beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Wednesday, June 8, 2011


dis is de word dat i loikee most... ceq sangat suka bila dapat baca phrase ni. sebab nyer, kalau segala kerja dan benda yang kita dok buat, kita kena sgt2 suka baru kita akan buat dengan penuh semangat dan tekun. walau akan ada satu2 masa kita rasa x suka, tp belajar lah utk menyukainya. i'Allah hasilnya akan kita rasai sendiri.


setiap dari kita juga suka dengan apa yang kita hasilkan. kita mmg hidup di dunia ni utk menghasilkan sesuatu. tak kesah la apa sekalipun, biarlah perkara yang kita hasilkan tu berpekdah utk org lain juga membawa manfaat buat semua org. baru org akan lebih menghargai dan menunjukkan rasa hormat pada kita. jangan kita dok hasilkan benda yang akan menyusahkan org dan membuat org benci kat kita. x guna hidup kalau macam tu wei...


namun akhirnya sekali adalah belajar utk setiap yang kita suka buat dan yang kita hasilkan, hasilkanlah dengan penuh kemas dan terperinci supaya apa yang kita kerja kan tidak sia-sia dan xdk nilainya. bila kita buat sesuatu dgn bersungguh dan tekun, maka hasil yang perfek akn dpt dinikmati oleh org ramai. baru best kan....


p.s: kekadang rasa diri dah mengerjakan terlalu banyak kerja utk org lain, kekadang rasa diri dan terlalu banyak berkorban utk org lain... tapi bila difikir balik adalah kerja dan pengorbanan itu takdak org yg buat lebih dri apa yg diri ini buat... pasti banyak lagi kan. jadi setiap unit dalam diri kita kalau maisng2 buat dengan baik dan sanggup utk berkorban demi kebaikan org lain, nescaya masa depan yang lebih CERAH dan TAKJUB akan dpt kita nikmati bersama. "teruskan beramal, mengamal dan diamal kerna semua perkara perlu kita belajar, mengajar dan diajar baru akhirnya sebagai manusia yang lemah kita akan BERJAYA, DIHORMATI dan DISUKAI... gua punya pendpt bro, mungkin x sama dengan luorg tapi bak kata kawan gua kat fb, A.A.K (ada aku kesah).... best bro... best bro... (gaya nabil MRL)

TeMan diKaLA sEPi




teringat lagu Kopratasa,
telah ku siapkan satu DAERAH paling sunyi,
dalam hati ini untuk kau isi,
untuk kau penuhi dengan kemuliaan seorang wanita,
untuk kau beri erti dengan penuh kelembutan,
untuk kau hargai dengan kasih sayang"


bicara dibibir tak pernah senada dengan detiknya hati
tingkah perlakuan tidak seirama dengan tujuan perbuatan
mungkin kerna pengalaman lalu mendewasakan
tapi hati takkan pernah belajar dengan kesilapan


biarlah kesediaan ini ku kumpul seluruh tenaga, jiwa dan raga
kerna lafaz yang diucap bukan sekadar biasa
ku harap mencipta bahagia membawa ke syurga
kerna aku bukan punya apa-apa juga bukan punya sesiapa...


*dulu bila ditanya tentang kesediaan, keinginan dan kemahuan, banyak alasan dan propa yang dicipta untuk mengelak dan melarikan diri. tapi ku sedar, masa dan detik takkan pernah menunggu perkara baik untuk didahulukan. tapi dengan siapa, dimana dan bila akan tetap menjadi persoalan selagi sang HATI masih mahu menunggu dan menanti. Sabar dan TABAH merupakan bahan pembakar untuk mengelak dari fitnah dan gurauan menjadi amukan. walaupun di hati telah dibersihkan segenap ruang, untuk ku penuhi dengan penerimaan dan keceriaan, kerinduan dan kesempurnaan... biarlah jua "bicara hati ditakdirkan mengikut ketentuan Ilahi, kerna dia sebaik-baik penentu"... i'Allah.

Tuesday, June 7, 2011

BuiLd FuTURE gEneRaTiON

always like this quote... sentiasa membuatkan ceq berfikir dan terfikir apa sumbangan dan usaha yang pernah dan perlu ceq lakukan demi membangunkan belia pada masa depan yang lebih hebat dan mantap.


tak pernah ku impikan diri menjadi seperti sekarang... x pernah ku bermimpi mengecapi apa yang dinikmati pada masa sekarang... tp alhamdulillah, segla puji bagi Allah yang telah memberikan kudrat dan iradat dalam menjadikan diri seperti ini.



