beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT
Sunday, August 1, 2010
PerSPekTiF
Setiap yang dijadikan itu melibatkan PERSPEKTIF yang pelbagai. Setiap yang dilakukan menggamit PERSPEKTIF yang pelbagai... Kadang-kadang kita sering terfikir dan memikirkan yang mana patut diikuti dan yang mana patut dijauhi. Selama mana kita berfikir selama itu juga kita akan tertanya-tanya dan seringkali ianya akan berakhir dengan kejayaan atau kesesalan. Namun setiap PERSPEKTIF yang kita lihat, perlu diambil keputusan dan nekad dengannya untuk kita tidak menyesal dikendian hari... Buku dan suratkhabar memberikan ilmu yang bermanfaat untuk kita cedok dan timba pengetahuan darinya, namun bukan untuk diterima bulat-bulat, sebaliknya difikirkan mengikut PERSPEKTIF masing-masing. Ada yang dikatakan betul oleh orang lain namun dikatakan tidak oleh orang yang lain. Namun jangan menjadikan percambahan pendapat ini menjejaskan hubungan sesama mansia, namun sebaliknya menggunakan ia menjadi kekuatan terhadap pengetahuan yang kita ada. PERSPEKTIF penting bagi kita, namun tak semestinya apa yang kita lihat itu betul dan tepat. Kaji dan gunakan sebaik mungkin daya penilikan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita untuk memastikan hampir 90% setiap PERSPEKTIF yang kjita fikirkan dan tindakan selepas itu yang akan diambil adalah tepat dan betul. Manusia tidak perlu mengalah jika ada halangan, pandanglah ia sebagai satu lagi PERSPEKTIF yang perlu diambil kira pertimbangannya untuk menjadikan kita lebih kuat dan matang. Bukan mudah menjadi manusia namun ianya senang bilamana segalanya bersandarkan pada kekuatan yang Maha ESA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment