beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT
Showing posts with label kreatif. Show all posts
Showing posts with label kreatif. Show all posts

Wednesday, May 11, 2011

HiKaYat AGUNG PerMATA PujangGA




Kesah perlu berMULA dan akan ada pengAKHIRannya...
Adakah kini langkah semakin ku hampiri memulakan sebuah kisah CINTA AGUNG...
demi untuk sebuah legasi silasah KELUARGA...

Biarlah ia bermula dengan BAHAGIA...
berakhirnya tidak dengan sengsara...
cukuplah penat hanya seketika tapi kelak kekal sejahtera...

tak mudah mendabik dada kerana aku bukan sesiapa
sekadar seorang MANUSIA yang ingin mula melayarkan bahtera
menuju RedhaNYA bersama insan yang akan ku CINTA...

aku berharap untuk bermula
kerana ku kira masanya telah pun tiba
HIKAYAT AGUNG PERMATA PUJANGGA
merealisasikan HARAPAN demi mencapai IMPIAN...

Tuesday, December 22, 2009

Gerimis Jiwa, Embun Permata

Puisi lagu gurindan jiwa,
Sekadar menghias hati yang lara,
jika disemat sekuntum bunga,
baunya akan menyentuh sukma,
jika termakan pucuk mengkudu,
pahitnya terasa hingga ke lidah,
kalau hati menanggung rindu,
biar jiwa bermain madah,
Sesudah subuh datangnya siang,
menjelang maghrib berlabuhnya mentari,
kalau menyepi orang tersayang,
tanyalah apa salah sendiri.
sampan tua meredah lautan,
harap mendapat sepukat ikan,
jangan mengharap belas kasihan,
terus usaha mencapai impian.

Sunday, December 6, 2009

9 Nyawa

Ni gambar aku amek sendiri... apapun... setelah di khabarkan buku ni dah otw nak kuar pasaran, buat aku teruja sgt2 nak mencari. Mula2 ada entry aku baca kat internet kata kuar bulan 1 taun depan, tp ada member bgtau lak yg dah kuar minggu lepas. Aku pun mencari la ke serata alam. 3-4 kali kal popular dok kata x sampai2 lagi... tensen gaka ku menunggu. Kal member kat kl pun x dpt lagi.
Last hujung minggu baru ni, aku p quensbay, tgk kat border, xdak, tgk kat popular dia pun xdak, pastu aku gerak g gurney plaza, tgk kat MPH... memula dia kata xtau,, pastu bila check kat sistem, ada 5 buah, aku apa lagi desak dia suh bg la. Cari la dkt rak, xdak, pastu dia kata kejap tgk kat stor. aku ikut skali la masuk dlm stor dia cri buku tu. Last2 ada. hehe,...
Dan skrang aku sedang mengabaikan kerja kerana nak menghabiskan pembacaan buku nie... Memang sgt2 best. Biasa la, Ramlee Awng Murshid... hehe... Tahniah la kepada beliau, hasil penulisan yang menakjbkan. X sia2 aku bersusah payah mencari.
Buku yang akan datang katanya, sambung laksamana sunan, tpi dah xdak citer pasal watak haryati dan dani, citer sunan dgn watak baru... balik ke zaman kesultanan melayu melaka 1511. Wah makin teruja aku nak baca... Gud luck to my best author... sdr ramlee awng murshid...

Wednesday, November 18, 2009

Ketika Cinta Bertasbih

Sedih, sayu, meruntun jiwa, gembira, menarik, terhibur dan bermcm2 lagi perkataan yang dpt diberikan untuk movie ni. Apapun, ada benar dan ada yang tidak benar. Ada suka dan ada yang tidak suka... apapun aku tetap gembira untuk menonton cerita ni. Alangkah bahagianya hidup seorg penjual bakso, a\walau diri ditolak, namun usaha dan kesungguhan mampu membuahkan sesuatu yang lebih baik. Cuba contohi dan serapi dalam jiwa dan sanubari agar menjadi suatu sumber kekutan bg menempuhi hari yang mendatang.
p.s: Aku sudah JATUH CINTA... hehe...

