Sunday, December 13, 2009

15 Dec 2009

Memulakan langkah jam 4 pg, ke Perlis untuk berinterview. Aku buat persediaan setimpal dalam masa kesibukan yang menghimpit. Sempat la menghabiskan 1 buku utk persediaan. Mak aiii.... py la byk benda nak kena ingat. Harap2 apa yang dirancangitu yg berjln dengan lancar. Kena sampai sebelum kul 8.30. Plan nak benti dkt pekan changlun utk solat subuh dan sarapan, pastu baru cari tmpt interview. Doakan la kejayaan aku. Dapat pekerjaan ni, baru la boleh ditunaikan harapan mak aku yang dah mls nak jg aku. hehehe...
I'Allah. Semoga kali ini aku berjaya. Dan segala perancangan sepanjang taun depan pun berjalan lancar juga. refresh; Pusat Tuisyen pun dah hampir siap, tinggal nak beli perabot dan pasang air-cond, mau berhbs dekat rm2k lgi. adoi.... pastu nak bersedia utk ke langkawi, kursus. Pun jd hal jg, seorg pembentang x dpt hadir, aku disuruh amek aleh, boleh tertoleh kepala mcm ni. Nak cakap apa. Dah la aku yg buat tajuk, tapi aku sendiri xtau nak ckp apa. Balik interview baru buat. Skrang abaikan dulu.
Pagi td dah siapkan ucapan YB, punya la mcm2 idea mencurah2 tetiba, tp ayt tunggang langgang, haha... nasib la, ala YB ni kang dia bg ucapan bukan nak baca sgt pun. Tp klu dia baca, harap org yg dengar x gelakkan dia la. wakaka....
Episod sedih kat ofis, tetiba bos dtg tanya, mcm mana jd ke p interview tu? aku jwb jd la... dia doakan tp dia minta, walau dah berubah haluan, jgn lupakan kami kat sini, tlg2 la apa yg dah penah aku buat kat sini. wakaka.... nasib terus macho, aku ckp i'Allah, usaha yg aku dah hasilkan kat sini akan aku transfer kan sblm kuar dri sini.
Next year; hmmm.... byk benda nak buat, dah plan, tinggal nak dijadikan kenyataan jer. Gud luck to me... For next year punya entry tunggu la dulu kan....
p.s: to sapa2 member2 aku tolongla heboh2kan, aku buat mjlis pembukaan pusat tuisyen hafiz dekat seberang jaya on 27 Dec 2009... masa tu boleh daftar sekali, sedara mara, ank2 dan kwn2 klu ada la.... boleh la bgtau awl2. Kal aku la klu perlu. Thanks.

Sunday, December 6, 2009

My Tuition Centre..


Saja amek gambar belah malam... ni la pusat tuisyen aku... klu ada sesapa yang nak menghantar ank, adik, sdr mara.. jgn malu2 hubungi aku... boleh dibincangkan fees dan sebgainya. i'Allah.

9 Nyawa

Ni gambar aku amek sendiri... apapun... setelah di khabarkan buku ni dah otw nak kuar pasaran, buat aku teruja sgt2 nak mencari. Mula2 ada entry aku baca kat internet kata kuar bulan 1 taun depan, tp ada member bgtau lak yg dah kuar minggu lepas. Aku pun mencari la ke serata alam. 3-4 kali kal popular dok kata x sampai2 lagi... tensen gaka ku menunggu. Kal member kat kl pun x dpt lagi.
Last hujung minggu baru ni, aku p quensbay, tgk kat border, xdak, tgk kat popular dia pun xdak, pastu aku gerak g gurney plaza, tgk kat MPH... memula dia kata xtau,, pastu bila check kat sistem, ada 5 buah, aku apa lagi desak dia suh bg la. Cari la dkt rak, xdak, pastu dia kata kejap tgk kat stor. aku ikut skali la masuk dlm stor dia cri buku tu. Last2 ada. hehe,...
Dan skrang aku sedang mengabaikan kerja kerana nak menghabiskan pembacaan buku nie... Memang sgt2 best. Biasa la, Ramlee Awng Murshid... hehe... Tahniah la kepada beliau, hasil penulisan yang menakjbkan. X sia2 aku bersusah payah mencari.
Buku yang akan datang katanya, sambung laksamana sunan, tpi dah xdak citer pasal watak haryati dan dani, citer sunan dgn watak baru... balik ke zaman kesultanan melayu melaka 1511. Wah makin teruja aku nak baca... Gud luck to my best author... sdr ramlee awng murshid...

