beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, January 27, 2009

Romantik Kah??

Semalam ada la aku berbual dengan seorg kawan tentang perkara-perkara romantik yang perlu di buat bila bercinta. Jadi ini antara koleksi-koleksi yang menarik pada aku la. Korang pertimbangkanlah :

1. Menaiki cruise di Tasek Putrajaya sambil memadahkan kata-kata cinta kepada seorang isteri yang dicintai.
2. Menonton labuhnya tirai malam di atas KL Tower sambil makan malam dan bercerita kenangan-kenangan perkenalan dan keluarga.

3. Menyelusuri pantai pada waktu pagi sambil bermain di gigi air dan bergelak ketawa


4. Bermalam di sebuah resort yang penuh dengan ciri-ciri binaan lama inggeris sambil berjalan2 menyelusuri binaan berpimpinan tangan.5. Candle Light dinner di sebuah restoran eksklusif sambil melihat pemandangan indah dan melihat gubahan indah bunga-bungaan.

Menarik kan... harap berkesempatan aku menikmati kesemua ni dengan zaujah pilihan hati... doakan la yer...


Thursday, January 22, 2009

::. Cinta .::

·"Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

·Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

·Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

·Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.

·Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.

·Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.

·Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.

·Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.

·Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.

·Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya tanpa berpatah lagi.

·Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.

·Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya kerana dianggap seperti lautan madu - Raja Pedang Deir

·Hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta palsu.

·Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

·Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

·Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

·Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.

·Cinta adalah keabadian...dan kenangan adalah hal terindah yang pernah dialami

·Siapapun pandai menghayati cinta tapi tiada siapa yg pandai menilai cinta kerana cinta bukan objek yg boleh di lihat oleh mata kasar. Sebaliknya cinta hanya dapat ditilik melalui hati

Tuesday, January 20, 2009

Kelaraan Hati...


Macam kena je dengan apa yang aku rasa sekarang... you can do it... go for it...

Wednesday, January 14, 2009

Berhenti Merokok!!!


menarikkan... semoga kita mengambil iktibar daripada gambar kat ats ni...

Sunday, January 11, 2009

Sabarlah....


Sabar membawa pengertian yang mendalam kepada manusia yang banyak menempuhi pelbagai cabaran dalam hidup. Hanya dengan kesabaran mampu memberikan kekuatan kepada seseorang dalam menjadi manusia yang berjaya. Setiap perbuatan yang kita lakukan, kita akan selalu diuji, andai setiap ujian kita tangani dengan kesabaran, nescaya kejayaan yang akan dikecapi lebih manis dari madu. Manusia tidak mampu lari dari permasalahan, hanya sabar menjadi menu untuk orang yang berjaya keluar dari setiap masalah yang dihadapi. Semoga kita belajar untuk bersabar dalam setiap perbuatan dan kelakuan kita... insyAllah...

Problems with my new computer

Letter is from Banta Singh of Punjab
to
Mr. Bill Gates of Microsoft

Subject: Problems with my new computer

Dear Mr. Bill Gates,

We have bought a computer for our home and we have found someproblems, which I want to bring to your notice.

1. There is a button 'start' but there is no 'stop' button. We request you to check this.

2. We find there is 'Run' in the menu. One of my friends clicked 'run' he ran up to Amritsar ! So, we request you to change that to 'sit', so that we can click that by sitting.

3. One doubt is whether any 're-scooter' is available in system? Ifind only 're-cycle', but I own a scooter at my home.

4. There is 'Find' button but it is not working properly. My wife lost the door key and we tried a lot trace the key with this ' find'button, but was unable to trace. Please rectify this problem.

5. My child learnt 'Microsoft word' now he wants to learn 'Microsoft sentence', so when you will provide that?

6. I brought computer, CPU, mouse and keyboard, but there is only one icon which shows 'MY Computer': when you will provide the remaining items?

7. It is surprising that windows says 'MY Pictures' but there is noteven a single photo of mine. So when will you keep my photo in that.

8. There is 'MICROSOFT OFFICE' what about 'MICROSOFT HOME' since I use the PC at home only.

9. You provided 'My Recent Documents'. When you will provide 'My Past Documents'?
10. You provide 'My Network Places'. For God shake please do notprovide 'My Secret Places'. I do not want to let my wife know where I go after my office hours.

Regards,
Banta

Last one from me to Mr Bill Gates :Sir, how is it that your name is Gates but u are selling WINDOWS?

Pemakaian Tali Pinggang Belakang

Jangan la sampai tahap mcm ni... bantulah diaorg ni... ni sume akibat trauma dtg mesia dok belakang tapi tak pakai tali pinggang, then kena saman, tak mampu lak nak byr... kesian2....

masa dalam perjalanan nak balik negeri dia, atas kapal terbang pun dah pakai....


sampai terkngkang dibuatnyer... letih menjwb ngan pakcikpolis tak pakai sebelum tuh...


