beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Sunday, August 29, 2010

Selamat Menyambut Hari Merdeka


Apa yang kita inginkan hari ini adalah perjuangan generasi terdahulu, apa yang kita impikan pada hari esok, adalah perjuangan kita generasi hari ini. Merdeka mempunyai pelbagai persepsi, dan hampir kadang-kadang telah disalah ertikan. Bilamana konon tiada lagi penjajahan negara terjadi, namun apakah masih penjajahan budaya dapat dibendung.
Bunga yang mekar pada hari ini, belum tentu dapat kekal mekar pada hari esok. Hanya baja dan siraman serta kedudukan yang strategik mampu meneruskan mekarnya sekuntum bunga bagi menyeri suasana. Namun jika tiada pencegahan dan hanya terus terbiar, maka bunga kan mekar namun mengikut acuan tersendiri dan akhirnya hilang jati diri sebagai bunga bangsa.

Wednesday, August 18, 2010

Bazar Hari Raya - Kacang-Kacang



Kepada sesapa yang berminat sila hubungi saya.
Kacang buatan orang MALAYSIA untuk orang MALAYSIA....

Monday, August 16, 2010

Bazar Hari Raya - Kek Lapis Sarawak


Tempahan hendaklah dibuat sebelum 20 Ogos 2010. Tidak dikenakan sebarang bayaran terhadap kos penghantaran. Semua kek dibuat menggunakan BUTTER. Tempahan utk Kek LOAF adalah terhad dan minimum tempahan Kek LOAF adalah 3 jenis.
Pakej Yang disediakan :
Pakej A :
2 Kek Besar (popular) + 3 Kek Loaf = RM260
Pakej B:
2 Kek Besar (popular) = RM175
Pakej C :
2 Kek Besar (biasa) = RM155
Pakej D :
6 Kek Loaf = RM175
Sebarang tempahan boleh terus hubungi saya HAfiz : 0125318364.

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan AL-Mubarak

Kata pujangga yang sangat-sangat kita perlu hayati sebagai manusia biasa, yang hanya sekadar makhluk lemah hamba kepada Allah s.w.t Tuhan sekelian alam...


Janganlah kita suka berbangga dengan pakaian-pakaian cantik, kerana pada akhirnya pakaian kita hanyalah sekadar KAIN KAFAN...
Janganlah berbangga dengan kereta-kereta besar yang mewah, kerana pada akhirnya kita hanya akan menaiki KERANDA...
Janganlah berbangga dengan tempat tidur yang hebat lagi selesa, kerana pada akhirnya tempat yang paling hebat untuk kita adalah TANAH...
Janganlah pula berbangga dengan rumah yang luas dan besar, kerana pada akhirnya rumah yang akan kita inapi adalah sekadar sebuah KUBURAN....
Janganlah terlalu berbangga dengan pangkat dan gelaran yang kita perolehi, kerana pada akhirnya gelaran paling enak dipanggil orang adalah sekadar ALMARHUM...
dan Janganlah kita berbangga dengan wajah yang kacak lagi cantik, kerana pada akhirnya kita hanya akan tinggal rangka dan TENGKORAK...
p.s: Jangan kita bijak mencari alasan untuk berdalih, kerana ianya akan membongkarkan kebodohan diri sendiri, biarlah kita bijak menilai kekhilafan diri, kerana ianya akan membantu untuk meningkatkan prestasi. Sabar dalam menghadapi takdir Maha Mengetahui, Teguh dalam menjalankan suruhan Maha Esa, dan Bersungguh dalam mengejar syurga Maha Pencipta....

