beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, November 4, 2008

Perkhemahan Belia

Majlis Belia Negeri Pulau Pinang (MBNPP) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan menganjurkan satu Perkhemahan Belia pada 28 hingga 30 November 2008 bertempat di Bukit Hijau, Baling, Kedah Darul Aman. Penyertaan adalah terbuka kepada semua belia di Negeri Pulau Pinang berumur 18 hingga 25 tahun. Perkhemahan ini merupakan program pertama yang dianjurkan MBNPP melalui kepimpinan yang baru yang di ketuai oleh Saudara Mohamed Maliki Bin Mohamed Rapiee salaku Presiden MBNPP.

Perkhemahan ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan dengan aktiviti-aktiviti dan suasana perkhemahan. Selain itu, perkhemahan ini juga bertujuan memberi ruang dan peluang kepada para belia, menjalin persahabatan dan mengeratkan hubungan integrasi antara kaum. Malah pihak penganjur juga menyelitkan program berunsur keagamaan dan motivasi diri agar mampu mendidik para belia menjadi generasi yang berguna pada masa hadapan.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai program Perkhemahan Belia ini di harap dapat menghubungi sekreteriat Majlis Belia Negeri Pulau Pinang, di No.24, Jalan Kedah, Pulau Pinang. Semoga dengan keikhlasan dalam pengendalian aktiviti mampu melancarkan program dan mencapai tujuan yang diharapkan.

2 comments:

bosz said...

nak ikutt..macam best jee..insyaAlah

Penerang Cahaya Jalan said...

memang la best pun... tapi utk org penang je la.