Pagi tadi selepas dah siap semua, aku turun ke bawah nak melangkah ke tempat kerja. Aku berhenti minum air di meja makan. Mak aku datang dan bagitau, nenek aku akan operation hari ni. Dia minta aku hadir sama. Kata mak aku lagi, nenek aku dah dua kali kena strok masa doktor buat scan. Dan doktor minta kami semua bersedia, kesan selepas operation adalah :
1. Nenek aku buleh lumpuh sebelah badan
2. Nenek aku buleh koma
3. Nenek aku x dapat diselamatkan
4. Operation berjaya
Aku berharap operation berjaya, dan nenek aku kembali seperti sedia kala. Nenek aku dah berumur 89 tahun. Badannya pun agak gempal, operation ni adalah untuk memasukkan skru di bahagian pinggang sebab kaki dia dah takleh bergerak akibat jatuh sebelum ni.
Kenangan aku dengan nenek aku amatlah banyak, aku suka nenek aku ni sbb dulu masa aku kecik2 aku slalu temankan dia pergi jual nasi pagi2. Slalu la aku dapat mkn mcm2 lauk yang dia masak. Nenek aku mmg pakar masak, dulu masa mudanya, dia slalu dijemput untuk masak pada rumah2 kenduri.
Aku amat berharap nenek aku berjaya tempuh operation ni dengan berjaya, sbb aku pernah berjanji, untuk bawa dia berjln2 naik kereta aku. Kemudian, dia juga pernah minta untuk kalau boleh dia nak tgk aku kahwen. Dia nak tolong masakkan lauk bagi bakal bini aku rasa. Tapi aku takut tak berkesempatan.
Dan akhir sekali dia suka bila aku baca quran dekat dia. Dan baru2 ni dia ada minta untuk aku buat mcm tu. Aku x tahan sedih. Aku tau aku bukan seorg cucu yang baik. Tak byk jasa dia yang mampu aku blas. Dia slalu tlg aku, pernah aku tak berduit, dia mcm tau jer, pagi2 dia akn bagi dekat aku. tapi aku tak pernah nak ambil.
Aku berharap sangat aku masih berkesempatan untuk jaga nenek aku. Aku nak belanja dia makan bubur ayam McD dan kentang lenyek KFC. Dia suka makan benda tu.
Aku harap kepada semua kawan2 tolonglah doakan dia kuat untuk tempuh operation ni. Dia tabah untuk sembuh. Dan yang penting x berlaku kesan2 yang doktor tu bagitau. Aminn...
No comments:
Post a Comment