beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Sunday, May 29, 2011

mE @ hiMPunAn 1,000,000 bELiA

28 Mei 2011 menjejakkan kaki ke Putrajaya bersama barisan belia dari Negeri Pulau Pinang. alhamdulillah, kemeriahan dapt dirasakan dengan himpunan hampir sejuta belia. macam2 aktiviti berpekdah kami jelajahi. sempoi, takjub dan best, smpi kaki lenguh2. yg x best, jualan makan setempat ja, jenuh nak cari bila perut lapaq dan kaki lenguh, seksa juga la. tapi apapun, banyk benda ceq blaja..

ni aktiviti malam dekat sna. tu dia, org punya ramai semata-mata nak tgk si Super Junior tu mai. amboi2... kalau la depa ni xmai, agak2 bape ramai la yg tinggai. hehehe...

ha... ni sja bagi nama gelombang biru, bukan psai politik, cuma nak kasitaw, majlis belia negeri pulau pinang, kita pilih tema wana biru taun nie, dengan t-shirt yg cantik, belon yg comel., ha blh tgk belon2 kami sentiasa memeriahkan suasana. tima kasih kepada tukang2 tiup, bak kata en.mad, napas korg sume berterbangan di udara putrajaya. tahniah2. tenkayu sejuta dan infiniti dari kami.



gua pun apa lagi, mna blh lepaskan peluang bergambar. tp ceq simpan ja kamera, gmbr2 di atas adalah hasil ramakan kawan2 yg prihatin terhadap kewujudan diri ini. hehehe... wah cara juga kan bila sesekali ada org dok amek gmbr kita. trimas ye kwn2 ku, lenkali amek la bg berlebih-lebihan lagi... kui3...


apapun tahniah kepada semua. saya juga mohon mahap ats segala kekurangan, kami dah cuba memberi yg terbaik, tapi sygnya adat seorg manusia, x sumenya dapt di PERFECTkan. ini yg terdaya. semoga semua ENJOY dengan ROMBONGAN kita aritu.

Monday, January 11, 2010

Tahniah Buat Presiden baru MBM

Minggu lalu sangat terharu di hati melihat kemenangan seorg yg rapat dgn kita. Bisikan ditelinga selepas kejayaan beliau adalah "Macam x percayakan, tp inilah perjuangan kita selama ni". Syukur sgt, melihat kemampuan, kepimpinan dan kredibiliti beliau mmg sgt mengkagumkan, lahir dri jutaan rakyat malaysia, dan beliau seorg sahaja yang kini memecah rekod sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia dibawah 40 tahun, tanpa perlu pengaruh dan kuasa tertentu, memperlihatkan dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada perwakilan belia seluruh Malaysia. Didoakan semoga beliau akan terus mengorak langkah mengikut gagasan yang beliau inginkan dan menjadi ikon belia yang mampu berjaya dgn daya usaha yang kuat dan gigih. Sorakan "Hidup Maliki" sewaktu diumumkan sebagai Presiden masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Sgt memperlihatkan betapa para belia sgt mengagumi kemampuan beliau. Kini harapan dan tanggungjawab yang dipikul sgt kuat dan berat, namun sbg salah seorg individu yg rapat dgn beliau di peringkat negeri, sy yakin dan percaya beliau mampu membawa perubahan seperti dalam ucapan Y.A.B Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa ucapan beliau pada Makan Malam MBM di KLCC, belia seharusnya mempunyai "Courage to Change". Gud luck my bro... mcm cerita matrik, u are the choosen one...

Thursday, September 3, 2009

Malaysia Satu

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu, semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan
Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia, kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku oh terus membara janji
ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan