beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Sunday, November 23, 2008

PERCUMA: contoh surat permohonan POLIGAMI - boleh copy paste je

Suami bin Lelaki
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

Isteri binti Perempuan
17, Jalan Angkasa,
24300, Kemaman
Terengganu.

31 April 2010

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hana Fazura binti Ramli yang merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua duit pelaburan ASB saya, saya merasakan kembalinya semangat saya yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini..

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini. Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin. Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

"BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA"

Yang Ikhlas Memohon,

Suami bin Lelaki


*kepada yang tersayang, buleh kah sy mencuba.

Wednesday, November 19, 2008

Orang Melayu perlu pertahankan hak mereka - Tun Mahathir

PUTRAJAYA 19 Nov. - Tun Dr. Mahathir Mohamad mahu orang Melayu tidak terus mengambil sikap mempertahankan diri apabila hak-hak dan keistimewaan mereka dicabar oleh pihak tertentu terutama selepas UMNO catat prestasi buruk dalam pilihan raya umum lalu.

Sebaliknya bekas Perdana Menteri itu berkata, sudah tiba masanya untuk orang Melayu mengambil sikap 'menyerang' bagi memastikan hak-hak yang dinikmati selama ini dapat dipertahankan.

''Kita lihat sekarang ini ramai orang Melayu cuma mempertahankan diri tetapi tidak menyerang, kita cuma marah dengan kata jangan sentuh hak keistimewaan Melayu dan agama Islam.

''Kita harus mempertahankan kedudukan kita tetapi ungkapan orang Inggeris kata bahawa serangan adalah satu bentuk pertahanan yang paling baik, jadi kita kena serang, itu cara terbaik untuk mempertahankan diri," katanya ketika berucap pada Program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, orang Melayu sejak dahulu mempunyai sikap yang lemah lembut dan ada kalanya tidak mahu mempertahankan diri walaupun tahu diri mereka tidak bersalah selain enggan menuduh orang lain bersalah.

Sebab itu katanya, apabila terdapat pihak mempertikaikan sosial kontrak, orang Melayu hanya mempertahankan diri bahawa mereka mempunyai keistimewaan yang telah ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Bagaimanapun jelas beliau, orang Melayu tidak mendedahkan perkara-perkara yang dipersetujui mereka dalam kontrak sosial yang telah dinikmati oleh kaum lain di negara ini.

''Kita cuma pertahankan bahawa kontrak sosial beri keistimewaan tetapi kita tidak kata tentang apa yang kita beri dalam kontrak sosial, kita bagi banyak.

''Tunku (Abdul Rahman Putra) memberikan satu juta kerakyatan kepada orang bukan Melayu tanpa apa-apa soalan, ini ada dalam ucapan Tun Tan Siew Sin.

''Kalau hendak ambil balik hak Melayu, kita juga nak ambil balik hak yang diberikan kepada mereka," katanya.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir menyatakan, selepas pilihan raya umum lalu, banyak pihak menyatakan mereka menolak perkauman tetapi mereka secara terang-terangan mempersoalkan mengapa orang Melayu mendapat begitu banyak hak di negara ini.

''Mereka mahu bahasa mereka digunakan dalam papan tanda dan mempersoalkan Melayu sebagai pendatang yang dikatakan tidak berbeza dengan orang Cina dan India," katanya.

Beliau turut mempertikaikan tindakan sesetengah pihak menyamakan kemenangan Barack Obama sebagai Presiden ke-44 Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini sebagai satu petanda bahawa negara ini juga perlu dipimpin oleh seorang Perdana Menteri yang bukannya dari kalangan orang Melayu.

''Sejak Obama menang, ia jadi masalah pula kepada kita, sedangkan beliau tidak boleh disamakan dengan kita.

''Memang dia berkulit hitam dan ada campuran sedikit tetapi hakikatnya dia menerima budaya dan bahasa di AS yang asalnya dijajah oleh Anglo-Saxon. Dia cukup dengan identiti Amerika," katanya.

Sementara itu, Tun Dr. Mahathir mengingatkan bahawa UMNO dan Barisan Nasional (BN) mungkin menghadapi risiko tewas dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya gejala politik wang dalam parti itu gagal dibersihkan.

Beliau menegaskan, jika sebelum ini rakyat beralih kepada parti pembangkang disebabkan pemimpin tertentu dalam kerajaan, mereka tidak mustahil akan menolak seluruh calon BN yang didapati memenangi pemilihan parti dengan cara rasuah.

Sehubungan itu, kata beliau, adalah tidak berguna sekiranya para pemimpin UMNO berebut-rebut untuk memenangi pemilihan parti pada Mac depan termasuk melalui cara rasuah tetapi parti kecundang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.

''Jadi penolakan terhadap UMNO bukan suatu yang mustahil, kemungkinan besar kerana rakyat sekarang pandang jijik kepada UMNO.

