Hujung minggu lepas, aku berkesempatan membuat kerja-kerja pembersihan dirumah nenek aku. Rumah tu akan aku jadikan sebuah pusat tuisyen bagi paling untuk berbakti dan meninggalkan sesuatu buat seseorang bila aku juga telah pergi kelak. Tapi bukan itu yang aku nak cerita, tapi lebih kepada siri pengajaran yang aku perolehi daripada SEORANG PENDATANG ASING WARGA BANGLADESH. Kadang-kadang ada juga kwn2 yg mengusik kata aku pun semcm pendatang asing, biarkan apa org kata asalkan aku tahu asal usul ku. Nak dijadikan cerita, hari kami buat kerja tu, bapa aku xdak, jd terpaksa la aku menjadi seorg dreber mengambil dan menghantar 2 org mamat drpd bangladesh ni. masa dtg ok lagi, masa balik aku punya la berbual. Aku nak cerita yang sorg ni je. Nama dia Saiful(ejaan aku x pasti la, bunyi dia mcm tu la). Dia ni msa dtg mesia umur baru 19 taun. Muda, kurus, rambut kerinting dan ada segaknya. Dia kata masa sebelum dia dtg mesia, dia dok umh dia di bangladesh, hy goyang kaki, makan pakai sume disediakan oleh mak dan ayah dia. Tapi bila dia dah cecah umur 18 taun, mak ayh dia menanggung hutang yang banyak. Jadi masa tu la dia dok mencari dan berusaha utk cri jln keluar dri kehidupan yang mcm tu. Satu hari dia menang loteri(dia kata walau x halal, tp dah xdak jln lain), dia dpt la duit, then bapa dia hutang ckit lagi utk dia, bagi cukup rm13,000 untuk bayr pd kerajaan dia supaya dpt dtg kerja di mesia. Aku terkejut dgr dia kata RM13k. Banyak tu. Pastu bila dia dtg sini, kebetulan abg dia seorg grad kolej kepakaran komputer, abg dia kata,(dalam bahasa bangladesh la, tp ni dia translate utk aku), saiful, ko pilih la nak ada duit atau ilmu, klu ko xdak dua2 tu, jgn duduk dan berbual dgn aku. Jadi ko pilih la mana ko nak. Lebih kurang mcm tu la, then dia buat keputusan utk dtg dan kerja di mesia. Dari seorg yg segak dan kemas, kini muka dia hitam berarang, kuku dan kematu, bdn dan bercalar balar. Dia kata lagi, setaun dia kat mesia, mmg dia keje kuat, dan dlm masa setaun tu, dia antar ke mak ayh dia duit, dan kini mak ayah dia dah tak berhutang lagi. Tu setaun, dgn duit RM13k tu pun dia dfah langsaikan. Hebat kan... Dia kata duit gaji dia termasuk OT apa sume dlm RM1500 jer. Jd duit OT dia guna utk makan, yg lebih dia simpan utk bg pd mak ayh dia. Dia kata, skrang mak ayh dia dah tak payh keja. Hidup dia sbg seorg ank adalah bg mak ayh dia duit dan x pyh keje. Esok bila dia dah tua, maka dia nak ank dia pulak yg keje utk bg dia mkn dan pakai. Tu lumrah hidup keluarga dia. Korang bygkan, baru umur 22 taun dah boleh bg duit kat mak ayh dan sanggup bersusah utk mak ayh dia. Kalau anak melayu mampu buat mcm ni, alangkah bahagianya mak ayh kita kan. Mmg la ada, tp kdg2 kita jg mkn pakai kita dulu baru bg dkt mak ayh, tp dia, dia rela susah skrang demi mak ayh dia. Aku tanya dia, smpi bila nak jd mcm tu kan, dia jwb, dia bercita-cita nak kerja dekat malaysia smpi umur dia mencecah 27 taun. Sebab, masa tu dia yakin dia dah cukup duit utk buat sesuatu dkt bangladesh. Aku tanya, apa yang dia nak buat, dia kata, bila dia balik sna umur 27, dia dah xmau kerja, dia nak beli sebiji kereta, kemudian sewakan keta tu dgn harga RM100 sehari. Jadi dia dah x pyh kerja, org yg bawa keta dia tu akn bawa untung utk dia. Aku kata mampu ka, kalau kena tipu mcm mana, dia kata kat sna tak mcm mesia, sini sume org ada kereta, tp dkt sna, teksi adlh kemudahan utama di jalanraya. Jadi sapa ada kereta mmg akn buat untuk la. Tu yang dia nak masuk dlm urusan bisnes yg mcm tu. Kagum aku dengar. Muda2 dah ada visi dan misi semcm tu. Bila aku dah hntar dia balik, dia ucpkan terima kasih dkt aku, dan aku juga ucpkan terima kasih dkt dia sbb membuka fikiran aku betapa seorg yang sanggup bersusah demi mak ayh di kg, sanggup bersusah demi msa depan yang lebih baik. Alangkah beruntung kita di mesia semua terjg, xdak kerja pun ada program2 yg kerajaan atau agensi2 yang buat utk bg kerja, tp diaorg kat sna smpi kena dtg sini. Aku yakin ada yang x bersetuju dengan pendpt aku ni, tp bukan sbb kebanjiran diaorg kat sini yang aku suarakan, tp lebih baik kita pelajari betapa diaorg sanggup ke sini semata2 demi msa depan yang lebih baik kelak. Maka, sayangilah msa muda demi msa tua. Sayangilah msa sebelum berlalu pergi tanpa mampu dikembalikan. Pembelajaran ada dimana2, asalkan kita mahu terima dengan cara yang mudah tanpa perlu disusahkan.
No comments:
Post a Comment