Tuesday, October 27, 2009

Ayat-ayatku....

Pagi tadi bila sampai ofis, on laptop, buka facebook, pastu dtg ilham ayt-ayt best... so ni ayt yg terhasil oleh diri ini pada pagi td; (kalau sama dengan sesapa nasib la kan, tapi mmg aku buat sendiri ok)
Ayat Pertama :

mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon... mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya... mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga....

Apakah maksud disebalik kata-kata ini, pada aku, mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon adalah - aku sekarang sedang mencari-cari kepuasan dalam meniti satu kehidupan. Biarlah apa saja yang aku lakukan adalah yang terbaik dan memberikan kepuasan yang teramat apabila telah melakukannya.

mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya - aku andaikan cahaya yang hadir adalah kasih sayang yang dicurahkan kepada aku selama ni. Tetapi aku mencari kasaih dan sayang yang jujur dan ikhlas yang menyayangi aku sepertimana diri aku, juga mengasihi aku baik kekurangan maupun kelemahan dalam diri.
mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga pula membawa erti betapa diri ini sangat mengharap bantuan dalam mencari keharuman kebaikan-kebaikan dan keagungan Allah s.w.t. Bukan mudah mencari yang mampu bersama-sama menempuhi jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
Ayat Kedua:
mencari biar berjumpa, berjumpa biar serasi, serasi baru berkait dan berkait baru terikat, terikat baru sejati...
ayat ni pula secara asasnya membawa maksud sekiranya kita ingin mendapatkan kasih dan sayang yang sejati, mendapatkan kebahagiaan yang abadi perlulah kita mengikut proses-proses ini:
bila mencari biar berjumpa - bila kita nak kahwen perlulah ada calonnya. Bila nak berkwn perlu ada pasangannya, bila nak bersama-sama perlu ada orangnya. jadi carilah dulu bagi berjumpa.
bila berjumpa biar serasi - bila kita dah cari dan berjumpa, kenalilah hati budinya, kenalilah keluarganya, kenalilah latarbelakang pendidikan, keturunan dan sebagainya tentang orang yang kita jumpa. carilah keserasian antara kita dengan dirinya.
bila serasi baru berkait - bila kita dan rasa mempunyai keserasian dengan orang yang kita cari dan kenali tadi, maka biarlah kita kaitkan diri kita dengan dirinya. Membawa erti, bertunanglah dengannya agar kita merasakan diri ini haknya, dan dirinya hak kita. Berpunya lebih baik dari dibiarkan saja. Belajar dari pengalaman lampau... wakakaka....
bila berkait baru terikat - bila kitadah bertunang jangan pula ku sangkakan hujan sampai ke petang rupanya hujan ditengahari... biarlah ke jinjang pelamin. Kahwinlah dengannya kerana kita telah berjumpa, mengenali dan mengikat janji.
bila terikat baru sejati - makanya bila sudah berkahwin sejatilah percintaan kita itu. dan abadilah hendaknya. Kerana jika putus ditengah jalan maka belum sejati namanya. Tapi biarlah kita mencuba dan terus mencuba bagi menjadikan cinta sejati itu adalah cinta yang abadi. Cintailah Dia yang maha merancang agar kita mendapat perancang yang baik bagi diri kita. InsyAllah.
*Walaupun pastinya ada yang tak bersependapat dengan aku, tapi pada aku, bila kita memulakan, biarlah pengakhirannya kita mendapat sesuatu yang bermakna sehingga ke penghujung. Jangan mengambil mudah sesuatu hingga kita hilang sesuatu. Merasai lebih sakit dari menghindari. Tapi mencuba lebih baik dari menyendiri.... kan... Kalau x sanggup terbang tinggi, naik kapal terbang... klu x mampu renang ke dasar naik kapal selam. hehe... mudah hidup kita jangan dipayahkannya...