''Kalau dulu UMNO didokong oleh rakyat, mereka bersedia memberikan sokongan kepada UMNO dan BN tetapi hari ini pandangan rakyat sudah berbeza, sekarang saya fikir rakyat sudah benci dengan semua pemimpin kerana mereka terlibat rasuah.

''Rakyat pandang UMNO yang meletakkan calon-calon yang menang dalam pemilihan parti merupakan calon yang rasuah, adakah parti akan mendapat undi?," katanya pada program Penerangan Isu-Isu Semasa di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini.

Bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu juga membidas pandangan segelintir pihak yang menyatakan orang luar daripada UMNO tidak wajar mencampuri dan mengambil perhatian tentang apa yang berlaku dalam parti tersebut.

Ini kerana katanya, selama ini UMNO dan BN berjaya memenangi semua pilihan raya umum lalu bukan sekadar dengan sokongan ahli-ahli parti sebaliknya atas dokongan rakyat yang menyokong dasar serta perjuangan parti tersebut.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir berkata, pemimpin yang mengamalkan politik wang perlu disingkirkan daripada menduduki jawatan-jawatan penting parti bagi mengelakkan pandangan buruk rakyat yang berada di luar parti.

''Sudah tentu tidak semua pengundi gila tetapi ada yang masih waras, mereka akan tolak calon BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan inilah nasib yang sedang menunggu untuk mereka yang keluarkan wang yang banyak," katanya.

Dalam pada itu, beliau berpandangan, pelan peralihan kuasa yang ditetapkan oleh UMNO tidak akan memberikan kesan sekiranya ia hanya membabitkan pertukaran pemimpin secara fizikal.

Sebaliknya, jelas beliau, peralihan kuasa itu mesti melibatkan pertukaran dasar-dasar yang sebelum ini didapati menjadi punca kebencian rakyat dan kerugian kepada negara serta menyebabkan UMNO menjadi lemah.

''Untuk bersihkan UMNO kita perlu kepada pemimpin yang berani dan bukan lebih mirip kepada hendak menjaga air muka orang lain.

''Oleh itu peralihan kuasa tidak hanya dalam bentuk tubuh badan sahaja tetapi mesti melibatkan segala dasar yang dibenci oleh rakyat, jika tidak peralihan itu akan menjadi sia-sia sahaja, kalau teruskan rakyat akan tolak kepimpinan UMNO," tegasnya.

Sementara itu pada sesi soal jawab, Dr. Mahathir menegaskan beliau akan cuba membantu ahli-ahli UMNO memerangi rasuah politik dalam parti termasuk menghubungi Lembaga Disiplin parti dan menghantar laporan mengenai gejala itu kepada badan tersebut.

''Saya juga boleh masukkan nama-nama mereka yang dilaporkan terlibat dengan politik wang dalam laman blog saya," katanya.

Monday, November 17, 2008

Wooshhhh!!!!

I'am looking for a new jobs... anybody have vacancy, please do tell me... thanks. Boring!!! Boring!!!.

Thursday, November 13, 2008

Kunjung Hormat ke TYT

Ahli Jawatankuasa MBNPP sempat mengabadikan kenangan bersama TYT Negeri PP.

13 November 2008, (Khamis) ; Majlis Belia Negeri Pulau Pinang telah mengadakan kunjung hormat ke rumah Tuan Yang Terutama Negeri Pulau Pinang. Beliau yang segak berbaju jingga berasa gembira dengan kehadiran wakil-wakil daripada MBNPP yang masih muda sehingga terungkap dari mulut beliau yang merasakan diri masih muda bila duduk dalam kalangan pemimpin-pemimpin muda dari MBNPP.
Suadara Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee selaku Presiden juga amat berbesar hati akan kesudian TYT menerima kunjung hormat ini. Pada kesempatan tersebut banyak yang telah di bincangkan teruatama berkenaan dengan pembangunan belia di negeri Pulau Pinang seiring dengan tugas beliau sebagai Yang diPertua Negeri Pulau Pinang.
Pada pertemuan tersebut juga, Beliau banyak memberikan buah fikiran, nasihat dan idea agar MBNPP mampu bergerak lebih jauh dan menitikberatkan soal perpaduan kaum yang semakin menipis di Malaysia khususnya di Negeri Pulau Pinang. Beliau mengharapkan agar kepimpinan yang ada dapat menjaga dan mengeratkan perpaduan di kalangan belia di Negeri Pulau Pinang.
Di akhir perjumpaan, para perwakilan sempat bergambar untuk di kenang pada masa akan datang. Bukan mudah untuk berjumpa dengan seorang tokoh yang memimpin sebuah negeri seperti Negeri Pulau Pinang. Dan kami semua amat berbesar hati atas kesuadian Tun dalam menyambut dan memberi nasihat kepada kami.

Monday, November 10, 2008

Imam & 3 Orang Sahabat...

Di sebuah kampung ada 3 orang remaja yg suka melepak. Sorang tu nama dia Ali,sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa nimenyebabkan tok imam tak senang duduk.