usaha dan kesungguhan telah menampakkan hasil. walau x sehebat mana, tapi jika dibanding masa lalu dengan masa sekrang, bangga sekali diri ini kerana lorong yang dilalui telah menjadi lebih luas dan mudah, jambatan yang dinaiki telah membawa ke satu tempat yang lebih menarik dan sempadan yang diredahi telah mencapai ke suasana yang memBAHAGIAkan.




masih tetap menjadi PERJUANGAN dalam diri ini. segala tindakan dan perbuatan biarlah mempunyai satu fokus yang lebih jitu dan pandu. bicara hati sentiasa membisikkan untuk merelakan segala kemungkinan ini sebagai satu TAKDIR yang hebat perlu dilalui.



wajah riang anak bangsa biarlah sentiasa kekal riang dalam menjadikan negara lebih BAHAGIA dan BERJAYA. riak wajah ini perlu dikaji setiap kerut didahi untuk mereka mempelajari dan menjadi bekal demi pertiwi.
apapun, ku tetap mencuba hingga akhir nanti, buat sehabis baik dan buat benda betul dengan cara yang betul. ingin menjadi orang yang hebat, perlu bertindak sebagai orang yang hebat, perlu hidup dengan cara yang hebat dan perlu sedar diri ingin menjadi hebat.


biar segumpal darah yang dulu kecil dan lemah, dibina dan diusaha untuk menjadi seorang manusia yang mantap jiwanya, cemerlang ilmunya, kreatif pemikirannya dan juga hebat tindakannya.

Thursday, June 2, 2011

sEkSA daLam pEnGAJaRan hiDUp

bila hadirnya penghujung MEI dan awal JUN membawa banyak peristiwa SEDIH dan tangkap LENTOK dalam hidup... masa-masa gini sentiasa menggamit perasaan rindu dan sayang. tak pernah tersingkap dalam hati ini ceritera lara ini begini pengakhirannya...


pemergian dia pernah mengguris hatiku. tapi kini aku gembira atas kebahagiaannya. hadir dia pernah memberi pengajaran bermakna buat diri ini. kita sama-sama belajar tentang erti hidup dan doakan dia sentiasa di dalam lindungan RAHMAT dan SAKINAHNYA... kerana bukan kita yang mencorak kehidupan kita di dunia tanpa KUDRAT dan IRADAT yang diberikan DIA kepada kita untuk kita bergerak dan bertindak... carilah bahagia, kelak kau akan sentiasa ceria.


namun yang paling membuatkan ku sebak dan sedih, pemergianmu wahai INSAN yang banyak menjadi PEDENGAR dan MOTIVATOR ku. dulu kau sentiasa meLAGUkan irama lama yang dalam makna nasihatnya. ku kan mendengar dan menghayati, hingga duniaku sentiasa berSINAR dengan sifat POSITIF. malah cerita-cerita yang kau dendangkan sangat bermanfaat untuk ku jadikan landasan gerak tubuh ini.


ku rindukan dirimu... untuk mendengar dirimu berceloteh. untuk mendengar dirimu berceramah. ku sedekahkan Al-Fatihah untuk dirimu, agar dirimu di sana sentiasa mendapat keCERIAan dan kekuatan di sana. amin... ku tetap merinduimu. Nenekku sayang. pemergianmu pada 2Jun2009 masih tetap ku ingati dan ku kenangi. kerana kau lah nenek yang sentiasa mendampingi ku setiap masa dikala ku perlukan dirimu.

Wednesday, June 1, 2011

nEw bOOks

dua hari aku dok berjalan-jalan dekat queensbay... kekunun p tgk wyg... tp menyempat juga p dekat "SEMPADAN" beli belah... belek punya belek, last2 sambaq dua buku teruih...

ni buku pertama aku sambaq... Steve Jobs ni sapa x kenaikan, founder Apple bukan yg blh makan tu, tp yg brg2 computer tu. Iphone-iPad-iMac dan lain-lain... nak teroka sikit guano dia leh jd hebat dgn inovasi2 supernova dia nie...


satu lagi ceq p beli buku Paul Allen, dia ni la kawan karib si Bill Gates, founder Microsoft tu. tapi dia x lama pun dlm microsoft. nnti pas baca baru aku taw apsal dia kuar. tp buku ni banyak fokus pd idea-idea kreatif dia yg banyak manusia gunakan skrang nie.

pernah dgr sorg ustaz ni ckp, kalaulah bill gates, graham bell, james watt ni org ISLAM, diaorg buat benda ni sume, rasa2 x terkira pahala yg diaorg dapat kot. hehe...

apapun gua dah x sabar nak baca buku ni bg hbs... 2 bulan la gua nak amek masa bg hbs buku2 nie... nasib dlu2 punya buku dah hbs baca... chaiyok2. at least 1 buku utk 1 bulan....