beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Monday, June 29, 2009

Tuhan Beri Aku Cinta


Walau aku senyum bukan berarti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa

Ku bertemu sang Hawa di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terangMu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Ku bertemu sang Hawa di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina

Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta

Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

Sunday, June 28, 2009

Bertuah!!!!


Adakah hari ini merupakan hari bertuah bg seorg yg bernama Mohd Hafiz Ali Bin Mohd Anuar... apapun mcm tak percya je nengok muka aku kat paper sinar harian ni... siap kena bulatkan lagi. tu pun thanks to kwn2 dekat MBNPP yang bgtau... klu korg x percaya sila lah gi beli Sinar Harian edisi Utara... malu beb... mcm wanted pun ada gak... sapa la punya keje... bayangkan dripada 2juta rakyat Pulau Pinang... tetiba arini gmbr aku terpamer... tolak gmbr2 org terdahulu but aku salah sorg la... bertuah kah aku... atau sekadar jokes utk aku...

Sambutan Hari Belia Negara 2009

28 Jun 2009: Majlis Belia Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Belia Negeri Pulau Pinang telah menganjurkan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Negeri Pulau Pinang yang telah dirasmikan oleh Y.B Dato Shaberi Cheek, Menteri Belia dan Sukan. Bertempat di IKBN, Bukit Mertajam. Pelbagai acara diadakan. Buleh tahan la juga program2 nyer... mai kita tgk gmbr2 kat bawah:
Persiapan pameran...



nak bergmbr dengan keta... tapi dah besar sgt keta lak kecik.... tak nampak keta terus.

"minah pulun"... jgn marah arr...

Motor ni menang anugerah beb...
tetiba Manchester vs Liverpool lak...
Penerangan pd Dato' KP Belia dan Sukan...
Bacaan IKRAR BELIA...
Presiden MBNPP berucap...
Ucapan oleh Menteri Belia dan Sukan
Tokoh Belia dan Tokoh Kesukarelaan...
dah penat wei...
Orang-orang kuat MBNPP....

Thursday, June 25, 2009

Kenduri Arwah + Nasi Tomato

Semalam kami satu family ramai2 wat la kenduri Arwah untuk nenek aku. Mak aku dan makcik aku merupakan cef de mesen untuk memasak. kami yg lain jd tukang bungkus. bapa aku lak dengan pakcik aku tukang antar ke masjid utk bg makan pd org yg buat tahlil dan baca yassin. seronok pula sesekali wat keje mcm ni. selalu wat kenduri dok bg org mai umah penat sgt. cara ni selamat juga la aku... hehe... pas balik keje semalam aku tengok diaorg dah start wat keje. kna la juga tolong2 apa yg patut... di bawah ni antara gmbr2 masakan dan proses sebelum di hantar ke masjid.

nasi tomato beb...pas bungkus tinggal sikit je utk kami rasa...

lauk ayam yang menyengat beb....

kerabu ni sepupu aku ngan makcik aku wat... tak sempat nak rasa... bungkus cukup2...


ni cara nak mengbungkus... wakaka...sakit tgn beb bila ikt pakai getah ni rupanya.



bungkusan nasi yang perlu dicukupkan utk 200org makan.

lastly before di hantar ke masjid....
* so kepada sesapa yang nak merasa mkn mcm ni, buleh la dtg umah aku... haha... klu ada yang nak membuat tempahan pun buleh juga... tgk mak aku dan makcik aku la, larat lagi ke x...

Tuesday, June 23, 2009

Ketika Cinta Bertasbih



Menanti Cinta
sejak lama aku berdiri
dalam sepinya rongga hati
tak satu pun burung mampu menjawab
hanya padaMu ku bertanya
lewat setiap sujudku ini
siapa kah nanti
cinta untukku

wahai penilai hati lihat batinku
nyaris bernanah karna luka tersayat
merana menantikan cinta dan kasih hidupku
rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
tuntun hatiku dalam sabar menanti jodohku

rahasia itu hanya Kau yang tahu
namun aku tak mau jadi tuna cinta
namun harus ku ikhlaskan nasib cintaku padaMu
*harap aku berkesempatan untuk menonton cerita ini bila dtg ke Malaysia... mesti sehebat ayat-ayat cinta... x sbr menanti...

