beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Saturday, July 25, 2009

Perghhhh.....

Adakah aku seorg yg hensem sehingga sanggup memaparkan gmbr seperti ini... Bukan itu yg aku maksudkan. Tapi cuma nak bgtau, aku ini juga seorg insan yg punya byk kekurangan dan ia tetap menjadi keperluan dalam kehidupan, jd jgn hanya melihat pada kekurangan diri ini, tgk la jg pd kelebihan diri kerana ia mesti menjadi satu kemestian bg menjadi manusia yg berguna... Maafkan diri ini kalau terlanjur kata, bukan bermaksud apa2 kecuali untuk berkongsi ungkapan yang menarik...

Friday, July 24, 2009

Kursus Keluarga Bahagia

Pagi td lepas subuh aku ikuti tazkirah subuh bertajukkan kasih sayang keluarga. 1 jam ustaz bg tazkirah. Melihat pasangan-pasangan yang datang, mendengar apa yang dikatakan, membuatkan aku terdetik keinginan untuk berkeluarga. Tapi aku masih belum terdesak untuk berkeluarga bak kata seorg kawan aku bila baca blog aku mcm dah tak sbr nak kawen jer... tapi bukan niat aku nak tulis yang menunjukkan smpi tahap x terkawal. Aku masih belum terdesak. Kalau jodoh hadir 2 atau 3 taun lagi pun aku i'Allah masih mampu bersabar. Cuma kali ni alangkah bahagia aku lihat pasangan-pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dtg mendgr ceramah bersama berkenaan kasih dan sayang. Bila la gamaknya aku dapat wat benda yg sama.
Antara yang terkesan dalam hati aku dalam menggilap kasih dan sayang dalam keluarga, yang pertama kasih sayang tidak akan wujud tanpa ada sangka baik pada Allah. Kita hidup dengan seorang yang tidak kita kenali, baru kenali luar dan dalam, yang mmg byk perbezaan, jd kita perlu bersangka baik dgn jodoh yang telah Allah berikah, terima dan berserah padaNya agar segala yang akan terjadi msa depan ada hikmah dan permulaan yang baik untuk kehidupan kita.
Yang kedua, kita perlu menerima perbezaan nilai, budaya, persekitaran, kehidupan serta menerima kekurangan hidup pasangan kita. Kita perlu saling lengkap melengkapi agar kekurangan yang ada ditutup kelemahan dapat di jaga. Bermula dengan perkenalan yang dipengaruhi fizikal, kemudian kita membina perasaan dalam hati, kemudian perlu memahami, berkasih sayang dan komunikasi yang berkesan dan akhir sekali perlu menerima perbezaan pasangan kita.
Yang terakhir suami atau isteri perlu ada rasa cenderung, tenteram bila bersama pasangannya. Baik suami atau isteri perlu merasai simpati dan empati terhadap pasangannya, kalau si suami telah penat mencari harta, si isteri pula perlu rajin untuk menjaga anak2, tanggungjawab suami adalah mencari rezeki dan harta buat isteri dan anak-anak, tanggungjawab isteri pula menjaga harta dan rezeki yang di cari suami. Yang penting saling bekerjasama dalam menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.
Kata imam hassan basri, ada 5 perkara yang menjadi asas manusia itu bahagia,
a) Sihat tubuh badan.
b) Hati sentiasa tenang
c) Hubungan keluarga atau rumahtangga yang bahagia
d) Berdikari, rajin dan bertanggungjawab
e) Tidak dibebani dengan hutang.
Banyak juga yang telah aku dapat, yang diatas ni adalah antaranya sahaja. Kata kawan aku, pasni aku dah tak pyh la nak pi kursus kahwen, sbb byk benda psal perkahwinan yang dah aku dgr dalam kursus ni. haha.... lawak la sgt. Tapi manusia mmg memerlukan kasih dan sayang bukan sahaja antara suami dan isteri tapi juga untuk sahabat2. Pada sahabat-sahabat yang dah berkahwin, hargailah pasangan anda sebab dalam dunia ni hanya kebahagiaan keluarga yang mampu memberikan kekuatan dalam diri kita untuk kuat, semangat dan cemerlang.

Thursday, July 23, 2009

Impian Seorang Nelayan

credit to en.maliki for dis song... dia nyanyi kat atas stage... i will never forget that time my bro...

Wednesday, July 22, 2009

Mengejar Realiti

Banyak membaca memberi cita
Banyak menulis memberi impian
Banyak mengkaji memberi kesedaran
Banyak bekerja memberi harapan
Banyak usaha membberi realiti...

teruskan usaha dalam mengejar cita-cita, walau x setinggi gunung, tapi tetap punya harapan dan kesedaran dalam memacu tanggungjawab selaku manusia yang bersedia mencapai realiti kehidupan.