Deklarasi Millineum telah diperkenalkan semasa Sidang Kemuncak Bangsa-Bangsa Bersatu di New York pada bulan September 2000. Matlamat Pembangunan Millineum (MDG) muncul sebagai satu cara utama dalam melaksanakan deklarasi tersebut bagi memperkukuhkan usaha ke arah keamanan, demokrasi, urus tadbir yang baik dan pembasmian kemiskinan secara global di samping mempromosi prinsip hak-hak asasi manusia dan kehormatan. Matlamat MDG Malaysia telah berubah mengikut tahun dan keperluan semasa.
MDG merangkumi 8 elemen yang saling berkaitan dan perlu dilihat secara menyeluruh. Ia mencerminkan perkongsian antara Negara-negara membangun. Elemen-elemen tersebut ialah; Membasmi kemiskinan dan kelaparan, Mencapai pendidikan rendah yang universal, Meningkatkan keselematan gender dan memperkasakan wanita, Mengurangkan mortaliti kanak-kanak, Memperbaiki kesihatan ibu bersalin, Mencegah HIV/AIDS, Malaria dan penyakit lain, Memastikan alam sekitar yang lestari dan Mewujudkan perkongsian global untuk pembangunan.
Malaysia telah mencapai beberapa matlamat pembangunan nasional yang secara kebetulan merangkumi elemen-elemen penting MDG sejak tahun 1960an lagi. Pencapaian dan kedudukan Malaysia yang cemerlang dalam pembangunan ekonomi dan sosial adalah berasaskan kepada dasar-dasar baru dan strategi yang digubal di bawah Rangka Rancangan Jangka Panjang yang dilaksanakan secara sistematik melalui Rancangan Malaysia Lima Tahun.
Sejarah kejayaan pentadbiran Malaysia telah menjadi satu pencapaian terbaik dalam memastikan elemen-elemen di dalam MDG tercapai. Pembasmian kemiskinan merupakan salah satu objektif utama di dalam MDG telah menjadi isu penting pada tahun 1970an di Malaysia. Ketika itu, separuh daripada isi rumah berada di dalam kemiskinan. Isu pendidikan yang juga salah satu elemen di dalam MDG telah menjadi isu penting Negara pada taun 1990an. Namun kedua-dua isu ini berjaya di tangani sehinggakan kadar kemiskinan semakin mengurang dan kadar penduduk yang tidak mendapat pelajaran semakin mengecil. Namun pencapaian Malaysia dalam menghapuskan AIDS/HIV sebelum tahun 2015 masih membimbangkan. Kes HIV dilaporkan berganda pada setiap tiga tahun dan kerajaan masih terus berusaha untuk menghapuskan AIDS/HIV ini.
Dengan tercapainya sebahagian besar sasaran MDG, cabaran Malaysia adalah untuk mengekalkan tahap pencapaian ini dalam mengendalikan sasaran MDG yang lain. Langkah Malaysia seterusnya adalah untuk mengenalpasti tugas dan menentukan keutamaan yang perlu dilaksanakan untuk mengekalkan kemajuan secara berterusan supaya menjadi contoh bagi Negara lain agar menuju matlamat akhir untuk mencapai status Negara maju.
Strategi utama yang sedang dilaksanakan pada masa kini termasuk membangunkan ekonomi berasaskan pengetahuan dan pembangunan sumber manusia, mempercepatkan perubahan struktur dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan, menggiat semula sektor pertanian dan memperkukuhkan kestabilan sosio-ekonomi dengan meningkatkan perkongsian di antara sektor awam dan swasta. Adalah dijangkakan pertumbuhan ekonomi yang pesat secara berterusan akan dapat membantu Negara mencapai Matlamat Pembangunan Millineum.
3 comments:
kesemua 8 sasaran yang terkandung dalam Matlamat Pembangunan Alaf Baru(MDG)boleh dicapai melalui pendidikan.Sekiranya kita berjaya mengatasi masalah celik huruf,maka sesungguhnya kita akan mampu memberi mereka kesedaran akan perihal hak dan tanggungjawab.
Sebab tu UNICEF banyak menekan aspek pendidikan dan menganjurkan pelbagai program bagi memastikan mutu dan kualiti pendidikan di seluruh dunia mencapai tahap yg membanggakan.
dalam deklarasi millenium menggariskan strategi bagi mencapai sasaran yg ditetapkan, pun begitu sejauh manakah elemen perlaksanaan dan pengurusan dana yg dikeluarkan bagi menjamin kesejahteraan seluruh dunia.
walau ada unjuran yg positif, kita xkan mampu menyelesaikan semua masalah secara tOtal kerana kita harus menerima hakikat,selagi ada manusia,selagi itu akan wujud masalah.
Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana kepimpinan negara pada masa lalu khususnya Tun Razak memilih untuk menggunakan sumber untuk pembangunan secara terancang. Maka hasilnya negara kita yang merdeka lebih lewat pada 1957 kini lebih maju berbanding Indonesia dan Filipina.
sebab itulah kini Malaysia tak terlalu terdesak untuk MDG. Jadi tugas kita sekarang adalah untuk bantu negara lonjak lebih tinggi ke satu tahap negara Maju. Tapi dalam masa yang sama nak kekalkan prestasi MDG sedia ada juga sukar kalau hanya bergantung kepada kerajaan.
Cool bro, ...menulis adalah satu kegiatan mental yang baik keep it up. Tapi satu perkara lu kena ambil kira, ...apabila satu-satu hasil tulisan siap... ia boleh jatuh dalam satu daripada 3 kategori berikut.... 1) Fiksyen 2) Fakta sebenar (truth) 3) Propaganda ... which one is yours bro?
Occasionally, gwa follow fiksyen writing especially kalau ia menarik dan bleh bwat gwa seronok, especialliy kalau ia lawak. Kalau ia fact writing, ...based on what was really happened and got proof...cool, gwa mesti baca punyer...! But ...bila ia jatuh dalam kategori 3... fugget it! ...it is no good...! it just only going to insult my thinking head. ...so... my comment is... support ur statement with proof and facts bro... kalau tak ..ur writing hanya akan jadi propaganda percuma current establishment je nanti... Even kalau depa bayaq pun... u still have to answer to ur moral conscious to this question... "..is this really the truth?" ..look around... and jawab dengan jujur.
Anyway... cool, like i said.. teruskan menulis... and make sure, next time u really decide firmly, sama ada nak tulis fiksyen, truth atau propaganda... k bro ..owh its me... kebalz... that guy u met dekat sepadu... ha ha ... wassalam
Post a Comment