Wednesday, November 18, 2009

Seorang Pendatang Asing

Hujung minggu lepas, aku berkesempatan membuat kerja-kerja pembersihan dirumah nenek aku. Rumah tu akan aku jadikan sebuah pusat tuisyen bagi paling untuk berbakti dan meninggalkan sesuatu buat seseorang bila aku juga telah pergi kelak. Tapi bukan itu yang aku nak cerita, tapi lebih kepada siri pengajaran yang aku perolehi daripada SEORANG PENDATANG ASING WARGA BANGLADESH.
Kadang-kadang ada juga kwn2 yg mengusik kata aku pun semcm pendatang asing, biarkan apa org kata asalkan aku tahu asal usul ku. Nak dijadikan cerita, hari kami buat kerja tu, bapa aku xdak, jd terpaksa la aku menjadi seorg dreber mengambil dan menghantar 2 org mamat drpd bangladesh ni. masa dtg ok lagi, masa balik aku punya la berbual. Aku nak cerita yang sorg ni je.
Nama dia Saiful(ejaan aku x pasti la, bunyi dia mcm tu la). Dia ni msa dtg mesia umur baru 19 taun. Muda, kurus, rambut kerinting dan ada segaknya. Dia kata masa sebelum dia dtg mesia, dia dok umh dia di bangladesh, hy goyang kaki, makan pakai sume disediakan oleh mak dan ayah dia. Tapi bila dia dah cecah umur 18 taun, mak ayh dia menanggung hutang yang banyak. Jadi masa tu la dia dok mencari dan berusaha utk cri jln keluar dri kehidupan yang mcm tu.
Satu hari dia menang loteri(dia kata walau x halal, tp dah xdak jln lain), dia dpt la duit, then bapa dia hutang ckit lagi utk dia, bagi cukup rm13,000 untuk bayr pd kerajaan dia supaya dpt dtg kerja di mesia. Aku terkejut dgr dia kata RM13k. Banyak tu. Pastu bila dia dtg sini, kebetulan abg dia seorg grad kolej kepakaran komputer, abg dia kata,(dalam bahasa bangladesh la, tp ni dia translate utk aku), saiful, ko pilih la nak ada duit atau ilmu, klu ko xdak dua2 tu, jgn duduk dan berbual dgn aku. Jadi ko pilih la mana ko nak. Lebih kurang mcm tu la, then dia buat keputusan utk dtg dan kerja di mesia.
Dari seorg yg segak dan kemas, kini muka dia hitam berarang, kuku dan kematu, bdn dan bercalar balar. Dia kata lagi, setaun dia kat mesia, mmg dia keje kuat, dan dlm masa setaun tu, dia antar ke mak ayh dia duit, dan kini mak ayah dia dah tak berhutang lagi. Tu setaun, dgn duit RM13k tu pun dia dfah langsaikan. Hebat kan... Dia kata duit gaji dia termasuk OT apa sume dlm RM1500 jer. Jd duit OT dia guna utk makan, yg lebih dia simpan utk bg pd mak ayh dia. Dia kata, skrang mak ayh dia dah tak payh keja. Hidup dia sbg seorg ank adalah bg mak ayh dia duit dan x pyh keje. Esok bila dia dah tua, maka dia nak ank dia pulak yg keje utk bg dia mkn dan pakai. Tu lumrah hidup keluarga dia. Korang bygkan, baru umur 22 taun dah boleh bg duit kat mak ayh dan sanggup bersusah utk mak ayh dia. Kalau anak melayu mampu buat mcm ni, alangkah bahagianya mak ayh kita kan. Mmg la ada, tp kdg2 kita jg mkn pakai kita dulu baru bg dkt mak ayh, tp dia, dia rela susah skrang demi mak ayh dia.
Aku tanya dia, smpi bila nak jd mcm tu kan, dia jwb, dia bercita-cita nak kerja dekat malaysia smpi umur dia mencecah 27 taun. Sebab, masa tu dia yakin dia dah cukup duit utk buat sesuatu dkt bangladesh. Aku tanya, apa yang dia nak buat, dia kata, bila dia balik sna umur 27, dia dah xmau kerja, dia nak beli sebiji kereta, kemudian sewakan keta tu dgn harga RM100 sehari. Jadi dia dah x pyh kerja, org yg bawa keta dia tu akn bawa untung utk dia. Aku kata mampu ka, kalau kena tipu mcm mana, dia kata kat sna tak mcm mesia, sini sume org ada kereta, tp dkt sna, teksi adlh kemudahan utama di jalanraya. Jadi sapa ada kereta mmg akn buat untuk la. Tu yang dia nak masuk dlm urusan bisnes yg mcm tu. Kagum aku dengar. Muda2 dah ada visi dan misi semcm tu.
Bila aku dah hntar dia balik, dia ucpkan terima kasih dkt aku, dan aku juga ucpkan terima kasih dkt dia sbb membuka fikiran aku betapa seorg yang sanggup bersusah demi mak ayh di kg, sanggup bersusah demi msa depan yang lebih baik. Alangkah beruntung kita di mesia semua terjg, xdak kerja pun ada program2 yg kerajaan atau agensi2 yang buat utk bg kerja, tp diaorg kat sna smpi kena dtg sini.
Aku yakin ada yang x bersetuju dengan pendpt aku ni, tp bukan sbb kebanjiran diaorg kat sini yang aku suarakan, tp lebih baik kita pelajari betapa diaorg sanggup ke sini semata2 demi msa depan yang lebih baik kelak. Maka, sayangilah msa muda demi msa tua. Sayangilah msa sebelum berlalu pergi tanpa mampu dikembalikan. Pembelajaran ada dimana2, asalkan kita mahu terima dengan cara yang mudah tanpa perlu disusahkan.

