beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT
Monday, August 3, 2009
Sunday, July 26, 2009
Kursus Lagi...
Minggu ni aku akn berkursus sepanjang minggu. Ari jumaat lepas sampai ahd, aku ke batu feringgi kursus Keluarga Bahagia, arini ke pendang lake resort lak smpi ari khamis, kursus pemantapan organisasi, pastu jumaat ke yan lak kursus citra solat dan al-quran. MasyAllah, bateri diri ni kena charge lebih la pasni, berkali-kali ganda nak kena guna. Tabah2....
Apapun, barmula minggu ni smpi ari ahd, aku akan terputus hubungan dengan internet, takleh dah nak download movie2 kesukaan, menatap facebook dan blog, xleh lagi nak berym dgn kwn2 khususnya org2 yg slalu aku ym la, hanya hp akn menemani aku sepanjang masa. haha... jd la, janji dpt connected dgn kwn2 aku drpd dok ngan peserta2 kursus jer... haha...
Apapun harapan aku semoga kursus2 yg aku hadiri akn berjaya dan berjln lancar sepertimana kursus2 yang telah aku lalui sebelum ni. Nanti ada msa aku upload gmbr kursus2 yg aku pi ni... dah siap bawa kamera dan peralatan memancing sbb kat pendang tasek dia py luas. dapat ikan lgi best... klu tak dpt nasib aku la kan... bukan terer sgt pun. tapi yg paling best aku bawa novel... sebab yakin mesti sah buhsan, baik aku bawa benda yg aku suka kan... haha... harap maaf la kpd penceramah2 nanti... aku mmg taknak bg perhatian sgt.
Semoga aku selamat dan berjaya dalam kursus....
Saturday, July 25, 2009
Alamak!!!!
Pagi ni ada satu lagi ceramah pasal tips-tips rumahtangga... Hebat la ustaz ni dok bg ceramah. Banyak juga yg aku dpt utk kebahagiaan rumahtangga. Dasat dan kadang-kadang ada rasa gerun. Tak perlu la dibincangkan disini. Cuma ni nak cerita apa jd dalam masa tu.
Aku bual la ngan sorg lagi fasilitator psl betapa beruntungnya saudara baru (kini saudara muslim). Dok bual2 tu., dtg la sorg ustaz ni masuk join perbincangan. Pastu dia dgn sorg ustazah ni panggil aku dok bual2 ngan dia. Dia tanya la mcm2 soklan dkt aku, antaranya psl family, pekerjaan, kesukaan, dan pelbagai lagi. Aku jawab la dengan jujur.
Rupanya-rupanya ustaz dan ustazah ni nak carikan sorg utk aku sbb katanya aku belum kahwen, apa salahnya. Dia suruh pilih nak yg mcm mana, uit... terkejut la aku... Tapi mampukah aku? Rasanya tak sanggup. Layan je kejap ustaz dan ustazah ni, pastu aku bg alasan nak naik bilik. Selamat...
Fikirkan la Wahai diri iNI.
DOk sorg2 kat beranda sambil tengok perseketiran hotel, aku terfikir adakah aku sudah bersedia utk mendirikan rumahtangga. Dengan melihat keintiman org lain, dengan melihat kebahagiaan org lain, dengan mendengar kegembiraan org lain adakah aku mampu menjadi seperti merek-mereka ini. Minggu ini aku amat beruntung sebab dipertemukan dengan hampir 18 pasangan saudara baru yang baru mendirikan rumahtangga. Berjalan sentiasa berpimpin tangan, bercakap lemah lembut, panggilan manja, duduk segandingan, malah ada yang lebih intim dari yang aku jangkakan.
Tapi dalam pada melihat mereka-mereka ini, aku tertanya sudahkah aku mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorg suami, ayah, pendidik kpd isteri dan ank2, penjaga kepada kehormatan dan keselamatan, pengawas kepada tatasusila, pembimbing kepada permasalahan, pendamping kepada pengasih, pembantu kepada yang menjaga dan berusaha… wow banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ni baru di atas kertas, kalau dah kawen hampir 1001 perkara pelru dilakukan. Bukan mudah.
Lafaz akad yang di lafazkan pada waktu mengakad nikah bukan main-main atau sekadar mencuba, malah itu janji yang perlu dilafazkan kerana Allah demi mengambil alih hak dan tanggungjawab dari sebuah keluarga yang akn menyerahkan anknya untuk dijaga, dibelai, dididik, dibantu, dinasihat, di bimbing dan bermcm2 di lagi. Mampukah aku melaksanakan semuanya. Tapi kata org kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai. Takkan dgn tak sanggup mengambil risiko aku nak membujang smpi ke tua.
Adakah perkahwinan sekadar untuk menghubungkan dua jiwa dari segi fizikal… tidak. Tetapi perkahwinan ini merupakan sebuah penyatuan yang memerlukan kasih dan saying, saling membantu dan bekerjasama. Barulah mampu melayari bahtera perkahwinan. Manusia juga bukan robot yg boleh diprogram supaya sentiasa baik, pasti aka nada badai yang perlu ditempuh. Adakah aku sudah yakin dgn diri untuk menempuh badai dgn org lain sbg pasangan hidup dan berjaya? Fikir sendri la kan… Sebab yang nak tanggung pun sendiri2 juga kan….doa dan tawakal la yer.

Subscribe to:
Posts (Atom)