bila hadirnya penghujung MEI dan awal JUN membawa banyak peristiwa SEDIH dan tangkap LENTOK dalam hidup... masa-masa gini sentiasa menggamit perasaan rindu dan sayang. tak pernah tersingkap dalam hati ini ceritera lara ini begini pengakhirannya...
pemergian dia pernah mengguris hatiku. tapi kini aku gembira atas kebahagiaannya. hadir dia pernah memberi pengajaran bermakna buat diri ini. kita sama-sama belajar tentang erti hidup dan doakan dia sentiasa di dalam lindungan RAHMAT dan SAKINAHNYA... kerana bukan kita yang mencorak kehidupan kita di dunia tanpa KUDRAT dan IRADAT yang diberikan DIA kepada kita untuk kita bergerak dan bertindak... carilah bahagia, kelak kau akan sentiasa ceria.
namun yang paling membuatkan ku sebak dan sedih, pemergianmu wahai INSAN yang banyak menjadi PEDENGAR dan MOTIVATOR ku. dulu kau sentiasa meLAGUkan irama lama yang dalam makna nasihatnya. ku kan mendengar dan menghayati, hingga duniaku sentiasa berSINAR dengan sifat POSITIF. malah cerita-cerita yang kau dendangkan sangat bermanfaat untuk ku jadikan landasan gerak tubuh ini.
ku rindukan dirimu... untuk mendengar dirimu berceloteh. untuk mendengar dirimu berceramah. ku sedekahkan Al-Fatihah untuk dirimu, agar dirimu di sana sentiasa mendapat keCERIAan dan kekuatan di sana. amin... ku tetap merinduimu. Nenekku sayang. pemergianmu pada 2Jun2009 masih tetap ku ingati dan ku kenangi. kerana kau lah nenek yang sentiasa mendampingi ku setiap masa dikala ku perlukan dirimu.
No comments:
Post a Comment