Selamat menyambut tahun baru buat semua kawan-kawan. Menyambut 2010 dengan pelbagai rasa. Ada rasa gembira, sedih, sakit, suka, pilu, senang, ceria dan sebagainya. Berbanding menyambut 2009 tahun lalu, aku rasa tahun ni lebih selesa dan gembira walau masih ada kesedihan dan kedukaan yang hadir utk suku pertama tahun ni, rasanya, aku akan mampu hadapi dengan lebih tenang... i'Allah....
Membuat keputusan dengan betul dan tepat.
satu je ke azam tahun baru aku... ada banyak yang aku nak dapatkan, tp cukup la kali ni aku nak pastikan setiap yang aku lakukan bermula dengan membuat keputusan terhadap pilihan yang ada dengan betul dan tepat. Betul membawa maksud, semua orang akan suka dengan pilihan yang aku buat, tepat membawa erti apa yang aku buat tu mendapat kepercayaan dan menambah keyakinan diri aku.
Banyak juga kesalahan yang dah aku buat tahun ni, menggamit pelbagai rasa tahun 2009, dan sememangnya, masa nak masuk taun 2009 aku banyak kali mohon utk berlalu dengan cepat, dan rasanya mmg sgt cepat taun 2009 ni meninggalkan aku dengan palbagai kenangan yang amat tidak menggembirakan.
Tapi penghujung 2009 mengembalikan keceriaan dalam hidup. I'Allah aku harap keceriaan ini akan mampu dikekalkan sampai ke penghujung 2010 pulak.
Pusat Tusyen aku menjadi tempat utama untuk aku selepas ni. Aku nak memastikan ia memberi peluang dan mampu mendidik ank2 murid aku ni berjaya dalam bidang yang diaorg nak. Di samping aku merancang pusat tusyen juga akn mampu memberi pengetahuan kepada org lain dalam ilmu yang diaorg nak. Plan dah bagus, usaha je skrang ni.
Majlis Belia Negeri, aku harap kali ni pada tahun ni akan lebih memberi impak yang maksimum. Aku nak menyumbang sebanyak mungkin agar MBNPP akan lebih efektif dalam membantu belia. Apa yang aku boleh buat, segala yang dah aku buat sebelum ni dan juga tambahan segala yang baru aku rancang nak buat.
Perhubungan dengan manusia, alamak ni byk kali aku fail, bukan psl awek je, tp maksud mak ayh aku, sedara mara aku, kwn2 aku... taun ni aku harap dpt sambung silaturrahim dengan lebih erat dgn kwn2 lama aku...
Bukan xnak cerita plan secara tepat, biar aku putarkan isu dengan hanya menyerahkan segalanya dengan ayat2 ini... yang pasti ada untaian disebalik setiap yang tersurat dan tersirat.
mampu atau tidak, bukan penting, tp usaha dan tawakal adalah yang utama.
Kesempatan ini jga aku nak ucapkan terima kasih kepada semua... aku syg korg semua yg telah banyak membantu aku. org yang telah banyak menyusahkan aku pun aku ucpkan terima kasih jg, sbb dengan kesusahan yang korg bg, aku dpt belajar banyak lagi benda dan lebih mematangkan aku. thanks so much...
this is my azam... bukan kang azam yang dalam cerita ketika cinta bertasbih tu... tp lebih kepada menjadi seorg yang mampu buat pilihan dan keputusan yang tepat dan betul....