Pada satu hari tok imam tu datang denganniat nak tarbiyah depa ni. Maka berlakulah beberapa insiden cabar-mencabar.Tok imam tu cabar 3 orang sahabat tu ke surau waktu Maghrib nanti. Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nanti kamibuktikan yg kami bukan la jahil sangat seperti yang disangkakan" .

Maka apabila hampir masuk waktu Maghrib pergilah 3 orang sahabat tu kesurau. Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dengan segera tok imam merampas mikrofon daripada Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah lah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkattakbiratul ihram. Angkat sekali tak khusyuk, angkat 2x punx khusyuk jugak lagi.. Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam." Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka paramakmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budinni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!"lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbahak2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus kedepan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habissembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Cikoniii... Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi denganbongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."

Tok imam pun terkedudan terpana...

*mak aiii... jgn la kita sampai jd mcm ni... belajar dan terus lah belajar...

'Saya minta maaf'

SALAM dan pelukan menguatkan lagi rasa keikhlasan dalam ucapan maaf.

MEMINTA maaf adalah dua perkataan yang ringkas tetapi sukar dilafazkan oleh kebanyakan orang. Malah, bagi kanak-kanak atau remaja, tindakan meminta maaf mungkin tidak wujud dalam kamus hidup jika tidak 'diperkenalkan' terlebih dahulu oleh ibu bapa.

Ada yang berpendapat mengajar anak meminta maaf mungkin bukan satu idea yang baik. Sebabnya, tindakan ini mendidik anak menganalisis dan seterusnya menyebabkan mereka sukar menikmati zaman kanak-kanak secara natural.

Tetapi, apakah keperluan tindakan meminta maaf sememangnya perlu diterapkan dalam diri anak sejak awal usia lagi?

Perunding dan penceramah etika perniagaan terkemuka, Lauren Bloom pernah berkata, meminta maaf adalah satu kemahiran sosial yang penting.

Katanya, kanak-kanak yang belajar 'etika' ini bakal menjadi manusia yang efektif dalam apa jua keadaan apabila dewasa nanti.

"Kita semua melakukan kesalahan. Ini adalah sebahagian daripada lumrah kehidupan. Tapi, kesalahan atau kesilapan kecil yang kita buat mungkin memberi impak berlanjutan kepada orang lain jika tidak disusuli dengan maaf.

"Mendidik anak meminta maaf apabila berlaku kesilapan boleh membantu mereka memahami pentingnya sebuah hubungan dan menghormati orang lain," kata Bloom dalam blognya.
MEMINTA maaf mendidik anak jauh daripada sifat ego.

Jika begitu situasinya, apakah langkah mudah untuk membiasakan anak meminta maaf apabila perlu?

Ibu bapa sebagai contoh

Tunjukkan kepada anak bagaimana kata maaf boleh dilafazkan. Misalnya, apabila anda tidak sengaja menumpahkan makanan, katakan: "Minta maaf ya. Mama tak sengaja." Kata-kata ini mungkin nampak ringkas tetapi jika diaplikasikan pada kesalahan lain, ia akan melekat dalam pemikiran anak.

Gunakan bahasa tubuh

Apabila meminta maaf, bahasa tubuh dan renungan mata juga penting dan boleh berkata-kata. Kata maaf yang disertakan dengan renungan mata menunjukkan rasa kesal si pengucap. Genggaman tangan dan pelukan erat juga boleh menjadi ikutan anak jika anda meminta maaf dengan bahasa tubuh seperti itu. Namun, tegaskan kepada anak bahawa pelukan seperti itu bagaimanapun hanya boleh diberikan kepada orang terdekat seperti ahli keluarga sendiri. Salaman ringkas pula ditujukan kepada kenalan. Sesungguhnya, bahasa tubuh adalah kaedah berkomunikasi yang lebih efektif sebelum seseorang melafazkan kata-kata maaf.

Ajar anak bertanggungjawab

Selain itu, anak perlu mengetahui erti bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya. Misalnya, jika anak merosakkan barang mainannya, maka, setelah meminta maaf, dia patut berkata: "Mak, saya tahu saya salah. Saya tidak akan ulangi perbuatan yang sama lagi." Hanya dengan cara ini, anak tahu dirinya salah dan perlu bertanggungjawab terhadap kesilapan diri.

Hargai anak

Kata maaf yang diucapkan tidak tinggi maknanya tanpa penghargaan daripada si penerima. Justeru itu, adalah penting untuk anda sebagai ibu bapa memberi tanda menghargai menerusi pujian. Sebagai contoh, katakanlah: "Wah, pandainya nak. Baiklah, mak maafkan, ya." Tindakan ini bukan sahaja boleh melegakan rasa si peminta maaf, malah boleh menguatkan lagi hubungan sesama manusia.

Dalam pada itu, apakah yang akan berlaku jika anak yang bersalah tidak biasa meminta maaf? Pertama, anak mungkin terpaksa berdepan dengan situasi diasingkan daripada kelompok rakan sebaya atau pergaulannya mungkin menjadi terbatas. Keadaan ini sekali gus boleh menjejaskan perkembangan sosialnya.

