Semalam dah aku dok sering sakit-sakit, bapa aku minta aku pakai satu gelang ubat yg kunun dpt bantu meneutralkan saraf dan darah dalam badan. (Katanyalah)... aku pun pakai la gelang ni. Tapi x sampai sepuluh minit, aku dah terlentok atas katil dan menidurkan diri dengan nyenyaknya. Terasa seperti berkhayal, aku sedang membawa kereta, tetiba, ada seseorg berlari ke arah aku dan pommm... kereta berlanggar dengan sebuah kereta dari arah tepi. Kemudian, gelap, then seseorang dtg ke arahku dan minta melarikan diri bersama dia dan kawannya. Gelap balik. Tersedar aku seolah-olah berada di sebuah negara yang asing. Kemudian aku sedang memukul seseorang dan tangan aku bersalut dengan darah yang banyak. Melarikan diri. Gelap kembali. Kemudiannya, aku beada disebuah rumah bersama dua orang yang kurang aku kenali. Mencuci tanganku di bilik air. Juga dipenuhi dengan darah. Dan terdengar percakapan dua orang yang bersama aku, mengatakan yang kami telah membunuh orang lagi.. Lagi... bila masa aku membunuh orang. Gelap kembali. Kali ini bila tersedar aku berada di dalam sebuah dewan orang ramai. Di atas pentas sedang diadakan sebuah pembentangan. entah apa yang dibentangkan aku tidak sedar. Gelap balik. Kini aku berjalan seorang diri, merentasi sebuah terowong yang cahayanya agak suram. Dihadapan seorang pemuda berbaju biru, berkulit gelap sedang menghampiri. Masih jauh daripada aku. Berlari seseorang disebelah kiri aku menuju ke depan, ke arah pemuda berbaju biru tadi. Melihat seimbas, seolah-olah yang berlari tadi pernah bersama aku ketika aku di negara asing tadi. Orang yang berlari tadi bercakap-cakap sekejap dengan pemuda berbaju biru tadi. Gelap kembali. Kemudian, aku berada di bawah, dan pemuda berbaju biru tadi kini berada di atas badanku. Tangannya memegang penutar skru. Menghalakannya ke dadaku. Aku ingin menjerit meminta bantuan. Gelap kembali. Dan aku tersedar. Rupa-rupanya hanya sebuah mimpi yang membuatkan aku berpeluh-peluh keseorangan. Dada berdebar kebimbangan. Menvari antara realiti atau fantasi... Inilah kehidupan. Cepat mulut berdoa memohon agar dijauhkan diri daripada mimpi itu menjadi kenyataan. Tidak sanggup rasanya diri ini menjadi pelarian akibat kesalahan yang tidak tahu hujung pangkal. Walaupun mimpi dikatakan sekadar mainan syaitan, namun biarlah ia sekadar menjadi peringatan buat diri ini yang sering lalai dan leka agar snetiasa beringat bahawa Allah s.w.t jua penentu segalanya....
No comments:
Post a Comment