Monday, August 2, 2010

Kejayaan Bukan Datang Bergolek

Hari demi hari yang kita lalui, tanpa sedar akhirnya kita akn semakin meningkat dewasa. Dalam keadaa tersebut, tanpa sedar kita melalui pelbagai pengalaman. Ada yang menunjukkan kejayaan, ada juga yang memberikan kegagalan. Namun setakat manakah kita membuat persediaan menghadapi masa hadapan.
Jika dapat dilihat dalam gambar yang saya tunjukkan dibahagian atas, singkatnya masa yang kita perlukan untuk menuntut ilmu sedangkan hasil pencarian ilmu itu akan memakan masa yang lama. Malah hanya beberapa tahun sahaja untuk digunakan bagi bersusah payanh, terkejar ke sana dan ke sini, bersengkang mata, menahan lelah dan penat, namun semuanya akan menjadi penentu siapa kita utk 46 tahun yang panjang.
Janganlah kelak kita menyesali di atas kelalaian kita pada masa lalu dek kerana malas dan leka, berhibur dan bersuka, maka utk jangka masa yang panjang kita akn terpedaya dan terus menjadi hamba. Fikir dan renungkanlah, dalam keadaan yang serba laju dan pantas, jangan kita biarkan anak2, rakan2 juga saudara-mara kita terus terlena dibuai mimpi sedangkan kelak bila telah lalu masa yang diperuntukkan, mereka hanya akan pada akhirnya berkata "kenapa lah aku tidak melakukan seperti ini", "jika aku lakukan mcm ini pasti aku kini?" dan sebagainya...
Kita sebagai orang yang pernah melalui saat dan ketika itu, harus menunjukkan dan memberikan panduan supaya ank2, rakan2 dan saudara-mara kita tidak melakukan kesalahan yang sama tp mengikut panduan dan jalan yang betul.
Langkah yang panjang hanya akan bermula dengan satu langkah yang pertama, yang diatur bagi mencapai cita. Namun jika langkah tersebut tidak didorongi dengan panduan dan didikan yang berguna, sekali tersadung akan terus berputus asa...

Sunday, August 1, 2010

F.A.M.I.L.Y


Bila baca poem ni... rasa sedih lak... sebab kadang-kadang kita terlalu nak menjaga hati orang lain yang takdak kena mengena dgn kata hanya kerana nak bagi good impression sedangkan family kita yang banyak berjasa dengan kita, yang rapat dgn kita, yang slalu ada dgn kita tak pula kita layan dgn baik dan ramah...

PerSPekTiF

Setiap yang dijadikan itu melibatkan PERSPEKTIF yang pelbagai. Setiap yang dilakukan menggamit PERSPEKTIF yang pelbagai... Kadang-kadang kita sering terfikir dan memikirkan yang mana patut diikuti dan yang mana patut dijauhi. Selama mana kita berfikir selama itu juga kita akan tertanya-tanya dan seringkali ianya akan berakhir dengan kejayaan atau kesesalan. Namun setiap PERSPEKTIF yang kita lihat, perlu diambil keputusan dan nekad dengannya untuk kita tidak menyesal dikendian hari...
Buku dan suratkhabar memberikan ilmu yang bermanfaat untuk kita cedok dan timba pengetahuan darinya, namun bukan untuk diterima bulat-bulat, sebaliknya difikirkan mengikut PERSPEKTIF masing-masing. Ada yang dikatakan betul oleh orang lain namun dikatakan tidak oleh orang yang lain. Namun jangan menjadikan percambahan pendapat ini menjejaskan hubungan sesama mansia, namun sebaliknya menggunakan ia menjadi kekuatan terhadap pengetahuan yang kita ada.
PERSPEKTIF penting bagi kita, namun tak semestinya apa yang kita lihat itu betul dan tepat. Kaji dan gunakan sebaik mungkin daya penilikan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita untuk memastikan hampir 90% setiap PERSPEKTIF yang kjita fikirkan dan tindakan selepas itu yang akan diambil adalah tepat dan betul.
Manusia tidak perlu mengalah jika ada halangan, pandanglah ia sebagai satu lagi PERSPEKTIF yang perlu diambil kira pertimbangannya untuk menjadikan kita lebih kuat dan matang.
Bukan mudah menjadi manusia namun ianya senang bilamana segalanya bersandarkan pada kekuatan yang Maha ESA.