Hari demi hari yang kita lalui, tanpa sedar akhirnya kita akn semakin meningkat dewasa. Dalam keadaa tersebut, tanpa sedar kita melalui pelbagai pengalaman. Ada yang menunjukkan kejayaan, ada juga yang memberikan kegagalan. Namun setakat manakah kita membuat persediaan menghadapi masa hadapan. Jika dapat dilihat dalam gambar yang saya tunjukkan dibahagian atas, singkatnya masa yang kita perlukan untuk menuntut ilmu sedangkan hasil pencarian ilmu itu akan memakan masa yang lama. Malah hanya beberapa tahun sahaja untuk digunakan bagi bersusah payanh, terkejar ke sana dan ke sini, bersengkang mata, menahan lelah dan penat, namun semuanya akan menjadi penentu siapa kita utk 46 tahun yang panjang. Janganlah kelak kita menyesali di atas kelalaian kita pada masa lalu dek kerana malas dan leka, berhibur dan bersuka, maka utk jangka masa yang panjang kita akn terpedaya dan terus menjadi hamba. Fikir dan renungkanlah, dalam keadaan yang serba laju dan pantas, jangan kita biarkan anak2, rakan2 juga saudara-mara kita terus terlena dibuai mimpi sedangkan kelak bila telah lalu masa yang diperuntukkan, mereka hanya akan pada akhirnya berkata "kenapa lah aku tidak melakukan seperti ini", "jika aku lakukan mcm ini pasti aku kini?" dan sebagainya... Kita sebagai orang yang pernah melalui saat dan ketika itu, harus menunjukkan dan memberikan panduan supaya ank2, rakan2 dan saudara-mara kita tidak melakukan kesalahan yang sama tp mengikut panduan dan jalan yang betul. Langkah yang panjang hanya akan bermula dengan satu langkah yang pertama, yang diatur bagi mencapai cita. Namun jika langkah tersebut tidak didorongi dengan panduan dan didikan yang berguna, sekali tersadung akan terus berputus asa...
No comments:
Post a Comment