Apa itu kerja sukarela?
Kerja sukarela berbeza dengan kerja amal. Kerja amal melibatkan satu pihak memberi dan satu pihak lagi mendapat manfaat, sedangkan kesukarelaan merupakan satu gabungan dimana kedua-dua pihak bermanfaat.
Kerja sukarela memerlukan kita untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran dengan komuniti yang memerlukan tanpa mengharapkan sebarang ganjaran. Hasilnya, sesebuah komuniti itu akan mendapat manfaat terhadap kerja sukarela yang telah dilakukan. Sukarelawan pula akan bermanfaat dengan mendapat pengalaman dan pengajaran terhadap kerja yang dilakukan tersebut.
Apakan ciri-ciri seorang sukarelawan?
Seorang sukarelawan perlulah suka membantu orang lain tanpa mengharapkan ganjaran atau pujian serta suka bekerja dengan orang lain dalam membuat kerja-kerja sukarela.
Seorang sukarelawan juga perlu boleh berkomunikasi secara berkesan dan mampu bergaul dengan orang awam dalam bilangan yang ramai tanpa merasa sombong diri atau malu dengan pekerjaan yang mereka lakukaun.
Seorang sukarelawan perlu bersedia dalam apa keadaan sekalipun untuk menhadapi kesulitan dan kesukaran sewaktu melakukan kerja-kerja sukarela dan mereka perlulah bersedia untuk tidak merungut dan mengungkit ke atas pekerjaan yang telah mereka lakukan.
Sebelum membantu orang lain, sukarelawan perlulah mampu untuk membantu diri sendiri dan perlu mempunyai kemahiran atau pengalaman yang berguna yang boleh dikongsi dengan orang lain.
Seorang sukarelawan juga perlu bersedia untuk belajar dan mempelajari sesuatu yang baru dengan pantas serta bersedia untuk memberikan komitmen sepenuhnya sewaktu menjalankan kerja-kerja sukarela.
Apakah tujuan melibatkan diri dengan sukarelawan?
Di dorong dengan niat yang baik untuk membantu orang yang dalam kesusahan, orang yang dalam kesempitan dan orang yang memerlukan.
Ingin menyumbang kepada ketinggian Agama, dan ingin menyedarkan masyarakat terhadap sesuatu kepentingan sosial, negara dan bangsa.
Ingin menyumbang ilmu dan pengetahuan serta pengalaman yang ada bagi membantu komuniti dan menyediakan keperluan terhadap kebergantungan sesuatu komuniti.
Akhir sekali, ingatlah sabda Rasulullah s.a.w kepada semua umatnya, "Allah kasih kepada mereka yang bermanfaat kepada manusia yang lain". Oelh yang demikian, sebagai manusia yang mempunyai kehidupan yang lebih daripada orang yang kekurangan, berikanlah ilmu, harta, tenaga dan bantuan agar negara kita akan lebih maju, dihormati dan disegani oleh masyarakat antarabangsa kerana berpaksikan sikap seorang sukarelawan yang sempurna.
No comments:
Post a Comment