My New Boss

Aduhai... mcm mana la klu dpt boss mcm ni kan... penin....

Monday, January 5, 2009

Pencapaian Malaysia di dalam MDG


Deklarasi Millineum telah diperkenalkan semasa Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada bulan September 2000. Matlamat Pembangunan Millineum (MDG) muncul sebagai satu cara utama dalam melaksanakan deklarasi tersebut bagi memperkukuhkan usaha ke arah keamanan, demokrasi, urus tadbir yang baik dan pembasmian kemiskinan secara global di samping mempromosi prinsip hak-hak asasi manusia dan kehormatan. Matlamat MDG Malaysia telah berubah mengikut tahun dan keperluan semasa.


MDG merangkumi 8 elemen yang saling berkaitan dan perlu dilihat secara menyeluruh. Ia mencerminkan perkongsian antara Negara-negara membangun. Elemen-elemen tersebut ialah; Membasmi kemiskinan dan kelaparan, Mencapai pendidikan rendah yang universal, Meningkatkan keselematan gender dan memperkasakan wanita, Mengurangkan mortaliti kanak-kanak, Memperbaiki kesihatan ibu bersalin, Mencegah HIV/AIDS, Malaria dan penyakit lain, Memastikan alam sekitar yang lestari dan Mewujudkan perkongsian global untuk pembangunan.



Malaysia telah mencapai beberapa matlamat pembangunan nasional yang secara kebetulan merangkumi elemen-elemen penting MDG sejak tahun 1960an lagi. Pencapaian dan kedudukan Malaysia yang cemerlang dalam pembangunan ekonomi dan sosial adalah berasaskan kepada dasar-dasar baru dan strategi yang digubal di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang yang dilaksanakan secara sistematik melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun.


Sejarah kejayaan pentadbiran Malaysia telah menjadi satu pencapaian terbaik dalam memastikan elemen-elemen di dalam MDG tercapai. Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu objektif utama di dalam MDG telah menjadi isu penting pada tahun 1970an di Malaysia. Ketika itu, separuh daripada isi rumah berada di dalam kemiskinan. Isu pendidikan yang juga salah satu elemen di dalam MDG telah menjadi isu penting Negara pada taun 1990an. Namun kedua-dua isu ini berjaya di tangani sehinggakan kadar kemiskinan semakin mengurang dan kadar penduduk yang tidak mendapat pelajaran semakin mengecil. Namun pencapaian Malaysia dalam menghapuskan AIDS/HIV sebelum tahun 2015 masih membimbangkan. Kes HIV dilaporkan berganda pada setiap tiga tahun dan kerajaan masih terus berusaha untuk menghapuskan AIDS/HIV ini.


Dengan tercapainya sebahagian besar sasaran MDG, cabaran Malaysia adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian ini dalam mengendalikan sasaran MDG yang lain. Langkah Malaysia seterusnya adalah untuk mengenalpasti tugas dan menentukan keutamaan yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kemajuan secara berterusan supaya menjadi contoh bagi Negara lain agar menuju matlamat akhir untuk mencapai status Negara maju.


Strategi utama yang sedang dilaksanakan pada masa kini termasuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan pembangunan sumber manusia, mempercepatkan perubahan struktur dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, menggiat semula sektor pertanian dan memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi dengan meningkatkan perkongsian di antara sektor awam dan swasta. Adalah dijangkakan pertumbuhan ekonomi yang pesat secara berterusan akan dapat membantu Negara mencapai Matlamat Pembangunan Millineum.


Jangan Bersedih


Bila kita sedih, mula salahkan orang lain atau diri sendiri sedangkan sepatutnya kita sedar ini semua takdir yang telah dietapkan Illahi agar kita lebih kuat berusaha.

Selamat Ke Sekolah Semua

Buat semua adik-adik, anak-anak dan kawan-kawan yang akan kembali ke sekolah, baru masuk ke sekolah, ingatlah menuntut ilmu itu satu kewajipan yang sangat penting bagi menjamin masa depan yang lebih cerah dan membalas jasa ayah, ibu dan keluarga yang selama ini banyak berkorban untuk kita. Teruskan usaha sehingga kejayaan berada di dalam tangan kita.

Save and Free Palestenian









"Ya Allah Ya Tuhan Kami, selamatkanlah bumi Palestin, selamatkanlah warganya, dan selamatkanlah penduduk islam di sana, hanya kepada Mu lah kami memohon agar tiada lagi nyawa yang melayang, agar tiada lagi korban yang sia-sia"
Marilah kita sama-sama mendoakan agar bumi Palestin dan Orang Islam disana tidak lagi dizalimi.






