"Kita adalah seorang pelakon yang memainkan watak yang pelbagai dalam dunia sebenar"
Manusia kekadang selalu merasakan yang diri tidak lagi diperlukan. Manusia terkadang merasakan diri tidak lagi diperhatikan. Manusia terkadang merasakan yang mereka merupakan segalanya dalam hidup mereka. Tapi adakah kita kenal watak-watak yang terdapat dalam diri kita sendiri.
Ingatlah, kadang-kadang kita perlu memainkan peranan dan watak kita sendiri untuk berada dalam kehidupan manusia lain. Kadang-kadang kita perlu mainkan watak yang lain yang mampu kita gunakan untuk memasuki persekitaran yang baru.
Bila kita ditimpa kesusahan, mainkanlah peranan sebagai seorang yang sedang dalam kesusahan. Kalau kita dalam kegembiraan, mainkanlah watak yang dalam kegembiraan. Tapi jangan sesekali kita lupa, apabila kita berada bersama orang lain, peranan dan watak yang kita mainkan perlu selari dengan orang yang bersama kita. Jika tidak ini akan lebih memburukkan keadaan. Malah ia akan membawa kepada kita akan disisihkan dan dibiarkan syok sendiri.
Ingatlah, sebagai manusia, kita perlu mainkan watak yang pelbagai dalam dunia yang penuh dengan pelbagai rencah kehidupan. Jika kita lupa walau sedetik, maka kita akan terabai dan ketinggalan dalam dunia ini. Malah kita akan tertinggal segala yang ingin kita lakukan. Jangan lupa untuk terus berusaha memainkan watak yang menakjubkan sebagai seorang manusia yang diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t dalam kehidupan kita yang sekejap cuma ini.
Doakan pada kawan-kawan kita agar semua menemui kebahagiaan dalam hidup masing-masing. Walau tidak bersama dengan yang kita sayangi, tapi berilah sokongan dan bantuan dalam memastikan kehidupan orang sekeliling kita akan menjadi lebih bahagia daripada hidup kita. Jika semua manusia mampu melakukannya, maka hidup di dunia bagai hidup dalam kemanisan kemanusiaan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment