pintu serapatnya. Jangan juga kamu mengharapkan selebihnya. Sedangkan dia juga manusia sepertimu. Layanlah ia, didiklah ia, bekerjasamalah dengannya dan bergabunglah dengannya. Kelak hidupmu akan bahagia.

Sesungguhnya, walaupun sudah berteman, organisasi pejabatmu itu, tetap masih di dalam kawalanmu. Janganlah abaikan ia walau telah mempunyai pembantu. Janganlah dibuang ia dek kerana telah ada yang menguruskan. Hatimu tetap milikmu. Hanya dirimu yang layak selayaknya.

Tapi yakinlah dengan ketentuan Illahi, kerana Dia lebih mengetahui siapa sebenarnya yang lebih layak dalam membantu dirimu menguruskan sebuah organisasi pejabat dihatimu.

Wahai penyeri sekeping hati juga peneman dikala sepi, biarlah dirimu sekadar orang yang biasa, ataupun dirimu orang yang berada; walau kamu tiadalah berharta, juga tiadalah bekerjaya, hati disini tetap bersedia menerima bila ditakdirkan untuk bersama.

Ku menyeru dimana pun dirimu, sedang apapun buatmu, janganlah kau berputus asa menutup pintu hatimu. Walaupun pernah hatimu dihadiri dan dibuka buat insan lain, biarkanlah ianya berlalu bagai angin yang menderu. Teruskanlah mencari. Kerana takdir Illahi, hanya kan dipenuhi. Setelah hatimu dan hatiku, bersatu juga bersemi.