Ketika Cinta Bertasbih

Sedih, sayu, meruntun jiwa, gembira, menarik, terhibur dan bermcm2 lagi perkataan yang dpt diberikan untuk movie ni. Apapun, ada benar dan ada yang tidak benar. Ada suka dan ada yang tidak suka... apapun aku tetap gembira untuk menonton cerita ni. Alangkah bahagianya hidup seorg penjual bakso, a\walau diri ditolak, namun usaha dan kesungguhan mampu membuahkan sesuatu yang lebih baik. Cuba contohi dan serapi dalam jiwa dan sanubari agar menjadi suatu sumber kekutan bg menempuhi hari yang mendatang.
p.s: Aku sudah JATUH CINTA... hehe...

Tuesday, October 27, 2009

Mimpi Ngeri

Semalam dah aku dok sering sakit-sakit, bapa aku minta aku pakai satu gelang ubat yg kunun dpt bantu meneutralkan saraf dan darah dalam badan. (Katanyalah)... aku pun pakai la gelang ni. Tapi x sampai sepuluh minit, aku dah terlentok atas katil dan menidurkan diri dengan nyenyaknya.
Terasa seperti berkhayal, aku sedang membawa kereta, tetiba, ada seseorg berlari ke arah aku dan pommm... kereta berlanggar dengan sebuah kereta dari arah tepi. Kemudian, gelap, then seseorang dtg ke arahku dan minta melarikan diri bersama dia dan kawannya. Gelap balik.
Tersedar aku seolah-olah berada di sebuah negara yang asing. Kemudian aku sedang memukul seseorang dan tangan aku bersalut dengan darah yang banyak. Melarikan diri. Gelap kembali.
Kemudiannya, aku beada disebuah rumah bersama dua orang yang kurang aku kenali. Mencuci tanganku di bilik air. Juga dipenuhi dengan darah. Dan terdengar percakapan dua orang yang bersama aku, mengatakan yang kami telah membunuh orang lagi.. Lagi... bila masa aku membunuh orang. Gelap kembali.
Kali ini bila tersedar aku berada di dalam sebuah dewan orang ramai. Di atas pentas sedang diadakan sebuah pembentangan. entah apa yang dibentangkan aku tidak sedar. Gelap balik.
Kini aku berjalan seorang diri, merentasi sebuah terowong yang cahayanya agak suram. Dihadapan seorang pemuda berbaju biru, berkulit gelap sedang menghampiri. Masih jauh daripada aku. Berlari seseorang disebelah kiri aku menuju ke depan, ke arah pemuda berbaju biru tadi. Melihat seimbas, seolah-olah yang berlari tadi pernah bersama aku ketika aku di negara asing tadi. Orang yang berlari tadi bercakap-cakap sekejap dengan pemuda berbaju biru tadi. Gelap kembali.
Kemudian, aku berada di bawah, dan pemuda berbaju biru tadi kini berada di atas badanku. Tangannya memegang penutar skru. Menghalakannya ke dadaku. Aku ingin menjerit meminta bantuan. Gelap kembali.
Dan aku tersedar. Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi yang membuatkan aku berpeluh-peluh keseorangan. Dada berdebar kebimbangan. Menvari antara realiti atau fantasi... Inilah kehidupan. Cepat mulut berdoa memohon agar dijauhkan diri daripada mimpi itu menjadi kenyataan. Tidak sanggup rasanya diri ini menjadi pelarian akibat kesalahan yang tidak tahu hujung pangkal. Walaupun mimpi dikatakan sekadar mainan syaitan, namun biarlah ia sekadar menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai dan leka agar snetiasa beringat bahawa Allah s.w.t jua penentu segalanya....

Ayat-ayatku....

Pagi tadi bila sampai ofis, on laptop, buka facebook, pastu dtg ilham ayt-ayt best... so ni ayt yg terhasil oleh diri ini pada pagi td; (kalau sama dengan sesapa nasib la kan, tapi mmg aku buat sendiri ok)
