At last aku berjaya juga siapkan official website utk Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Pulau Pinang. Harap dpt tgk dan komen yg membina utk aku pastikan ianya mantap. Cuma dri segi update apa sume, sbr yer... bg la masa aku berehat kejap.... apapun terima kasih la pd sume yg telah membantu aku... ni link dia... sila la tgk... http://btpnpp.moe.edu.my/
Apapun aku proud dgn kerja dan hasil yg telah aku buat ni.... cuma akn dibetulkan komen2 yg aku terima dan isikan apa yg belum sempurna... i'Allah.
beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT
Monday, August 31, 2009
Sunday, August 23, 2009
Website BTPNPP
ni adalah sebahagian drpd website BTPNPP yang sedang aku bangunkan. dengan menggunakan beberapa perisian yang jarang2 aku pakai, dengan selamatnya aku berjaya siapkan hampir 60%. Tapi aku perlu menanti kata putus drpd KPP samada setuju dengan website yang berbentuk mcm ni atau pun tidak. Hopefully setuju la ye.
Thursday, August 20, 2009
Melayang Terbang Penangan Jin Gila
Hari ni aku melayang terbang ke serata alam melihat kesan-kesan penebangan beberapa rumput rampai bg menayangkan muka-muka yang akan merebut kuasa di beberapa kampung di sini. Adoi merata-rata tempat dok kalut dan sibuk dengan karenah masing-masing. Penin aku mikirkan diaorg ni.
Makan di IRC dengan perbelanjaan drpd kawan-kawan yang baik hati sempena kunun2 perjuangan bangsa, aku menitipkan kata-kata yang seronok di dengar sedap di baca iaitu, berapa kerapkah kita tersenyum dalam sehari bagi mereleasekan tensen... selamat berhemah tinggi bagi diri aku yang sempat menjadi bangang dikala org lain menjadi bijak....
terung-terungkan dan selamat berpuasa...
Tuesday, August 18, 2009
Sapa Yang Akan Menang
Umat islam akan menyambut bulan ramdhan, entry utk bulan ramadhan nanti aku wat yer. Sekarang sja nak terjun ke bidang politik kejap. Dulu aku ada sorg kawan yang agk2 suka membaca dan berbncg psl pilihanraya, pihak kerajaan dan pembangkang. Kadang2 smpi bergaduh2 nak mempertahankan sesuatu yang belum tentu betul atau pun salah. Kami pulak yang lebih2. Padahal bukan ada apa sgt pun. Kali ni aku tak dpt la nak berbncg dah dgn dia. Rindu pulak. hehe... Tapi sapa la yang akan menang utk pilihanraya kecil N11, DUN Permatang Pasiq ni... kena eja pasiq, org sini ckp klu g dkt sna sebut pasir, sah2 org tau tu org luar... so kna la ckp pasiq. haha... so En.Rohaizat(BN) atau En. Salleh (PAS) pd 25 Ogos bersamaan 4 ramadhan nanti. Marilah mari... pergi mengundi... haha... teringat pulak msa pilihanraya kampus dulu2...
Monday, August 17, 2009
Kepeningan... Keheranan... Kegilaan...
Dah dua bulan lebih aku keje kat sini, dan dah hampir 70% aku dah siapkan laman web ofis ni. Dibangunkan menggunakan benda2 yg jarang aku pakai, mmg amek masa dan menguji kesabaran. Dan paling malang semlm aku terpaksa mendelete sume benda yang dah dibuat hanya kerana kesilapan yang x mampu dielakkan dan terpaksa mereconstruct semula laman web ni dengan lebih baik lagi... penin... penin.... Aku pakai frenster sejak taun 2002. Aku penah ajar org lain dan mempromote org lain untuk pakai. Tu dulu la... Skrang dan jarang sgt buka. Cuma akhir-akhir ni, aku punya viewers dtgnya dri bdk2 smkant dan philipines, dan yang dok add aku pun dri smkant dan philipines, aku x kesah la yg dri smkant sbb aku mmg x-smkant yg dri philipines ni, aku cek dkt profile xdak pulak aku tulis aku ni dri sana, tapi yg dok add aku ni knp... heran... heran.... Ha ni yang best, aku dah ada beberapa cerita melayu yang baru sja aku download dlm minggu lepas dan minggu ni antaranya; syurga cinta, apa kata hati, da di du, dunia baru the movie, histeria, jangan pandang belakang congkak, los dan faun, senario episode 1, sepi, sifu dan tongga, susuk dan talentime dan sedang menanti congkak... gila... gila...