Jadi, apa sekali pun alasannya, percayalah, etika meminta maaf yang dipelajari sejak kecil boleh memanfaatkan empunya badan apabila dewasa kelak.

Sunday, November 9, 2008

Perlukah...

Manusia perlu merasa kerdil
Bila berdiri di hadapan TuhanNya,

Manusia perlu merasa cemburu
Bila melihat kejayaan orang lain,

Manusia perlu merasa bangga
Bila dihargai dan di hormati,

Manusia perlu merasa iri
Bila orang lain boleh tapi kita tidak,

Manusia perlu terus berlari
Bila rasa diri ketinggalan

Manusia perlu sentiasa tersenyum
Bila untuk menyedapkan hati

Manusia perlu segala-galanya
Tapi jangan sampai lupa siapa PenciptaNYa.

*di karang bila sedang dalam kebosanan menjenguk diri sewaktu sedang bekerja.

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golngan belia di Pulua Pinang. Ia di anggotai oleh 21 badan gabungan yang disertai oleh para belia daripada pelbagai kaum, agama dan etnik. Buat masa ini dianggarkan terdapat seramai 107,000 ahli yang berdaftar dengan pertubuhan-pertubuhan gabungan sama ada yang berorientasikan pendidikan, kebudayaan, kemasyarakatan atau keagamaan.

MBNPP di tubuhkan di negeri Pulau Pinang pada 17 November 1948. Ia adalah rentetan kepada keputusan persidangan Malayan Youth Council yang diadakan pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution Kuala Lumpur. Nama asal bagi MBNPP ialah Settlement Youth Council And Province Wellesley yang merujuk kepada dua Wilayah Utama iaitu di kawasan pulau dan wilayah Province Wellesley di kawasan tanah besar (Seberang Perai).

Penubuhan State Youth Council adalah sezaman dengan kesedaran dan keghairahan rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Justeru fokus utama penubuhan State Youth Council ialah untuk merapatkan hubungan serta membuka ruang kerjasama di antara kaum khususnya dalam kalangan golongan belia.

Para pemimpin belia pada masa itu amat menyedari bahawa perpaduan kaum dalam kalangan rakyat adalah kunci untuk mencapai hasrat rakyat Negara ini untuk keluar daripada belenggu penjajahan.

Perjuangan pergerakan belia di Pulau Pinang antara lain bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam semua lapisan masyarakat tidak mengira kaun, jantina, darjat atau pun umur.

Melalui Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang baru di lantik bagi tahun 2008-2010, Saudara Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, MBNPP akan memberikan fokus dan tumpuan yang lebih bagi menggembling tenaga dan kemahiran Ahli Jawatankuasa dalam mencapai misi dan visi MBNPP.

Permulaan bangunan pejabat State Youth Council adalah di 57, Macalister Road, Pulau Pinang. Pada masa sekarang bangunan pejabat MBNPP terletak di No.24, Jalan Kedah, Pulau Pinang. Namun begitu, MBNPP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendapat bangunannya sendiri yang baru di premis Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.

Moto Majlis Belia Negeri Pulau Pinang adalah “Belia Bertindak untuk Kebenaran dan Keadilan”.

Ayat-Ayat Cinta

desir pasir di padang tandus
segersang pemikiran hati
terkisah ku di antara cinta yang rumit
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekadar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
maafkan bila ku tak sempurna
cinta ini tak mungkin ku cegah
ayat-ayat cinta bercerita
cintaku padamu
bila bahagia mulai menyentuh
seakan ku bisa hidup lebih lama
namun harus ku tinggalkan cinta
ketika ku bersujud
bila keyakinanku datang
kasih bukan sekedar cinta
pengorbanan cinta yang agung ku pertaruhkan
ketika ku bersujud

*menghayati sebuah lirik lagu pabila sedang dalam kenderaan nak balik selepas kerja, membuat kita memikir dan terus berfikir.