Wednesday, October 14, 2009

Harapan PadaMu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Mencari Kasih Abadi

Haha.... aku memang tak reti nak pilih tajuk dekat blog... td dok pikir punya la lama nak buh tajuk apa utk entry kali ni... last2 mcm poyo je tajuk ni... biaq la kan... yang penting aku je yg tau apa mksd di sebalik segalanya. hehe...
Sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan penulisan kreatif. Cubaan pertama gagal, kini cubaan kedua... dengan cara yang lebih bersistematik dan tersusun... tapi penuh menguji kesabaran... berikanlah aku kekuatan dalam menyiapkan sesuatu sebagai peninggalan jika aku sudah tiada... huhu...
Namun, masyAllah, tuhan sja yang tahu betapa bila ada saja benda yang nak aku laksanakan sehabis baik, mula ada kekacauan baik emosi, fizikal dan mental... adoi... sengal betul... wrong time and wrong direction ma... nak balik ek pangkal, terlebih sudah... teruskan takot tercungap...
Apapun, kalau sudah di tengah-tengah jambatan, ada 4 benda je yg boleh kita buat,
1. Patah balik ke permulaan
2. Teruskan sampai ke penghujung
3. Terus menetap kat tengah-tengah tu
4. Terjun dari atas jambatan...
Hafiz ali... ko pilih la sendiri yg mana satu yang ko nak amek... patah balik, teruskan, kekal atau terjun.... perghh.... pilihan yang agak susah nak dibuat melainkan punya kekuatan dan disiplin... Gud luck...
Entry ni memang sengaja ditulis mcm ni... biar diri ini saja yang tahu makna dan maksud tersirat di sebalik tiap kata-kata...
Daun mengkudu hijau warnanya,
Kiambang mekar setiap ketika,
Sayang emak sayang saudara,
Berjuang tetap ku teruskan jua....

Monday, September 14, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin atas segala kesilapan, kesalahan, keburukan dan bermcm2 ke yg x baik yg penah aku lakukan kepada sesapa saja...

Thursday, September 3, 2009

Malaysia Satu

Ku teguh berdiri tiada lagi ragu atau gentar
Ku terus berani melangkah maju terus ke hadapan
Satu impian nyawaku pertaruhkan

Genggaman tanganmu, semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan
Kau adalah ilham pada mereka yang ingin berjaya
Kau terus berjuang demi membawa perubahan
satu impian oh berjuta harapan

Genggaman tanganmu, semangatku oh terus membara
Janji ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Satu Malaysia, kita inspirasi pada dunia
Nama kan dijulang, kita menjadi kebanggaan
Satu wawasan bersama bergandingan..

Genggaman tanganmu, semangatku oh terus membara janji
ku pada mu, harapanmu ingin ku laksanakan

Tuesday, September 1, 2009

Alam percintaan...

Betulkah cinta itu sesuatu yg pelik, susah, pyh dan pelbagai lgi... ntah la kadang-kadang rasa mcm betui kadang-kedang rasa mcm x betul... ntah la labu...

Tapi kan, betulkan susah sungguh kita nak mencari cinta...
Andai dah ketemu, susah pulah nak memperolehinya...
Andai dah mendapat, susah pula nak menjaga....
Andai dah buleh, susah pula nak membaja...
Andai dah tumbuh, susah pulak tingkahnya...
Andai dah serasi, pelik pulak bunyinya...
Andai dah senada, rimas pulak rasa....
Andai dah selesa, payah pulak menepatinya...
kalau dah begini susah, mula balik la dari awl... cri lain...

pelikkan bunyinya... lagi pelik klu terjadi depan mata... bertambah pelik kalau x merasainya... apapun, x salah mencuba, x ragu merasai, andai keperluan ditepati, andai segala dipenuhi... yang pait menjadi manis, yang racun jgn membawa mati...