Monday, June 22, 2009

Kenangan di Pahang

Keputusan pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan yang telah berlansung di Kuantan, Pahang. Smkant telah menghantar 4 pasukan dan 2 lagi pasukan terdiri daripada Chung Ling dan Al-Mashoor (P). Pasukan Pengakap num 3 kebangsaan, Aiman johan ketua platun KRS, Faizatul naib johan ketua platun bukan agensi kerajaan. Chung Ling kadet polis johan kebangsaan kategori agensi kerajaan. tahniah kepada semua yang terlibat.
Pasukan Pengakap ketiga terbaik Malaysia ni.
Ketua Platun KRS terbaik satu Malaysia ni.



Luruskan barisan...

Semasa Pertandingan

Pasukan Pengakap Pulau Pinang, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia Pulau Pinang
Pasukan Kadet Polis Pulau Pinang dan Pasukan Puteri Islam Pulau Pinang



Pasukan KRS Puteri Pulau Pinang 2009

Pasukan KRS Putera Pulau Pinang 2009

Sunday, June 21, 2009

Buhsan...


saja nak mempoyoskan diri dalam blog sendiri semata-mata kerana aku buhsan kerja arini takdak mende nak kena wat... bos bg la aku keje...klu x pun bg je aku kuar dri pejabat ni utk gi buat keje lain...last sekali... aku nak tdr je la kat dalam bilik ni...tired beb baru balik pahang pastu gi melepak ngan sorg member aku kat satu tempat yang menarik... wakaka... kenangan terindah.

Wednesday, June 17, 2009

menyusahkan hidup aku betulll

Kenapa ada manusia semcm tu... bila aku dah buleh lupakan dia, tetiba dia dtg menjengah tanya khabar, hulurkan salam, tunjukkan rasa, dan sekelip mata berubah... kununnya aku yang mengganggu kehidupan dia... selama dia menghilang tak pernah pun aku mengganggu tetiba kini dia nak kata aku lak yang dok kaco. adoi penin aku... berlebihan salah, xwat lansung pun slh.... apa cerita ni... kalau nak sgt terjun lombong, jgn ajk org lain... ni x, bila dah ada org yang sanggup, dibiarkan org tu yang terjun sorg2. melampau punya manusia... nak sumpah jdi batu, takut kena pda diri sendiri. nak maafkan, takut buat balik sbb dah byk kali sgt dok buat benda yang sama.... geram nya aku dengan perangai yang sorg ni... dah bahagia tu sudah2 la...korg jgn amek kesah la yer... sesekali aku nak meroyan kat blog sendiri...

Monday, June 15, 2009


Ni la gmbr nenek (nani) aku yang bari meninggal tu... aku pasti akan rindukan dia... al-fatihah. semoga rohnya tenang di sana.

Tuesday, June 2, 2009

Tahniah dan Takziah

2 Jun 2009 merupakan tarikh paling mengusik jiwa aku. Pada tarikh tu aku dapat berita gembira pada sebelah pagi dan berita sedih pada sebelah petang.
Gembira...
Aku dah mendapat kerja sebagai pegawai tadbir di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan bertugas dan bestnya di sini. Aku dapat sebuah bilik yang lengkap dengan talian internet, telefon (yang nombornya aku tak tau) dan ofis mate yang baik2. Aku suka la keje dkt sini. Tapi baru permulaan, x sesuai rasanya untuk aku membuat kesimpulan awal kan... tapi kita kena positif la kan.
Sedih...
Selepas aku melapor diri, jam 10 lebih mak aku telefon, nenek aku baru saja meninggal dunia. Terus hilang mood aku nak bergembira. Nenek aku ni banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Dia juga yang menjanjikan nak tgk bakal isteri aku dan nak masak serta ajar masak pada bakal isteri ku. Tapi alangkah sedih tak sempat aku nak pertemukan dengan bakal isteri aku. Apapun nenek aku juga penah mohon untuk aku bacakan ayat-ayat al-quran padanya. Aku tak sempat nak lakukan kerana kekangan masa, ingat musim cuti sekolah aku nak buat, namun belum sempat aku lakukan. Mengalir air mata aku bila kenangkan saat2 aku bersama dia. Terlalu banyak dan tak sempat untuk aku balas. Paling aku suka dulu2 bila dia masakkan ayam kurma memang menjilat jari la... tapi malangnya kini hanya tinggal kenangan.
Al-fatihah buat arwah yang bersemadi dengan tenang di sana. Doakan buat beliau wahai kawan2.