beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Sunday, November 9, 2008

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golngan belia di Pulua Pinang. Ia di anggotai oleh 21 badan gabungan yang disertai oleh para belia daripada pelbagai kaum, agama dan etnik. Buat masa ini dianggarkan terdapat seramai 107,000 ahli yang berdaftar dengan pertubuhan-pertubuhan gabungan sama ada yang berorientasikan pendidikan, kebudayaan, kemasyarakatan atau keagamaan.

MBNPP di tubuhkan di negeri Pulau Pinang pada 17 November 1948. Ia adalah rentetan kepada keputusan persidangan Malayan Youth Council yang diadakan pada 23 Julai 1948 di Victoria Institution Kuala Lumpur. Nama asal bagi MBNPP ialah Settlement Youth Council And Province Wellesley yang merujuk kepada dua Wilayah Utama iaitu di kawasan pulau dan wilayah Province Wellesley di kawasan tanah besar (Seberang Perai).

Penubuhan State Youth Council adalah sezaman dengan kesedaran dan keghairahan rakyat untuk mencapai kemerdekaan. Justeru fokus utama penubuhan State Youth Council ialah untuk merapatkan hubungan serta membuka ruang kerjasama di antara kaum khususnya dalam kalangan golongan belia.

Para pemimpin belia pada masa itu amat menyedari bahawa perpaduan kaum dalam kalangan rakyat adalah kunci untuk mencapai hasrat rakyat Negara ini untuk keluar daripada belenggu penjajahan.

Perjuangan pergerakan belia di Pulau Pinang antara lain bertujuan untuk mewujudkan kerjasama dalam semua lapisan masyarakat tidak mengira kaun, jantina, darjat atau pun umur.

Melalui Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang yang baru di lantik bagi tahun 2008-2010, Saudara Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee, MBNPP akan memberikan fokus dan tumpuan yang lebih bagi menggembling tenaga dan kemahiran Ahli Jawatankuasa dalam mencapai misi dan visi MBNPP.

Permulaan bangunan pejabat State Youth Council adalah di 57, Macalister Road, Pulau Pinang. Pada masa sekarang bangunan pejabat MBNPP terletak di No.24, Jalan Kedah, Pulau Pinang. Namun begitu, MBNPP dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan mendapat bangunannya sendiri yang baru di premis Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang.

Moto Majlis Belia Negeri Pulau Pinang adalah “Belia Bertindak untuk Kebenaran dan Keadilan”.

No comments: