beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Wednesday, May 13, 2009

10 tahun... KRS SMKANT menuju kegemilangan.

Tahun 2009 aku kembali mengajar kawad kaki di SMKANT. Teringat kenangan tahun 1999 bersama dengan Encik Johar, Cikgu Rizal dan Cikgu Idrus. Orang kuat yang banyak menyerlahkan aktiviti KRS sehingga KRS SMKANT pada masa tu menjadi antara pasukan terbaik di peringkat negeri. Zool Azhari sebagai ketua platun, kami mengorak langkah. Bermula di peringkat daerah.
Bantuan daripada cikgu-cikgu dan encik johar yang memberikan sepenuh tunjuk ajar kepada kami. Beliau memberikan nasihat, mengajar formasi malah solat berjemaah dengan diiringi tazkirah ringkas daripada beliau. Bantuan cikgu rizal dan cikgu idrus melengkapkan pasukan dengan pakaian dan aksesori. Malah mereka juga mendapatkan bantuan pinjaman kasut boot kain seperti renjer hutan bagi memberikan kekuatan kepada kami dalam berkawad.
Kali pertama diadakan pertandingan kawad kaki di seluruh Malaysia. Peringkat daerah seberang perai selatan diadakan di tapak letak kereta sekolah rendah seri sentosa. Kami bergerak ke sana dengan harapan berkobar-kobar. Selepas selesai pemeriksaan pakaian di padang sekolah kami bergerak ke tapak kawad. Dan akhirnya diumumkan kami menjadi johan walaupun terdapat pelbagai lagi unit beruniform. Pertandingan bukan sahaja untuk KRS malah dicampur sekali dengan unit beruniform lain. Hanya satu pemenang yang akan dipilih mewakili daerah dan kami adalah yang terpilih.
Pulang ke sekolah kami teruskan latihan bersama Encik Johar. Beliau memastikan kelemahan semasa di peringkat daerah diatasi oleh kami. Pertandingan kawad kaki peringkat negeri diadakan di Kem Sungai Ara. Dengan penuh semangat kami sekali lagi terpilih untuk mewakili negeri ke peringkat kebangsaan.
Peringkat kebangsaan diadakan di kedah... malangnya disebabkan ada kesilapan teknikal kami hanya sekadar menduduki tempat ke-4. Bermula dengan langkah yang diharungi oleh kami pada tahun tersebut, kini setelah 10 tahun, KRS SMKANT mendominasi secara berturut-turut pencapaian selaku wakil daerah dan wakil negeri. Hanya sekali kami berjaya menjadi johan peringkat kebangsaan iaitu pada tahun 2000.
Setelah 10 tahun pasukan KRS SMKANT akan menyambut jubli Intan pada tahun ini. Pihak sekolah sedang dalam perancangan bagi mewujudkan alumni KRS SMKANT dan mengadakan perjumpaan semua para kadet yang pernah mewakili sekolah ke peringkat kebangsaan. Doakanlah perkara ini berhasil.
Dan setelah 10 tahun juga, pada tahun ini sekali lagi pasukan KRS SMKANT akan mewakili negeri Pulau Pinang ke pertandingan kawad kaki peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Pahang. Semoga berkat doa semua pasukan ini akan mengulangi kejayaan pada tahun 2000.
Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak terima kasih kepada perintis pasukan kawad kaki sekolah yang telah membuka langkah yang hebat demi pencapaian dan kegemilangan masa kini. Malah dengan kejayaan ini, setiap tahun seramai hampir 70 orang atau lebih akan beroleh sijil mewakili negeri ke peringkat kebangsaan. Tahniah dan Terima Kasih. Sejarah mengajar kita erti penat lelah pencapaian masa lalu. Tapi diharapkan sejarah juga akan mampu memberi semangat kepada kejayaan masa hadapan.

6 comments:

Anonymous said...

gbbmpg.blogspot.com

Durratul Akhyar said...

Tahniah..moga krs smkant terus menuju kegemilangan!

"faiza 'azamta fatawakkal 'ala Allah!"

chafizomie said...

KENAL. JUMPA. SINGGAH

Anonymous said...

salam...
bangga ngn kawad smkant...
sy dlu pn KRS gak...
pglaman yg xleh lpe smpai ble2....
smga smkant akan trus cemerlang dlm KRS...
maju KRS utk SMKANT...
SMKANT tetap dlam kenangan

mun_bulan said...

SMKA NIBONG TEBAL..musuh ketat SMK SERI NIBONG!!! HIHI

Anonymous said...

Waktu tahun 2000 sy bersam pasukan kawad kaki SMKANT membawa pulang piala selaku juara kawad kaki peringkat kebangsaan di Ipoh...terima kasih kepada cikgu rizal dan cikgu idrus yg byk membantu sehingga kejayaan menjadi milik SMKANT