Sunday, January 4, 2009

Project Pop - Bukan Superstar

Andai aku Pasha Ungu
semua wanita kan memburuku
Bila aku Ariel Peterpan
kau yakin ngefans karena urang keren
Sexy badannya.. Mulan Jameela
cantiknya dia seperti aku
Giring Nidji sahabat aku
dekat denganku.. dialah aku..

Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya
Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan,
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…

Andai ku Letto wis pasti aku wong jowo
Tapi kenyataan aku bukan siapa-siapa
kuingin engkau mencintaiku apa adanya

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan,
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kata orang ku mirip Glenn Fredly
suara merdu, wanita jatuh hati
Namun semua itu hanya mimpi bagimu woohoo~

Jadi… semua itu hanya mimpi?
Ya iya laah… masya ya iya dong
duren aja dibelah bukan dibedong

Ku bukan superstar kaya dan terkenal
Ku bukan saudagar yang punya banyak kapal
Ku bukan bangsawan, ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Kamu bukan super, kamu bukan setar
Kalo digabungin kamu bukan supersetarr..
Ku bukan bangsawan,
ku bukan priyayi
Ku hanyalah orang yang ingin dicintai

Haa haa haaa… Haa haa haaa…


p.s: aku suka dengar lagu ni... dengan lirik dia, dengan muzik dia, memang menarik... kepada sesapa yg nak download video clip dekat sini http://mp3sgratis.net/p/project-pop/project-pop-bukan-superstar/

Thursday, January 1, 2009

Selamat Tahun Baru

Selamat tahun baru 2009. Melangkah ke tahun baru, apa yg aku fikirkan adalah keluar dari kepompong kehidupan yang serba tak betul. Walaupun, ulangtahun kelahiran, tahun baru Islam dan dan tahun Baru aku sambut berdekatan tarikh, tapi aku dihambat dengan rasa sedih. Orang lain bergembira menyambutnya, aku menyambut dengan kesedihan. Namun segala kenangan terindah sepanjang tahun 2008 akan aku kenang sebagai satu pengalaman pahit manis kehidupan seorang aku di dunia.
Segalanya bermula dengan baru. Jadi aku berharap tahun 2009 lebih membawa makna dalam kehidupan. Azam tahun baru aku ialah:
1. Mendapatkan pekerjaan tetap yang sempurna dan bersesuaian dengan segala kemahiran yang aku miliki.
2. Kumpul duit untuk melangkah ke alam perkahwinan secepat yang mungkin.
3. Melupakan segala perlakuan buruk yang pernah aku lakukan sepanjang tahun 2008 dan menjauhinya.
4. Memiliki cinta dan setia pada yang Satu.
5. Menjadikan setiap azam yang aku inginkan tercapai.
6. Istiqamah dengan kebaikan yang aku selalu lakukan dan menambah dengan perlakuan kebaikan yang lain.
7. Ada azam yang bersifat peribadi... RAHSIA.
kepada kawan-kawan doakanlah aku berjaya mencapai azam-azam ini.

Saat Menilai Cinta




SETIAP kali menjelang tahun baru, melakukan resolusi mengenai karier, hal kewangan dan cinta sememangnya menjadi rutin bagi setiap orang.

Bagi pasangan yang sedang bercinta, kenangan yang dilalui sepanjang tahun lalu mungkin lebih mematangkan fikiran. Apatah lagi bagi pasangan yang pernah gagal dalam percintaan.

Mereka menganggap tahun yang dilalui umpama suatu pengajaran yang membawa ke arah kehidupan yang lebih bermakna.

Menyentuh soal cinta, jangan pula anda lupa melakukan perubahan kepada diri dengan meletakkan keazaman yang tinggi dalam hal-hal melibatkan dunia percintaan.
Ikuti tip-tip yang disenaraikan di bawah:

1. Lupakan masa lalu
Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin.

Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak.

2. Temui ramai orang
Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna.

Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita.

3. Ubah penampilan
Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan.

Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa.

4. Jangan terburu-buru
Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan.

5. Jangan terlalu memilih
Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya.

6. Buat keputusan
Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.

Senyuman

senyumlah..
meskipun dirimu menanggung keperitan dalam kehidupan
senyumlah meskipun badai melanda menghentam kepaduan iman
senyumlah meskipun air mata mengalir menahan kepedihan jiwa
senyumlah kerana senyum di saat musibah
itu satu tanda bahawa keikhlasan kita dalam menerima segalanya
ketentuan dr yg ESA meredhai kehidupan ini...
senyumlah
~saat suka duka..
senyumlah tanda ketabahan mu dalam menyusuri kehidupan penuh berduri
saat kehilangan petunjuk senyumlah tanda meyakini akan bantuanNYA
saat kealpaan senyumlah tanda memahami dunia ini tidak kekal selamanya senyumlah~
sesungguhnya senyum itu penawar jiwa....