beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, October 27, 2009

Mimpi Ngeri

Semalam dah aku dok sering sakit-sakit, bapa aku minta aku pakai satu gelang ubat yg kunun dpt bantu meneutralkan saraf dan darah dalam badan. (Katanyalah)... aku pun pakai la gelang ni. Tapi x sampai sepuluh minit, aku dah terlentok atas katil dan menidurkan diri dengan nyenyaknya.
Terasa seperti berkhayal, aku sedang membawa kereta, tetiba, ada seseorg berlari ke arah aku dan pommm... kereta berlanggar dengan sebuah kereta dari arah tepi. Kemudian, gelap, then seseorang dtg ke arahku dan minta melarikan diri bersama dia dan kawannya. Gelap balik.
Tersedar aku seolah-olah berada di sebuah negara yang asing. Kemudian aku sedang memukul seseorang dan tangan aku bersalut dengan darah yang banyak. Melarikan diri. Gelap kembali.
Kemudiannya, aku beada disebuah rumah bersama dua orang yang kurang aku kenali. Mencuci tanganku di bilik air. Juga dipenuhi dengan darah. Dan terdengar percakapan dua orang yang bersama aku, mengatakan yang kami telah membunuh orang lagi.. Lagi... bila masa aku membunuh orang. Gelap kembali.
Kali ini bila tersedar aku berada di dalam sebuah dewan orang ramai. Di atas pentas sedang diadakan sebuah pembentangan. entah apa yang dibentangkan aku tidak sedar. Gelap balik.
Kini aku berjalan seorang diri, merentasi sebuah terowong yang cahayanya agak suram. Dihadapan seorang pemuda berbaju biru, berkulit gelap sedang menghampiri. Masih jauh daripada aku. Berlari seseorang disebelah kiri aku menuju ke depan, ke arah pemuda berbaju biru tadi. Melihat seimbas, seolah-olah yang berlari tadi pernah bersama aku ketika aku di negara asing tadi. Orang yang berlari tadi bercakap-cakap sekejap dengan pemuda berbaju biru tadi. Gelap kembali.
Kemudian, aku berada di bawah, dan pemuda berbaju biru tadi kini berada di atas badanku. Tangannya memegang penutar skru. Menghalakannya ke dadaku. Aku ingin menjerit meminta bantuan. Gelap kembali.
Dan aku tersedar. Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi yang membuatkan aku berpeluh-peluh keseorangan. Dada berdebar kebimbangan. Menvari antara realiti atau fantasi... Inilah kehidupan. Cepat mulut berdoa memohon agar dijauhkan diri daripada mimpi itu menjadi kenyataan. Tidak sanggup rasanya diri ini menjadi pelarian akibat kesalahan yang tidak tahu hujung pangkal. Walaupun mimpi dikatakan sekadar mainan syaitan, namun biarlah ia sekadar menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai dan leka agar snetiasa beringat bahawa Allah s.w.t jua penentu segalanya....

Ayat-ayatku....

Pagi tadi bila sampai ofis, on laptop, buka facebook, pastu dtg ilham ayt-ayt best... so ni ayt yg terhasil oleh diri ini pada pagi td; (kalau sama dengan sesapa nasib la kan, tapi mmg aku buat sendiri ok)
Ayat Pertama :

mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon... mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya... mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga....

Apakah maksud disebalik kata-kata ini, pada aku, mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon adalah - aku sekarang sedang mencari-cari kepuasan dalam meniti satu kehidupan. Biarlah apa saja yang aku lakukan adalah yang terbaik dan memberikan kepuasan yang teramat apabila telah melakukannya.

mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya - aku andaikan cahaya yang hadir adalah kasih sayang yang dicurahkan kepada aku selama ni. Tetapi aku mencari kasaih dan sayang yang jujur dan ikhlas yang menyayangi aku sepertimana diri aku, juga mengasihi aku baik kekurangan maupun kelemahan dalam diri.
mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga pula membawa erti betapa diri ini sangat mengharap bantuan dalam mencari keharuman kebaikan-kebaikan dan keagungan Allah s.w.t. Bukan mudah mencari yang mampu bersama-sama menempuhi jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
Ayat Kedua:
mencari biar berjumpa, berjumpa biar serasi, serasi baru berkait dan berkait baru terikat, terikat baru sejati...
ayat ni pula secara asasnya membawa maksud sekiranya kita ingin mendapatkan kasih dan sayang yang sejati, mendapatkan kebahagiaan yang abadi perlulah kita mengikut proses-proses ini:
bila mencari biar berjumpa - bila kita nak kahwen perlulah ada calonnya. Bila nak berkwn perlu ada pasangannya, bila nak bersama-sama perlu ada orangnya. jadi carilah dulu bagi berjumpa.
bila berjumpa biar serasi - bila kita dah cari dan berjumpa, kenalilah hati budinya, kenalilah keluarganya, kenalilah latarbelakang pendidikan, keturunan dan sebagainya tentang orang yang kita jumpa. carilah keserasian antara kita dengan dirinya.
bila serasi baru berkait - bila kita dan rasa mempunyai keserasian dengan orang yang kita cari dan kenali tadi, maka biarlah kita kaitkan diri kita dengan dirinya. Membawa erti, bertunanglah dengannya agar kita merasakan diri ini haknya, dan dirinya hak kita. Berpunya lebih baik dari dibiarkan saja. Belajar dari pengalaman lampau... wakakaka....
bila berkait baru terikat - bila kitadah bertunang jangan pula ku sangkakan hujan sampai ke petang rupanya hujan ditengahari... biarlah ke jinjang pelamin. Kahwinlah dengannya kerana kita telah berjumpa, mengenali dan mengikat janji.
bila terikat baru sejati - makanya bila sudah berkahwin sejatilah percintaan kita itu. dan abadilah hendaknya. Kerana jika putus ditengah jalan maka belum sejati namanya. Tapi biarlah kita mencuba dan terus mencuba bagi menjadikan cinta sejati itu adalah cinta yang abadi. Cintailah Dia yang maha merancang agar kita mendapat perancang yang baik bagi diri kita. InsyAllah.
*Walaupun pastinya ada yang tak bersependapat dengan aku, tapi pada aku, bila kita memulakan, biarlah pengakhirannya kita mendapat sesuatu yang bermakna sehingga ke penghujung. Jangan mengambil mudah sesuatu hingga kita hilang sesuatu. Merasai lebih sakit dari menghindari. Tapi mencuba lebih baik dari menyendiri.... kan... Kalau x sanggup terbang tinggi, naik kapal terbang... klu x mampu renang ke dasar naik kapal selam. hehe... mudah hidup kita jangan dipayahkannya...

