Pagi tadi bila sampai ofis, on laptop, buka facebook, pastu dtg ilham ayt-ayt best... so ni ayt yg terhasil oleh diri ini pada pagi td; (kalau sama dengan sesapa nasib la kan, tapi mmg aku buat sendiri ok)
Ayat Pertama : mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon... mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya... mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga....
Apakah maksud disebalik kata-kata ini, pada aku, mencari debunga putih dicelah rimbunan pohon adalah - aku sekarang sedang mencari-cari kepuasan dalam meniti satu kehidupan. Biarlah apa saja yang aku lakukan adalah yang terbaik dan memberikan kepuasan yang teramat apabila telah melakukannya.
mencari kilauan permata dicelah terangnya cahaya - aku andaikan cahaya yang hadir adalah kasih sayang yang dicurahkan kepada aku selama ni. Tetapi aku mencari kasaih dan sayang yang jujur dan ikhlas yang menyayangi aku sepertimana diri aku, juga mengasihi aku baik kekurangan maupun kelemahan dalam diri. mencari keharuman seri dicelah tumbuhnya bunga pula membawa erti betapa diri ini sangat mengharap bantuan dalam mencari keharuman kebaikan-kebaikan dan keagungan Allah s.w.t. Bukan mudah mencari yang mampu bersama-sama menempuhi jalan untuk mendapat keredhaan Allah.
Ayat Kedua:
mencari biar berjumpa, berjumpa biar serasi, serasi baru berkait dan berkait baru terikat, terikat baru sejati... ayat ni pula secara asasnya membawa maksud sekiranya kita ingin mendapatkan kasih dan sayang yang sejati, mendapatkan kebahagiaan yang abadi perlulah kita mengikut proses-proses ini:
bila mencari biar berjumpa - bila kita nak kahwen perlulah ada calonnya. Bila nak berkwn perlu ada pasangannya, bila nak bersama-sama perlu ada orangnya. jadi carilah dulu bagi berjumpa.
bila berjumpa biar serasi - bila kita dah cari dan berjumpa, kenalilah hati budinya, kenalilah keluarganya, kenalilah latarbelakang pendidikan, keturunan dan sebagainya tentang orang yang kita jumpa. carilah keserasian antara kita dengan dirinya.
bila serasi baru berkait - bila kita dan rasa mempunyai keserasian dengan orang yang kita cari dan kenali tadi, maka biarlah kita kaitkan diri kita dengan dirinya. Membawa erti, bertunanglah dengannya agar kita merasakan diri ini haknya, dan dirinya hak kita. Berpunya lebih baik dari dibiarkan saja. Belajar dari pengalaman lampau... wakakaka....
bila berkait baru terikat - bila kitadah bertunang jangan pula ku sangkakan hujan sampai ke petang rupanya hujan ditengahari... biarlah ke jinjang pelamin. Kahwinlah dengannya kerana kita telah berjumpa, mengenali dan mengikat janji.
bila terikat baru sejati - makanya bila sudah berkahwin sejatilah percintaan kita itu. dan abadilah hendaknya. Kerana jika putus ditengah jalan maka belum sejati namanya. Tapi biarlah kita mencuba dan terus mencuba bagi menjadikan cinta sejati itu adalah cinta yang abadi. Cintailah Dia yang maha merancang agar kita mendapat perancang yang baik bagi diri kita. InsyAllah.
*Walaupun pastinya ada yang tak bersependapat dengan aku, tapi pada aku, bila kita memulakan, biarlah pengakhirannya kita mendapat sesuatu yang bermakna sehingga ke penghujung. Jangan mengambil mudah sesuatu hingga kita hilang sesuatu. Merasai lebih sakit dari menghindari. Tapi mencuba lebih baik dari menyendiri.... kan... Kalau x sanggup terbang tinggi, naik kapal terbang... klu x mampu renang ke dasar naik kapal selam. hehe... mudah hidup kita jangan dipayahkannya...
No comments:
Post a Comment