beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Wednesday, July 22, 2009

Terang dan Gelap

Bila kita berfikiran positif....

Bila kita keseorangan, kita hidup dalam kebebasan
Bila kita hidup berdua, kita rasa kebahagiaan
Bila kita hidup bertiga, kita rasa kegembiraan
Bila kita hidup berempat, kita rasa keceriaan
Bila kita hidup beramai, kita rasa keterujaan

Bila kita berfikiran negatif....

Bila kita keseorangan, kita hidup dalam kesepian
Bila kita hidup berdua, kita rasa kesempitan
Bila kita hidup bertiga, kita rasa kekurangan
Bila kita hidup berempat, kita rasa kemalasan
Bila kita hidup beramai, kita rasa kekalutan

Apa yang di maksudkan dengan 1,2,3,4 dan ramai tu, maksudnya, bila kita belum kawen, dah kawen, ada ank 1,2 atau lebih... jd pilihan sebenarnya di tgn kita... samada nak hidup kita dalam keadaan yang terang atau gelap... renung2kan dan selamat beramal...
p.s: jgn buat andaian yg aku dah nak kawen, aku sekadar menulis apa yg terlintas di benak agr sama2 kita dpt renungkan dan fikirkan...menulis bukan kerna nama, tapi menulis kerna satu perkongsian dan percambahan ilmu. Betulkan jika salah, ambil jika benar.

Monday, July 20, 2009

Teruskan... atau Tidak

Semalam aku jupe dgn sorg pensyarah ni, dia dri satu universiti dekat mesia ni juga la... Dok bual-bual dengan dia, pastu dia pun ckp, nak x amek master bawah program dia... setahun setengah pun dah buleh hbs. Yuran pun bukan mahal. Kelas sebulan sekali jer. Jarak jauh lak tu. Dan dia yakin dengan basic IT yang aku ada, dan dengan tambahan pengalaman tempat aku kerja sekarang, berbaloi sebenarnya aku amek program tu.
Cuma masalahnya sekrang ada beberapa perkara yang perlu aku pikiaq balik sblm terima. Coontohnya, dari segi kewangan, masa depan, prospek kerja, minat, keperluan masa hadapan, peluang, baik buruk, dan mcm2 lagi... tapi setakat tanya kawan2 yg dlm bidang tu dan luar bidang atau yg dah amek dan sedang amek master, kebyakkan menyokong utk aku amek la... ni la peluang yg terhidang depan mata kan. Kena la grab. But mampukah aku masuk menerobos ke alam pembelajran semula, jd pelajar yg berwibawa atau sekadar tong kosong dan angan2 mat jenin. Tapi klu dah amek, sekali melangkah perlu melangkah sampai hbs, kalau tak watpe nak melangkah... kesian sume yg nak mebantu kan... So fikir betul2. Lagipun ada masa lagi, december intake lama lagi kan...
Apapun, doakan la ye yang terbaik utk aku... kalau amek kerja kena kuat, keras dan bersemangat... kalau x amek kena juga wat sume tu, tapi tetap di takuk yg lama la kan... mana satu pilihan aku... mcm dah terang lagi bersuluh, tapi biasa la hati org yg kecil mmg tak selalu kemana2... wakaka... dlm proses meyakinkan diri la ni... bantu aku... tolong aku...yakinkan aku... waaaaaa....waaaa.....

Thursday, July 16, 2009

Merenung Hari Muka

Sekadar gambar hiasan.

Semalam sempat aku berchatting dengan kawan. Dia citer pasal saat-saat dia menjaga dan menguruskan ayahnya yang sakit. Dia mula citer dengan kisah ayahnya yang menjadi semakin pelupa. Pergi surau dan balik surau diam tanpa bercakap. Hingga lupa nama anak2. Kata org ayah dia kna buatan org. Hbs duit mencri ubat, smpi dibawa ke hospital pun masih xjd. Smpi satu hari dibawa ke hospital besar, baru tau yg ayahnya ada tumor. Tau tumor tu apa, ketumbuhan, dan tumor ayh dia di bahagian otak.

Selepas pembedahan ayahnya dan agak sembuh, di bawa balik ke rumah, mula menunjukkan petanda akan sembuh, tapi lama kemudian jadi balik. Sehingga katanya, dia pernah terlihat ayhnya ambil wuduk lama tapi hy basuh sebahagian shj. Dibawa ke hospital, dr mengesahkan ada lagi tumor. Last diaorg bawa balik ke rumah, jg sendiri. Dia yang dah hbs belajar, keje sbg kerani walaupun ada degree semata-mata nak dekat dan hbskan masa menjaga ayhnya. Tiap hari dia bergilir dengan kakak dia utk jg si ayh.

Sehingga pada satu hari, dia nak ke tempat kerja, dia salam ayhnya, ckp yg dia sygkan ayhnya sgt2, ayh dia taknak lepaskan tgn smpi terpaksa di bantu kakak dia utk lepaskan. Cium ayhnya sekali lagi sebelum bertolak ke tmpt kerja. Kul 11 kakak dia telefon ckp yang ayh dah tenat. Dia bergegas balik, dlm perjalanan sekali lg dapat panggilan dan ayhnya dah tiada. Meraung dia dlm teksi sepanjang jln balik ke rumah.

Terharu aku dengar. Teringat kisah mak dan makcik aku jg nenek aku masa nenek aku terlantar sakit di rumah. Setiap hari akn berteman air mata sbb pelbagai karenah, tapi tetap sbr. Aku yakin kawan aku ni pun pasti berdepan dengan pelbagai karenah demi nak jg si ayh yang sakit. Tapi hy dengan kesabran dan kasih syg silaturrahim kekeluargaan mampu membuatkan kita berdpn dengan semua ni.

Teringat lagi kisah iklan petronas, pasal burung murai. Adakah hidup kita ni akn jd mcm tu, masa kecik kita buat pelbagai karenah pada ayh kita, namun dia tetap sbr melayan kita, tapi bila dah dewasa ayh kita pulak yang pelbagai ragam tapi kita x mampu menahan sbr.

Terpulang pd kita sbnrnya. Yang penting klu hy pandai ckp xkan mampu membuktikan segalanya. Kita perlu berdepan dgn perkara ini. Dan semua drpd kita akn berdepan dengan perkara semcm ni. Samada kita x mampu menahan sbr dgn perangai org tua kita atau kelak bila kita tua, ank kita pulak yang x mampu menahan sbr dengan perangai kita.

Tapi aku hormat pada ayh, mak aku, makcik2 aku pakcik2 aku, sepupu2 aku, kawan aku tu dan family dia dan juga pada og yang mampu menahan sbr menjaga dan menguruskan org tua mereka dengan sbr dan tekun tanpa sedikit pun mengeluh. Harap aku pun mampu menjadi seperti mereka.

Yang penting kalau kita nak org kasih dan syg kita, maka mulakanlah memberi kasih dan syg kita pada org lain. Nescaya kelak kita akn juga mendapat kasih syg tersebut dalam kehidupan kita. Landaskan lah hidup dengan kasih syg sesama manusia. Kelak hidup kita juga yg akn bahagia.

Tuesday, July 14, 2009

Ingin ku Kembara



Sekali lagi aku mencuba untuk menghasilkan sesuatu... aku punya suka la kan....klu x suka xkan aku wat...