Thursday, November 6, 2008

You are Everything To Somebody Right now at this very minute———–

someone
is very proud of you

someone
is thinking of you


someone
cares about you


someone
misses you

someone
wants to talk to you


someone
wants to be with you


someone
hopes you aren’t in trouble

someone
is thankful for the support you have
provided


someone
wants to hold your hand


someone
hopes everything turns out all right


someone
wants you to be happy

someone
wants you to find them


someone
is celebrating your successes

someone
wants to give you a gift

someone
think you ARE a gift


someone
hopes you are not too cold, or too hot


someone
wants to hug you

someone
loves you


someone
wants to lavish you with small gifts


someone
admires your strength

someone
is thinking of you and smiling

someone
wants to be your shoulder to cry on


someone
wants to go out with you and have a lot of fun

someone
thinks the world of you


someone
wants to protect you


someone
would do anything for you

someone
wants to be forgiven


someone
is grateful for your forgiveness


someone
wants to laugh with you about old times

someone
remembers you and wishes you were there


someone
is praising God for you


someone
needs to know that your love is unconditional

somebody
values your advice


someone
wants to tell you how much they care


someone
wants to stay up watching movies with
you

someone
wants to share their dreams with you

someone
wants to hold you in their arms


someone
wants YOU to hold them in your arms

someone
treasures your spirit


someone
wishes they could STOP time because of
you

someone
praises God for your friendship and love

someone
can’t wait to see you


someone
wishes that things didn’t have to change


someone
loves you for who you are

someone
loves the way you make them feel


someone
wants to be with you


someone
is hoping they can grow old with you

someone
hears a song that reminds them of you


someone
wants you to know they are there for you

someone
is glad that you’re their friend

someone
wants to be your friend


someone
stayed up all night thinking about you


someone
is alive because of you

someone
is remorseful after losing your
friendship


someone
is wishing that you would notice them


someone
wants to get to know you better


someone
believes that you are their soul mate

someone
wants to be near you


someone
misses your guidance and advice

someone
values your guidance and advice

someone
has faith in you


someone
trusts you

someone
needs your support


someone
needs you to have faith in them

someone
needs you to let them be your friend


someone
will agree when they read this…

Cinta

Tahu tak, cinta sebenarnya sama seperti
seseorang yg menunggu bas. Bila bas tu datang,
awak nengok bas tu dan awak kata pada diri
awak,"Eee…penuhnya… tak de tempat duduk."
Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan
tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu
berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain.
Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok
bas tu dan awak akan cakap, "Eee… bas ni buruk
sgt…mesti tak selesa.

Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah
jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu
berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang
seterusnya.Setelah beberapa ketika, datang lagi
sebuah bas. Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan
tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata,
"Emmm…. tak de air-cond… cuaca pulak panas.
Lebih baik saya tunggu bas yg lain."

Dan sekali lagi awak biarkan bas tu
berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg
seterusnya.Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca
semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula
dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus
naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu
tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar
bahawa…awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama
ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk
menunggu apa yg awak nak.Walaupun yg datang tu
adalah bas yang berair-cond, adakah awak dpt
pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah
jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk
awak?

Jadik, (terutamanya golongan perempuan)
lelaki pun samalah mengingini apa yg awak idamkan
tu memang tak salah.Tapi, tak salah juga kalau
anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain,
kan? Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai
dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan
loceng dan turun daripada bas tu. Tapi… saya
pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni.
Awak Nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg
awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi
pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura
buat tak Nampak awak dan terus berlalu tinggalkan
awak! Hahahaha…. Bila ada bas yang lalu
melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan
ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar
bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan
menyakiti diri awak sendiri.Jadi, bercinta tu
adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik
dan beri peluang pada bas tu… semuanya
terpulang pada diri awak.Dan bila awak berjalan,
awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Fikir-fikirkanlah… betul juga dia nyer kaedah… cuma kita je yg tak perasan kan… kan…
Posted in

Pepatah

PERTAMA.
Bersedekahlah kepada orang lain lebih daripada yang mereka perlukan dan lakukanlah dengan penuh kerelaan.

KEDUA.
Kahwinilah lelaki / wanita yang gemar anda berbicara dengannya, kerana kemahiran berbicara antara satu dengan lain akan menjadi lebih penting pabila usia semakin tua.

KETIGA.
Usahlah mempercayai segala perkara yang anda dengari. Berbelanjalah sekadar apa yang ada atau tidurlah seberapa lama yang anda perlu

KEEMPAT.
Apabila kamu berkata, " Aku Cinta Padamu", maka tunaikanlah.

KELIMA.
Pabila mengatakan, "Maaf", tenunglah matanya.

KEENAM.
Bertunanglah sekurang-kurangnya enam bulan sebelum kamu diijabkabulkan.

KELAPAN.
Usah tertawakan impian orang lain. Manusia tanpa impian tidak memiliki apa-apa.

KETUJUH.
Percayailah cinta pandang pertama.

KESEMBILAN.
Cintailah seseorang dengan sepenuh hati dan penuh kasih sayang. Sungguhpun anda akan berasa seolah-olah diri anda tersiksa, tapi percayalah itulah satu-satunya untuk melengkapkan kehidupan ini.

KE SEPULUH.
Jika berlaku perselisihan pendapat, bertengkarlah secara aman. Usahlah menyebut nama sesiapa ketika bertengkar.

KE SEBELAS.
Usahlah menilai seseorang berdasarkan peribadi keluarga mereka.

KEDUA BELAS.
Berbicaralah dengan tenang dan berfikirlah dengan pantas.

KETIGA BELAS.
Apabila seseorang bertanyakan satu soalan yang tidak anda gemari, lontarkanlah senyuman dan bertanyalah padanya,"Kenapa anda ingin tahu?"

KEEMPAT BELAS.
Ingatlah bahawa setiap cinta dan pencapaian yang besar akan melibatkan pengorbanan dan risiko yang besar.

KELIMA BELAS.
Ucaplah "Semoga anda diberkati" apabila mendengar seseorang bersin.

KEENAM BELAS.
Apabila anda kerugian, janganlah jadi kurang ajar.

KETUJUH BELAS.
Berpeganglah kepada tiga R:
o Rasa hormat pada diri sendiri;
o Rasa hormat kepada orang lain;
o Rasa tanggungjawab terhadap semua tindakan anda

KELAPAN BELAS.
Usahlah benarkan pertikaian yang sebesar hama merosakkan sebuah persahabatan yang besar.

KESEMBILAN BELAS.
Apabila menyedari bahawa anda telah melakukan kesalahan, usahlah berlengah untuk perbetulkan kesalahan itu.

KEDUA PULUH.
Tersenyumlah ketika menjawab telefon. Pemanggil akan melihatnya daripada suara yang mereka dengar.

KEDUA PULUH SATU
Ada ketikanya anda perlu bersendirian.

WAYNE: HIGH TIME WE WON AT ARSENAL

Wayne Rooney aims to fire United to a first win at the Emirates on Saturday.

Over the past two seasons the Reds have twice squandered match-winning positions at Arsenal, and Rooney is determined to avoid a repeat.

Rooney scored on both visits so far to the Emirates, but on each occasion Arsenal mounted dramatic late comebacks. In January 2007, Thierry Henry scored a rare headed goal to give the Gunners a 2-1 win and last season William Gallas scored seconds from the final whistle to secure a point.

“We’ve thrown away some points there in the last two seasons, despite them being really good games. I think we should have maybe won at least one of them,” he said.

“We know Arsenal are a good team, they pass the ball really well. They can make it difficult for you, especially at home, so we’ll have to make sure we’re focused, we all do our jobs right and try to get the goals to win it.”

Meanwhile, Rooney is confident United’s squad is equipped to cope with the strains of competing in multiple competitions, and says he relishes the hectic fixture list. “Since I’ve been at this club the games have been Saturday - Wednesday - Saturday - Tuesday. I prefer it that way. I’d rather play twice a week than only play Saturdays.”

Hopefully Manchester dominate and win at the Emirates.

Letih dah Memikir...

Salam,

Aku dah banyak hari mengambil masa nak menulis satu artikel untuk dimuatkan ke dalam Buletin Belia edisi pertama kepimpinan baru 2008-2010. Tapi sampai sekrang masih belum mendapat idea untuk menulis. Inilah yang susah. Fenin... Fenin.....

Tuesday, November 4, 2008

Perkhemahan Belia

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu Perkhemahan Belia pada 28 hingga 30 November 2008 bertempat di Bukit Hijau, Baling, Kedah Darul Aman. Penyertaan adalah terbuka kepada semua belia di Negeri Pulau Pinang berumur 18 hingga 25 tahun. Perkhemahan ini merupakan program pertama yang dianjurkan MBNPP melalui kepimpinan yang baru yang di ketuai oleh Saudara Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee salaku Presiden MBNPP.

Perkhemahan ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dan suasana perkhemahan. Selain itu, perkhemahan ini juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para belia, menjalin persahabatan dan mengeratkan hubungan integrasi antara kaum. Malah pihak penganjur juga menyelitkan program berunsur keagamaan dan motivasi diri agar mampu mendidik para belia menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai program Perkhemahan Belia ini di harap dapat menghubungi sekreteriat Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, di No.24, Jalan Kedah, Pulau Pinang. Semoga dengan keikhlasan dalam pengendalian aktiviti mampu melancarkan program dan mencapai tujuan yang diharapkan.

Sunday, November 2, 2008

Perjalanan Panjang Belia Negeri Pulau Pinang

SEJARAH pergerakan belia negeri Pulau Pinang diabadikan dalam sebuah buku 60 Tahun Perjalanan Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang baru diterbitkan ini. Buku ini melakarkan kembali jalan panjang selama 60 tahun yang dilalui oleh Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) sejak ditubuhkan pada 17 November 1948.

Mengikut rekod, penubuhan MBNPP diputuskan dalam persidangan Malayan Youth Council pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution, Kuala Lumpur. Pada asalnya MBNPP memakai nama Settlement Youth Council And Province Wellesley dan diterajui pertama kalinya oleh Hakim Fred Arullnandam.

Seperti pergerakan lain ketika itu, State Youth Council juga bergerak dengan azam dan semangat ahli-ahlinya yang ghairah ke arah mendapatkan kemerdekaan. Strategi ketika itu adalah bagi merapatkan barisan antara semua ahli daripada setiap bangsa. Pemimpin belia sedar, kunci ke arah melepaskan rakyat daripada belenggu penjajahan ketika itu ialah dengan memantapkan perpaduan kaum. Hal ini amat jelas daripada petikan ucapan beberapa pemimpin belia negeri Pulau Pinang yang diterbitkan semula dalam buku ini.

