beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Wednesday, April 22, 2009

Membuat Pilihan

Dalam kehidupan seharian, kita sering berhadapan dengan pelbagai perkara yang memerlukan kita untuk membuat sesuatu pilihan. Samada kita nak atau tidak selalunya kita terpaksa juga untuk membuat pilihan. Walaupun berat dan susah, tetap pilihan yang kita buat perlu dihadapi dengan tabah. Selalunya pilihan yang kita ada hanya dua, contohnya:
1. Atas dan bawah
2. Depan dan belakang
3. Kiri dan kanan
4. Kebaikan dan kejahatan
5. Kesenangan dan kepayahan
6. Dosa dan pahala
7. Mengarah atau mengikut
8. Berjalan atau berlari
9. Meneruskan atau berundur ke belakang
10. Rajin atau malas
dan banyak lagi yang perlu kita membuat pilihan. Namun janganlah kita lupa, semua yang kita pilih perlulah bersandarkan kepada Allah s.w.t kerana hanya dia yang menetapkan segala ketentuan untuk kita. Kita hanya mampu merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang. Jadi teruskanlah berharap untuk mendapat redha dan rahmat daripada Allah, hanya daripadaNya datang kebaikan terhadap diri kita. Jangan kita kufur akan nikmatNya dan jadilah seorang yang cemerlang bukan sahaja didunia malah juga diakhirat.

No comments: