Apa yang kita inginkan hari ini adalah perjuangan generasi terdahulu, apa yang kita impikan pada hari esok, adalah perjuangan kita generasi hari ini. Merdeka mempunyai pelbagai persepsi, dan hampir kadang-kadang telah disalah ertikan. Bilamana konon tiada lagi penjajahan negara terjadi, namun apakah masih penjajahan budaya dapat dibendung. Bunga yang mekar pada hari ini, belum tentu dapat kekal mekar pada hari esok. Hanya baja dan siraman serta kedudukan yang strategik mampu meneruskan mekarnya sekuntum bunga bagi menyeri suasana. Namun jika tiada pencegahan dan hanya terus terbiar, maka bunga kan mekar namun mengikut acuan tersendiri dan akhirnya hilang jati diri sebagai bunga bangsa.
No comments:
Post a Comment