Tuesday, August 11, 2009
Novel Baru Lagi
Kini aku sedang nak menghabiskan ke semua novel sejarah islam yg baru dibeli. Menarik bila dapat mengetahui kupasan-kupasan cerita tentang 4 khalifah agung Islam ni. Semua aspek digarap dengan baik. Sesuai utk dibaca semua lapisan. Bagi hbs ni dulu pasni baru nak kumpul novel2 Sahabat Nabi s.a.w yang lain pulak....
Download
arini menghabiskan boras di ofis dgn mendownload citer-citer melayu sambil khusyuk membuat kerja (kunun2 la).... hehe...byk jg yg nak di download, ntah bila la dpt menonton.... tapi yg pasti citer p.ramlee.... xsbr ni nak tgk. haha....
Monday, August 10, 2009
Keceriaan
Minggu lepas bos baru dah masuk ofis... tapi disebabkan aku bercuti semlm barulah dapat jupe ngan dia... So good walaupun nampak tegas. Apapun selepas berjupe dan berckp2 best juga la... hehe... gud luck bos... selamat menjalankan tugas anda.
But to my bos, sori la today aku nak menjalankan kerja2 yang tak berpekdah sikit kendian aku nak belah dan melakukan benda yang lagi best. huhu...hopefully pengakhiran arini dengan sesuatu yang menarik dan best. Bukan selalu pun buleh wat cenggini... thanks ek to someone yang sudi tu.
Tapi pagi ni siapkan report dan progress sistem... aduyai dah lama aku tak wat benda ni... zaman keje kat sepadu dulu ada la juga. Tapi better to start from now... kang mesyuarat tergezut.... jenuh nak menggelabah aku nak wat... hehe...
Wednesday, August 5, 2009
Selamat
Menakutkan sungguh dari semlm lagi ramai juga yg jupe aku dok kata baik gi cek kang kna h1n1 kang naiya kawan2 dan sedara mara. Adoi.... risau aku... dah la aku ni pemalas nak gi baris dan menanti serta berjumpa ngan doktor. Tapi dah malam semlm satu malam aku xleh tdr sebab teruk sgt sakitnya, so td aku baru je selesai berjumpa dgn doktor.
Doktor kata jgn risau mmg bukan h1n1 (selamat) tapi doktor ckp aku ni byk sgt bekerja kununnya la... dok gi merata mcm ahli nujum lak, mana dia tau pun aku tak tau... aku tak ckp pun. xkan la dia pun baca blog aku... haha... last2 dia bg 2 hari mc. Dia suh aku rehat je kat umh. Aku pun dgn selamber nyer amek la. Sok smpi ahd aku nak berehat dgn serehat2nya. Sambil nonton tv dan jln2. Jgn kaco aku yer... Apapun nasihat, ubat dan mc yg diberikan aku kena juga la membyr sejumlah wang... adoi kopak2... sbr je la... demi takotkan virus yg melanda negara. Apapun aku doakan agr kwn2 aku jg terhindar dri penyakit ni.
Tuesday, August 4, 2009
Novel Baruku
Semalam aku berjalan-jalan di Megamall, pastu aku singgah dekat popular saja nak lyn novel baru. Mula ingat mcm nak beli satu jer, tapi malang la kan, dah lama sgt aku dok kat situ, aku beli dua terus la. Dari cover dan profil penulis mmg menarik la. Sebab dua-dua penulis ni aku penah baca hasilan penulisan dia, dan kali ni gaya penceritaan nampak berbeza terutamanya Tarikh Luput Cinta... hehe... aku bukan pandai pun nak mengulas, biar aku baca dulu... baru tau best ke x...
Monday, August 3, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)