Wednesday, October 14, 2009

Harapan PadaMu Subur Kembali

Wahai Tuhan ku yang Esa
Bila kenangkan QaharMu
Rasa gerun di hatiku
Kerana takutkan seksaMu

HambaMu rasa putus asa
Siapakah dapat bersihkan diri
Dari segala dosa yang memburu
Setiap hari setiap ketika

Tika mengenang GhafarMu
Putus asa tiada lagi
Semangatku pulih kembali
Harapanku subur kembali
Ujian menimpa menekan di jiwa
Tak sanggup meneruskan perjuanganku
MehnahMu itu penghapus dosaku
Mengganti hukumanMu di akhirat

Di waktu mengenang rahmatMu
Terasa diri kurang bersyukur
PadaMu harusku memohon
Moga syukurku bertambah
Alangkah susahnya
Mendidik nafsuku
Yang tidak dapat melihat kebenaranMu
Bantulah hambaMu
Dalam mendidik jiwaku ini

Mencari Kasih Abadi

Haha.... aku memang tak reti nak pilih tajuk dekat blog... td dok pikir punya la lama nak buh tajuk apa utk entry kali ni... last2 mcm poyo je tajuk ni... biaq la kan... yang penting aku je yg tau apa mksd di sebalik segalanya. hehe...
Sekarang aku sedang berjinak-jinak dengan penulisan kreatif. Cubaan pertama gagal, kini cubaan kedua... dengan cara yang lebih bersistematik dan tersusun... tapi penuh menguji kesabaran... berikanlah aku kekuatan dalam menyiapkan sesuatu sebagai peninggalan jika aku sudah tiada... huhu...
Namun, masyAllah, tuhan sja yang tahu betapa bila ada saja benda yang nak aku laksanakan sehabis baik, mula ada kekacauan baik emosi, fizikal dan mental... adoi... sengal betul... wrong time and wrong direction ma... nak balik ek pangkal, terlebih sudah... teruskan takot tercungap...
Apapun, kalau sudah di tengah-tengah jambatan, ada 4 benda je yg boleh kita buat,
1. Patah balik ke permulaan
2. Teruskan sampai ke penghujung
3. Terus menetap kat tengah-tengah tu
4. Terjun dari atas jambatan...
Hafiz ali... ko pilih la sendiri yg mana satu yang ko nak amek... patah balik, teruskan, kekal atau terjun.... perghh.... pilihan yang agak susah nak dibuat melainkan punya kekuatan dan disiplin... Gud luck...
Entry ni memang sengaja ditulis mcm ni... biar diri ini saja yang tahu makna dan maksud tersirat di sebalik tiap kata-kata...
Daun mengkudu hijau warnanya,
Kiambang mekar setiap ketika,
Sayang emak sayang saudara,
Berjuang tetap ku teruskan jua....

Wednesday, October 7, 2009

person in charge....




haha.... dua keping gambar dalam baju yang berbeza tapi gaya yang sama... adoi... mcm x reti nak bergaya jer... mmg x fotosintetik betui... apapun berbanggalah dengan apa yang kita ada... tidak pernah mengimpikan sesuatu yang hebat, tapi amat berharap melakukan sesuatu yang hebat untuk kegembiraan orang lain... segala yang hebat akan bermula dengan sesuatu yang kurang hebat kerana yang hebat juga pernah melalui pengalaman kurang hebat...walaupun aku mmg x hebat tapi tetap teringin menjadi hebat. Jadilah sebutir permata yang sentiasa bersinar (bersinar sgt ke permata) dan berkilau, juga jadilah sesuatu walau dimana pun kita berada.

Monday, October 5, 2009

perhimpunan bulanan btp

arini hadiri perhimpunan bulanan btp di bukit kiara, dgn bos dan kwn2 dri Pkg. Kami bertolak tengahari semalam dan menginap di btpn selangor. Pg td dalam kul 6.30 dah kuar gerak ke damansara takot jam... Mmg kl ni xdpt lari dri jam...

Entry kali ni aku buat pakai handphone xpressmusic dan wifi dri ict btp hehe... X sia2 aku beli handphone... Dpt jg aku bertenet dri mana2...

Friday, October 2, 2009

Lamanya x manulis

Sejak masuk syawal x sempat aku nak menulis kat dlm blog ni... bukan xdak mood atau sengaja. Tiap pagi bila bangun dri tdr, nak siap utk ke ofis, mesti aku ckp arini nak tulis something kat blog, tp bila dah smpi ofis, tgk email, buka facebook, buka comic dan espn, pastu lyn warezz tgk benda apa nak download then terus wat keje... so lupa terus, ptg dah balik baru teringat... buleh x guna alasan mcm tu... apapun... hepi kan lah diri anda....
p/s : teringin mkn sushi dan steamboat... sapa2 nak bawa aku dan belanja aku cakap la... hehe....