Badan bukan kerajaan ini dalam sejarahnya telah menjalin kerjasama yang erat dengan kerajaan negeri dan pusat. Sejarah panjang Penang Youth Council bagi menyatukan belia peringkat negeri itu agak berliku juga sama sulitnya dengan usaha memupuk perpaduan kaum pelbagai peringkat. Setelah tercetusnya peristiwa sengketa kaum pada 13 Mei 1969, pertubuhan itu menerima kesan sehingga merencat kegiatannya pada awal dekad 70-an. Rani Ibrahim yang memimpin Penang Youth Council telah mengambil pelbagai langkah bagi menyusun semula barisan belia di Pulau Pinang.

Sungguhpun baru bangkit daripada kegawatan akibat tragedi permusuhan kaum 1969, Penang Youth Council dapat terus melaksanakan pelbagai kegiatan yang menautkan kembali belia pelbagai kaum di Pulau Pinang di bawah satu payung. Penang Youth Council bahkan masih mampu menjadi tuan rumah Asian Youth Seminar pada 1976.

Pada suatu ketika timbul masalah teknikal apabila wujud dua pertubuhan yang memimpin pergerakan belia di Pulau Pinang. Selain Penang Youth Council yang bernaung di bawah Malayan Youth Council dan berdaftar sebelum wujudnya Akta Pertubuhan pada 1966, terdapat pula Majlis Belia Malaysia Bahagian Penang yang berdaftar pada 1970. Dengan kemuafakatan yang ada, dikekalkan Majlis Belia Pulau Pinang yang diterima pendaftarannya pada 1979.

Perkembangan ini memudahkan lagi pembangunan belia di negeri tersebut. Nadi pergerakan belia Pulau Pinang pada ketika itu sangat tertumpu kepada Kompleks Pelbagai Guna Batu Uban yang baru dirasmikan oleh Datuk Ali Ahmad, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan.

MBNPP telah melangkah jauh dengan melibatkan anggotanya dalam pelbagai program belia peringkat antarabangsa melalui kegiatan lawatan, seminar, pertukaran belia, dialog dan persembahan kebudayaan.

Bermula pada 1979, MBPP turut menghantar anggotanya dalam program Kapal Belia Asia Tenggara, Nippon Maru yang memberikan kefahaman tentang kehidupan masyarakat Asia. MBPP kemudian menjadi tuan rumah dan menyambut 210 belia Asia dalam kapal Nippon Maru yang berlabuh di pelabuhan Pulau Pinang pada 1983.

Banyak lawatan dari pelbagai pertubuhan belia antarabangsa telah diterima oleh MBPP ke negeri itu sebagai membalas lawatan ke luar negara yang dilakukan. Pada 2001 termeterai pula perjanjian persefahaman dengan The Adelaide Sister City Young Ambassadors sehingga melebarkan sayap perjuangan MBPP.

MBPP menjenamakan semula pertubuhan itu pada 2006 dengan memakai nama baru dan dikenali sebagai Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP). Struktur organisasi pertubuhan ini juga diubah bagi menyesuaikan pelbagai perubahan yang berlaku kebelakangan ini.

Buku ini turut merakamkan usaha MBNPP mewujudkan masyarakat belia yang mengamalkan gaya hidup berkualiti, mempunyai jati diri yang mantap, berpegang kepada nilai-nilai murni, bersemangat sukarela, patriotik dan berdikari dalam menghadapi pelbagai cabaran. MBNPP menjalankan usaha mengukuhkan sahsiah dan kekuatan diri belia melalui program kemahiran, peluang perniagaan dan keusahawanan. Selain itu MBNPP turut membantu kerabatnya dalam memantapkan kegiatan dan pengurusan belia peringkat akar umbi.

Dalam masa yang sama MBNPP berusaha membina kestabilan dan integrasi nasional dengan membina peribadi belia yang positif, dinamik dan produktif. MBNPP juga mengambil pelbagai langkah proaktif ke arah berusaha menjauhkan belia daripada anasir subversif, vandalisme dan kegiatan samseng. Usaha ini amat penting bagi menyediakan belia sebagai pelapis dalam barisan kepimpinan negara.

Melalui pelbagai program yang dijalankan, pertubuhan ini juga membantu belia meningkatkan jaringan dan interaksi dengan masyarakat belia antarabangsa. Ini tentunya menjadikan pemimpin belia lebih terbuka dan mengenali pelbagai masalah di luar batas yang lebih luas.

Banyak usaha yang telah dilakukan dalam memastikan kelompok muda di negara ini menjalani kehidupan yang positif. Kepada golongan belialah negara ini menyandarkan harapannya dan nasib serta masa depannya. Kepada belia kita pertaruhkan kejayaan dan kemajuan kita dalam dekad yang mendatang. Jika lemah belia kita pada masa kini, akan lemahlah negara kita pada masa akan datang.

Pertubuhan belia memegang peranan memastikan belia negara ini tidak dipengaruhi oleh unsur yang dapat melemahkan kekuatan benteng negara serta menjadi tonggak dalam menegakkan negara kita yang telah lebih 50 tahun merdeka.

MBNPP telah membuktikan peranan yang dimainkannya dalam tempoh 60 tahun lalu. Namun demikian, usaha yang telah dimainkan oleh MBNPP tidak boleh berhenti setakat itu sahaja. Kita tidak boleh tersenyum membaca rakaman sejarah kejayaan yang belum tentu akan berterusan dan berulang. Dekad yang bakal mendatang akan muncul dengan pelbagai cabaran yang tidak semuanya dapat dijangkakan.

Dunia yang global dan semakin mengecil akan menuntut belia kita lebih supaya bersedia menghadapinya dengan pelbagai persediaan. Setiap belia kita mesti ditanamkan ciri-ciri terpuji bagi menjadikan mereka modal insan yang paling berharga untuk diwarisi oleh negara yang kuat.

Dipetik daripada Akhbar Utusan Malaysia, 3 November 2008.

Saturday, November 1, 2008

Personaliti Seorang Sukarelawan

Apa itu kerja sukarela?

Kerja sukarela berbeza dengan kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelaan merupakan satu gabungan dimana kedua-dua pihak bermanfaat.

Kerja sukarela memerlukan kita untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Hasilnya, sesebuah komuniti itu akan mendapat manfaat terhadap kerja sukarela yang telah dilakukan. Sukarelawan pula akan bermanfaat dengan mendapat pengalaman dan pengajaran terhadap kerja yang dilakukan tersebut.

Apakan ciri-ciri seorang sukarelawan?

Seorang sukarelawan perlulah suka membantu orang lain tanpa mengharapkan ganjaran atau pujian serta suka bekerja dengan orang lain dalam membuat kerja-kerja sukarela.

Seorang sukarelawan juga perlu boleh berkomunikasi secara berkesan dan mampu bergaul dengan orang awam dalam bilangan yang ramai tanpa merasa sombong diri atau malu dengan pekerjaan yang mereka lakukaun.

Seorang sukarelawan perlu bersedia dalam apa keadaan sekalipun untuk menhadapi kesulitan dan kesukaran sewaktu melakukan kerja-kerja sukarela dan mereka perlulah bersedia untuk tidak merungut dan mengungkit ke atas pekerjaan yang telah mereka lakukan.

Sebelum membantu orang lain, sukarelawan perlulah mampu untuk membantu diri sendiri dan perlu mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Seorang sukarelawan juga perlu bersedia untuk belajar dan mempelajari sesuatu yang baru dengan pantas serta bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya sewaktu menjalankan kerja-kerja sukarela.

Apakah tujuan melibatkan diri dengan sukarelawan?

Di dorong dengan niat yang baik untuk membantu orang yang dalam kesusahan, orang yang dalam kesempitan dan orang yang memerlukan.

Ingin menyumbang kepada ketinggian Agama, dan ingin menyedarkan masyarakat terhadap sesuatu kepentingan sosial, negara dan bangsa.

Ingin menyumbang ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang ada bagi membantu komuniti dan menyediakan keperluan terhadap kebergantungan sesuatu komuniti.

Akhir sekali, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w kepada semua umatnya, "Allah kasih kepada mereka yang bermanfaat kepada manusia yang lain". Oelh yang demikian, sebagai manusia yang mempunyai kehidupan yang lebih daripada orang yang kekurangan, berikanlah ilmu, harta, tenaga dan bantuan agar negara kita akan lebih maju, dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa kerana berpaksikan sikap seorang sukarelawan yang sempurna.

Facebook Maniac

Setahun yang lalu, begitu banyak email yang saya terima untuk memulakan akaun facebook, namun begitu saya mengambil sikap endah tak endah kerana merasakan cukup hanya dengan menggunakan friendster sebagai perantara dalam mengenali dan terus berhubung dengan kawan-kawan yang ada di segenap penjuru dunia.

Namun, beberapa minggu yang lalu saya melihat ke dalam satu laman web yang memberikan "trafic rangking" terhadap laman web yang ada di seluruh dunia, dan bagi Malaysia, facebook antara 10 yang teratas dan membawa maksud begitu ramai rakyat di negara ini menggunakan facebook sebagai medium perhubungan sesama mereka. Hal ini menarik minat saya untuk mencuba.

Saya telah mencuba selama seminggu dan apa yang membuatkan saya tertarik adalah antaramukanya yang mudah, berbagai dan mempunyai pelbagai fungsi dalam berhubung. Yang paling saya minati adalah "Pet Society" yang membolehkan kita berhubung dengan kawan-kawan dengan menggunakan "haiwan peliharaan". Dan melalui haiwan ini, kita dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik dan tidak membosankan.

Walau apapun, facebook mungkin berguna kepada kita dalam mendepani peningkatan teknologi terkini dan kemajuan era teknologi maklumat yang semakin berkembang. Namun, apa yang menjadi peringatan adalah terhadap kerja hakiki yang perlu diutamakan dan jangan sehingga terabai kerana ia akan menyebabkan kita dibuang kerja.

Apapun, selamat berhubung di dalam dunia siber. Saya juga menyarankan kepada kawan-kawan dan para belia untuk terus menggunakan medium seperti ini kerana ia mampu memberikan peluang kepada kita untuk memajukan diri.

Sekian.