Kata pujangga yang sangat-sangat kita perlu hayati sebagai manusia biasa, yang hanya sekadar makhluk lemah hamba kepada Allah s.w.t Tuhan sekelian alam...
Janganlah kita suka berbangga dengan pakaian-pakaian cantik, kerana pada akhirnya pakaian kita hanyalah sekadar KAIN KAFAN...
Janganlah berbangga dengan kereta-kereta besar yang mewah, kerana pada akhirnya kita hanya akan menaiki KERANDA...
Janganlah berbangga dengan tempat tidur yang hebat lagi selesa, kerana pada akhirnya tempat yang paling hebat untuk kita adalah TANAH...
Janganlah pula berbangga dengan rumah yang luas dan besar, kerana pada akhirnya rumah yang akan kita inapi adalah sekadar sebuah KUBURAN....
Janganlah terlalu berbangga dengan pangkat dan gelaran yang kita perolehi, kerana pada akhirnya gelaran paling enak dipanggil orang adalah sekadar ALMARHUM...
dan Janganlah kita berbangga dengan wajah yang kacak lagi cantik, kerana pada akhirnya kita hanya akan tinggal rangka dan TENGKORAK...
p.s: Jangan kita bijak mencari alasan untuk berdalih, kerana ianya akan membongkarkan kebodohan diri sendiri, biarlah kita bijak menilai kekhilafan diri, kerana ianya akan membantu untuk meningkatkan prestasi. Sabar dalam menghadapi takdir Maha Mengetahui, Teguh dalam menjalankan suruhan Maha Esa, dan Bersungguh dalam mengejar syurga Maha Pencipta....

No comments:
Post a Comment