Serabut, serabai, kecewa, marah, kusut, tensen, sedih, sebak, kecik hati, sakit hati, bengong, bodoh dan macam-macam yang aku rasakan hari ini. Kalaulah mampu aku lari ke dunia lain mahu rasanya buat mcm tu. Tapi bukan kehendak aku... masalah bertalu-talu datang menghampiri. Biar pun dah ku cuba untuk melepaskan segalanya, tapi selepas satu datang yang lain. Membuatkan aku berasa tidak berguna dalam kehidupan.
Tapi serahkan diri pada Allah makanya Dia akan membantu untuk memberikan ketenangan dan kekuatan dalam menghadapi sesuatu. Doakan la agar aku sempurna dan kuat dalam menghadapi segalanya.
No comments:
Post a Comment