beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Wednesday, May 6, 2009

Pertandingan Kawad Sekolah-Sekolah

SMKANT memang terkenal dengan pasukan kawad. Tahun ni sekali lagi kejayaan diulang. Pada peringkat daerah, smkant menghantar 8 pasukan terdiri daripada, kadet polis lelaki dan perempuan, pengakap, puteri islam, pandu puteri, kadet bomba dan KRS lelaki dan perempuan. Pada penghujungnya, smkant beroleh 5 johan, 2 tempat ke dua dan 1 tempat ketiga. Malah 5 orang mendapat ketua platun terbaik.
Semalam, 6 Mei 2009, berlansungnya pertandingan peringkat negeri. Smkant menghantar 5 pasukan iaitu puteri islam, pengakap, kadet polis perempuan dan KRS lelaki dan perempuan yang telah menjadi johan pada peringkat daerah. Setelah berhempas pulas selama sebulan dengan bermcm karenah dan dugaan. Akhirnya sekali lagi sejarah dilakarkan. Genap 10 tahun pertandingan kawad kaki diadakan, kini smkant melangkah dengan lebih gah dan gagah kerana daripada 5 pasukan yang dihantar mewakili daerah, 4 pasukan telah berjaya menjadi johan dan akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Pasukan yang berjaya adalah, Puteri Islam, Pengakap dan KRS lelaki dan perempuan. KRS lelaki merupakan pasukan yang mewakili sekolah, dearah dan negeri genap 10 tahun berturut-turut. Diharapkan pada tahun ini, pasukan yang mewakili negeri mampu mengulagi sejarah tahun 2000 dimana kita pertama kalinya menang di peringkat kebangsaan johan kawad kaki sekolah-sekolah. Malah 1 lagi pasukan iaitu Pandu Puteri juga akan mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Mereka mendapat tempat kedua di peringkat daerah tetapi dipilih terus untuk mewakili negeri.
Dengan doa dan keberkatan daripada semua, diharapkan 5 pasukan ini dapat mengharumkan nama sekolah dan menjadi johan di peringkat kebangsaan. Doakan kejayaan semua.

2 comments:

Mohd Hafiz Safwan said...

Thanks to Sir Hafiz Ali...hehehehe..hang pun ada share jugak ajaq depa kan?

Penerang Cahaya Jalan said...

buleh la tahan... aku kan jd ckg dan merangkap jurulatih kawad kaki krs smkant skrang ni....