beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, June 7, 2011

BuiLd FuTURE gEneRaTiON

always like this quote... sentiasa membuatkan ceq berfikir dan terfikir apa sumbangan dan usaha yang pernah dan perlu ceq lakukan demi membangunkan belia pada masa depan yang lebih hebat dan mantap.


tak pernah ku impikan diri menjadi seperti sekarang... x pernah ku bermimpi mengecapi apa yang dinikmati pada masa sekarang... tp alhamdulillah, segla puji bagi Allah yang telah memberikan kudrat dan iradat dalam menjadikan diri seperti ini.



usaha dan kesungguhan telah menampakkan hasil. walau x sehebat mana, tapi jika dibanding masa lalu dengan masa sekrang, bangga sekali diri ini kerana lorong yang dilalui telah menjadi lebih luas dan mudah, jambatan yang dinaiki telah membawa ke satu tempat yang lebih menarik dan sempadan yang diredahi telah mencapai ke suasana yang memBAHAGIAkan.




masih tetap menjadi PERJUANGAN dalam diri ini. segala tindakan dan perbuatan biarlah mempunyai satu fokus yang lebih jitu dan pandu. bicara hati sentiasa membisikkan untuk merelakan segala kemungkinan ini sebagai satu TAKDIR yang hebat perlu dilalui.



wajah riang anak bangsa biarlah sentiasa kekal riang dalam menjadikan negara lebih BAHAGIA dan BERJAYA. riak wajah ini perlu dikaji setiap kerut didahi untuk mereka mempelajari dan menjadi bekal demi pertiwi.
apapun, ku tetap mencuba hingga akhir nanti, buat sehabis baik dan buat benda betul dengan cara yang betul. ingin menjadi orang yang hebat, perlu bertindak sebagai orang yang hebat, perlu hidup dengan cara yang hebat dan perlu sedar diri ingin menjadi hebat.


biar segumpal darah yang dulu kecil dan lemah, dibina dan diusaha untuk menjadi seorang manusia yang mantap jiwanya, cemerlang ilmunya, kreatif pemikirannya dan juga hebat tindakannya.

No comments: