beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, June 2, 2009

Tahniah dan Takziah

2 Jun 2009 merupakan tarikh paling mengusik jiwa aku. Pada tarikh tu aku dapat berita gembira pada sebelah pagi dan berita sedih pada sebelah petang.
Gembira...
Aku dah mendapat kerja sebagai pegawai tadbir di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang dan bertugas dan bestnya di sini. Aku dapat sebuah bilik yang lengkap dengan talian internet, telefon (yang nombornya aku tak tau) dan ofis mate yang baik2. Aku suka la keje dkt sini. Tapi baru permulaan, x sesuai rasanya untuk aku membuat kesimpulan awal kan... tapi kita kena positif la kan.
Sedih...
Selepas aku melapor diri, jam 10 lebih mak aku telefon, nenek aku baru saja meninggal dunia. Terus hilang mood aku nak bergembira. Nenek aku ni banyak memberikan nasihat dan tunjuk ajar. Dia juga yang menjanjikan nak tgk bakal isteri aku dan nak masak serta ajar masak pada bakal isteri ku. Tapi alangkah sedih tak sempat aku nak pertemukan dengan bakal isteri aku. Apapun nenek aku juga penah mohon untuk aku bacakan ayat-ayat al-quran padanya. Aku tak sempat nak lakukan kerana kekangan masa, ingat musim cuti sekolah aku nak buat, namun belum sempat aku lakukan. Mengalir air mata aku bila kenangkan saat2 aku bersama dia. Terlalu banyak dan tak sempat untuk aku balas. Paling aku suka dulu2 bila dia masakkan ayam kurma memang menjilat jari la... tapi malangnya kini hanya tinggal kenangan.
Al-fatihah buat arwah yang bersemadi dengan tenang di sana. Doakan buat beliau wahai kawan2.

6 comments:

g-go said...

takziah bro.
may god bless her.
al-Fatihah to her

munk perda said...

tahniah sebab dapat keja pegawai tadbir..

takziah gak utk hang..

Fanatech Enterprise said...

tahniah bro utk jawatan tu. amanah tu. dan takziah utk pemergian arwah nenda tersayang. tabahkn hati dan teruskn perjuangan.

Dx said...

salam abg,abang x nak buat scout box?

mehrunesa said...

takziah yek...semoga dia aman di sana......

Anonymous said...

adt dunia...macam roda..kejap ats..kejap bawah... kejap happy n kejap sedih.. :)