Ayat Pertama :

mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon... mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya... mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga....

Apakah maksud disebalik kata-kata ini, pada aku, mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon adalah - aku sekarang sedang mencari-cari kepuasan dalam meniti satu kehidupan. Biarlah apa saja yang aku lakukan adalah yang terbaik dan memberikan kepuasan yang teramat apabila telah melakukannya.

mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya - aku andaikan cahaya yang hadir adalah kasih sayang yang dicurahkan kepada aku selama ni. Tetapi aku mencari kasaih dan sayang yang jujur dan ikhlas yang menyayangi aku sepertimana diri aku, juga mengasihi aku baik kekurangan maupun kelemahan dalam diri.
mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga pula membawa erti betapa diri ini sangat mengharap bantuan dalam mencari keharuman kebaikan-kebaikan dan keagungan Allah s.w.t. Bukan mudah mencari yang mampu bersama-sama menempuhi jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
Ayat Kedua:
mencari biar berjumpa, berjumpa biar serasi, serasi baru berkait dan berkait baru terikat, terikat baru sejati...
ayat ni pula secara asasnya membawa maksud sekiranya kita ingin mendapatkan kasih dan sayang yang sejati, mendapatkan kebahagiaan yang abadi perlulah kita mengikut proses-proses ini:
bila mencari biar berjumpa - bila kita nak kahwen perlulah ada calonnya. Bila nak berkwn perlu ada pasangannya, bila nak bersama-sama perlu ada orangnya. jadi carilah dulu bagi berjumpa.
bila berjumpa biar serasi - bila kita dah cari dan berjumpa, kenalilah hati budinya, kenalilah keluarganya, kenalilah latarbelakang pendidikan, keturunan dan sebagainya tentang orang yang kita jumpa. carilah keserasian antara kita dengan dirinya.
bila serasi baru berkait - bila kita dan rasa mempunyai keserasian dengan orang yang kita cari dan kenali tadi, maka biarlah kita kaitkan diri kita dengan dirinya. Membawa erti, bertunanglah dengannya agar kita merasakan diri ini haknya, dan dirinya hak kita. Berpunya lebih baik dari dibiarkan saja. Belajar dari pengalaman lampau... wakakaka....
bila berkait baru terikat - bila kitadah bertunang jangan pula ku sangkakan hujan sampai ke petang rupanya hujan ditengahari... biarlah ke jinjang pelamin. Kahwinlah dengannya kerana kita telah berjumpa, mengenali dan mengikat janji.
bila terikat baru sejati - makanya bila sudah berkahwin sejatilah percintaan kita itu. dan abadilah hendaknya. Kerana jika putus ditengah jalan maka belum sejati namanya. Tapi biarlah kita mencuba dan terus mencuba bagi menjadikan cinta sejati itu adalah cinta yang abadi. Cintailah Dia yang maha merancang agar kita mendapat perancang yang baik bagi diri kita. InsyAllah.
*Walaupun pastinya ada yang tak bersependapat dengan aku, tapi pada aku, bila kita memulakan, biarlah pengakhirannya kita mendapat sesuatu yang bermakna sehingga ke penghujung. Jangan mengambil mudah sesuatu hingga kita hilang sesuatu. Merasai lebih sakit dari menghindari. Tapi mencuba lebih baik dari menyendiri.... kan... Kalau x sanggup terbang tinggi, naik kapal terbang... klu x mampu renang ke dasar naik kapal selam. hehe... mudah hidup kita jangan dipayahkannya...

Wednesday, October 14, 2009

Harapan PadaMu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Mencari Kasih Abadi

Haha.... aku memang tak reti nak pilih tajuk dekat blog... td dok pikir punya la lama nak buh tajuk apa utk entry kali ni... last2 mcm poyo je tajuk ni... biaq la kan... yang penting aku je yg tau apa mksd di sebalik segalanya. hehe...
Sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan penulisan kreatif. Cubaan pertama gagal, kini cubaan kedua... dengan cara yang lebih bersistematik dan tersusun... tapi penuh menguji kesabaran... berikanlah aku kekuatan dalam menyiapkan sesuatu sebagai peninggalan jika aku sudah tiada... huhu...
Namun, masyAllah, tuhan sja yang tahu betapa bila ada saja benda yang nak aku laksanakan sehabis baik, mula ada kekacauan baik emosi, fizikal dan mental... adoi... sengal betul... wrong time and wrong direction ma... nak balik ek pangkal, terlebih sudah... teruskan takot tercungap...
Apapun, kalau sudah di tengah-tengah jambatan, ada 4 benda je yg boleh kita buat,
1. Patah balik ke permulaan
2. Teruskan sampai ke penghujung
3. Terus menetap kat tengah-tengah tu
4. Terjun dari atas jambatan...
Hafiz ali... ko pilih la sendiri yg mana satu yang ko nak amek... patah balik, teruskan, kekal atau terjun.... perghh.... pilihan yang agak susah nak dibuat melainkan punya kekuatan dan disiplin... Gud luck...
Entry ni memang sengaja ditulis mcm ni... biar diri ini saja yang tahu makna dan maksud tersirat di sebalik tiap kata-kata...
Daun mengkudu hijau warnanya,
Kiambang mekar setiap ketika,
Sayang emak sayang saudara,
Berjuang tetap ku teruskan jua....

Wednesday, October 7, 2009

person in charge....




haha.... dua keping gambar dalam baju yang berbeza tapi gaya yang sama... adoi... mcm x reti nak bergaya jer... mmg x fotosintetik betui... apapun berbanggalah dengan apa yang kita ada... tidak pernah mengimpikan sesuatu yang hebat, tapi amat berharap melakukan sesuatu yang hebat untuk kegembiraan orang lain... segala yang hebat akan bermula dengan sesuatu yang kurang hebat kerana yang hebat juga pernah melalui pengalaman kurang hebat...walaupun aku mmg x hebat tapi tetap teringin menjadi hebat. Jadilah sebutir permata yang sentiasa bersinar (bersinar sgt ke permata) dan berkilau, juga jadilah sesuatu walau dimana pun kita berada.