*jiwang beb... sambil2 nonton citer P.Ramlee "Nujum Pak Belalang" tetiba terfikir mcm ni... mana yg betul, mana yang salah?... semoga yang dicari berjumpa, yang ditemui terjaga...semoga yang diimpi menjadi nyata, yang dimimpi menjadi kenyataan...

Monday, August 31, 2009

Akhirnya....

At last aku berjaya juga siapkan official website utk Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Harap dpt tgk dan komen yg membina utk aku pastikan ianya mantap. Cuma dri segi update apa sume, sbr yer... bg la masa aku berehat kejap.... apapun terima kasih la pd sume yg telah membantu aku... ni link dia... sila la tgk... http://btpnpp.moe.edu.my/

Apapun aku proud dgn kerja dan hasil yg telah aku buat ni.... cuma akn dibetulkan komen2 yg aku terima dan isikan apa yg belum sempurna... i'Allah.

Sunday, August 23, 2009

Website BTPNPP



ni adalah sebahagian drpd website BTPNPP yang sedang aku bangunkan. dengan menggunakan beberapa perisian yang jarang2 aku pakai, dengan selamatnya aku berjaya siapkan hampir 60%. Tapi aku perlu menanti kata putus drpd KPP samada setuju dengan website yang berbentuk mcm ni atau pun tidak. Hopefully setuju la ye.

Monday, August 17, 2009

Kepeningan... Keheranan... Kegilaan...

Dah dua bulan lebih aku keje kat sini, dan dah hampir 70% aku dah siapkan laman web ofis ni. Dibangunkan menggunakan benda2 yg jarang aku pakai, mmg amek masa dan menguji kesabaran. Dan paling malang semlm aku terpaksa mendelete sume benda yang dah dibuat hanya kerana kesilapan yang x mampu dielakkan dan terpaksa mereconstruct semula laman web ni dengan lebih baik lagi... penin... penin....
Aku pakai frenster sejak taun 2002. Aku penah ajar org lain dan mempromote org lain untuk pakai. Tu dulu la... Skrang dan jarang sgt buka. Cuma akhir-akhir ni, aku punya viewers dtgnya dri bdk2 smkant dan philipines, dan yang dok add aku pun dri smkant dan philipines, aku x kesah la yg dri smkant sbb aku mmg x-smkant yg dri philipines ni, aku cek dkt profile xdak pulak aku tulis aku ni dri sana, tapi yg dok add aku ni knp... heran... heran....
Ha ni yang best, aku dah ada beberapa cerita melayu yang baru sja aku download dlm minggu lepas dan minggu ni antaranya; syurga cinta, apa kata hati, da di du, dunia baru the movie, histeria, jangan pandang belakang congkak, los dan faun, senario episode 1, sepi, sifu dan tongga, susuk dan talentime dan sedang menanti congkak... gila... gila...

Tuesday, August 4, 2009

Novel Baruku

Semalam aku berjalan-jalan di Megamall, pastu aku singgah dekat popular saja nak lyn novel baru. Mula ingat mcm nak beli satu jer, tapi malang la kan, dah lama sgt aku dok kat situ, aku beli dua terus la. Dari cover dan profil penulis mmg menarik la. Sebab dua-dua penulis ni aku penah baca hasilan penulisan dia, dan kali ni gaya penceritaan nampak berbeza terutamanya Tarikh Luput Cinta... hehe... aku bukan pandai pun nak mengulas, biar aku baca dulu... baru tau best ke x...



p.s: Semalam dah satu malam aku takleh tdr sebab sakit pala dan selesema, jd dah separuh juga la buku Tarikh Luput Cinta ni aku baca....

Monday, August 3, 2009

Aduyaiiii....

Aku dah kembali dari segala kursus yang memberi pengalaman baru dalam hidup aku. Tapi masih belum bersemangat rasanya nak meneruskan kerja, kerna bdn mcm sengal2, pastu tekak rasa perit, hidung dah tersumbat, jgn lah aku di jangkiti virus yg semakin menular ni... huhuhu... doakan la utk aku yer...

Saturday, July 25, 2009

Alamak!!!!

Pagi ni ada satu lagi ceramah pasal tips-tips rumahtangga... Hebat la ustaz ni dok bg ceramah. Banyak juga yg aku dpt utk kebahagiaan rumahtangga. Dasat dan kadang-kadang ada rasa gerun. Tak perlu la dibincangkan disini. Cuma ni nak cerita apa jd dalam masa tu.
Aku bual la ngan sorg lagi fasilitator psl betapa beruntungnya saudara baru (kini saudara muslim). Dok bual2 tu., dtg la sorg ustaz ni masuk join perbincangan. Pastu dia dgn sorg ustazah ni panggil aku dok bual2 ngan dia. Dia tanya la mcm2 soklan dkt aku, antaranya psl family, pekerjaan, kesukaan, dan pelbagai lagi. Aku jawab la dengan jujur.
Rupanya-rupanya ustaz dan ustazah ni nak carikan sorg utk aku sbb katanya aku belum kahwen, apa salahnya. Dia suruh pilih nak yg mcm mana, uit... terkejut la aku... Tapi mampukah aku? Rasanya tak sanggup. Layan je kejap ustaz dan ustazah ni, pastu aku bg alasan nak naik bilik. Selamat...

Perghhhh.....

Adakah aku seorg yg hensem sehingga sanggup memaparkan gmbr seperti ini... Bukan itu yg aku maksudkan. Tapi cuma nak bgtau, aku ini juga seorg insan yg punya byk kekurangan dan ia tetap menjadi keperluan dalam kehidupan, jd jgn hanya melihat pada kekurangan diri ini, tgk la jg pd kelebihan diri kerana ia mesti menjadi satu kemestian bg menjadi manusia yg berguna... Maafkan diri ini kalau terlanjur kata, bukan bermaksud apa2 kecuali untuk berkongsi ungkapan yang menarik...

Thursday, July 23, 2009

Impian Seorang Nelayan

credit to en.maliki for dis song... dia nyanyi kat atas stage... i will never forget that time my bro...

Wednesday, July 22, 2009

Mengejar Realiti

Banyak membaca memberi cita
Banyak menulis memberi impian
Banyak mengkaji memberi kesedaran
Banyak bekerja memberi harapan
Banyak usaha membberi realiti...

teruskan usaha dalam mengejar cita-cita, walau x setinggi gunung, tapi tetap punya harapan dan kesedaran dalam memacu tanggungjawab selaku manusia yang bersedia mencapai realiti kehidupan.

Terang dan Gelap

Bila kita berfikiran positif....

Bila kita keseorangan, kita hidup dalam kebebasan
Bila kita hidup berdua, kita rasa kebahagiaan
Bila kita hidup bertiga, kita rasa kegembiraan
Bila kita hidup berempat, kita rasa keceriaan
Bila kita hidup beramai, kita rasa keterujaan

Bila kita berfikiran negatif....

Bila kita keseorangan, kita hidup dalam kesepian
Bila kita hidup berdua, kita rasa kesempitan
Bila kita hidup bertiga, kita rasa kekurangan
Bila kita hidup berempat, kita rasa kemalasan
Bila kita hidup beramai, kita rasa kekalutan

Apa yang di maksudkan dengan 1,2,3,4 dan ramai tu, maksudnya, bila kita belum kawen, dah kawen, ada ank 1,2 atau lebih... jd pilihan sebenarnya di tgn kita... samada nak hidup kita dalam keadaan yang terang atau gelap... renung2kan dan selamat beramal...
p.s: jgn buat andaian yg aku dah nak kawen, aku sekadar menulis apa yg terlintas di benak agr sama2 kita dpt renungkan dan fikirkan...menulis bukan kerna nama, tapi menulis kerna satu perkongsian dan percambahan ilmu. Betulkan jika salah, ambil jika benar.