Apa yang kita inginkan hari ini adalah perjuangan generasi terdahulu, apa yang kita impikan pada hari esok, adalah perjuangan kita generasi hari ini. Merdeka mempunyai pelbagai persepsi, dan hampir kadang-kadang telah disalah ertikan. Bilamana konon tiada lagi penjajahan negara terjadi, namun apakah masih penjajahan budaya dapat dibendung. Bunga yang mekar pada hari ini, belum tentu dapat kekal mekar pada hari esok. Hanya baja dan siraman serta kedudukan yang strategik mampu meneruskan mekarnya sekuntum bunga bagi menyeri suasana. Namun jika tiada pencegahan dan hanya terus terbiar, maka bunga kan mekar namun mengikut acuan tersendiri dan akhirnya hilang jati diri sebagai bunga bangsa.
beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT
Sunday, August 29, 2010
Wednesday, August 18, 2010
Bazar Hari Raya - Kacang-Kacang
Monday, August 16, 2010
Bazar Hari Raya - Kek Lapis Sarawak
Tempahan hendaklah dibuat sebelum 20 Ogos 2010. Tidak dikenakan sebarang bayaran terhadap kos penghantaran. Semua kek dibuat menggunakan BUTTER. Tempahan utk Kek LOAF adalah terhad dan minimum tempahan Kek LOAF adalah 3 jenis.
Pakej Yang disediakan :
Pakej A :
2 Kek Besar (popular) + 3 Kek Loaf = RM260
Pakej B:
2 Kek Besar (popular) = RM175
Pakej C :
2 Kek Besar (biasa) = RM155
Pakej D :
6 Kek Loaf = RM175
Sebarang tempahan boleh terus hubungi saya HAfiz : 0125318364.
Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan AL-Mubarak
Kata pujangga yang sangat-sangat kita perlu hayati sebagai manusia biasa, yang hanya sekadar makhluk lemah hamba kepada Allah s.w.t Tuhan sekelian alam...
Janganlah kita suka berbangga dengan pakaian-pakaian cantik, kerana pada akhirnya pakaian kita hanyalah sekadar KAIN KAFAN...
Janganlah berbangga dengan kereta-kereta besar yang mewah, kerana pada akhirnya kita hanya akan menaiki KERANDA...
Janganlah berbangga dengan tempat tidur yang hebat lagi selesa, kerana pada akhirnya tempat yang paling hebat untuk kita adalah TANAH...
Janganlah pula berbangga dengan rumah yang luas dan besar, kerana pada akhirnya rumah yang akan kita inapi adalah sekadar sebuah KUBURAN....
Janganlah terlalu berbangga dengan pangkat dan gelaran yang kita perolehi, kerana pada akhirnya gelaran paling enak dipanggil orang adalah sekadar ALMARHUM...
dan Janganlah kita berbangga dengan wajah yang kacak lagi cantik, kerana pada akhirnya kita hanya akan tinggal rangka dan TENGKORAK...
p.s: Jangan kita bijak mencari alasan untuk berdalih, kerana ianya akan membongkarkan kebodohan diri sendiri, biarlah kita bijak menilai kekhilafan diri, kerana ianya akan membantu untuk meningkatkan prestasi. Sabar dalam menghadapi takdir Maha Mengetahui, Teguh dalam menjalankan suruhan Maha Esa, dan Bersungguh dalam mengejar syurga Maha Pencipta....
Janganlah berbangga dengan kereta-kereta besar yang mewah, kerana pada akhirnya kita hanya akan menaiki KERANDA...
Janganlah berbangga dengan tempat tidur yang hebat lagi selesa, kerana pada akhirnya tempat yang paling hebat untuk kita adalah TANAH...
Janganlah pula berbangga dengan rumah yang luas dan besar, kerana pada akhirnya rumah yang akan kita inapi adalah sekadar sebuah KUBURAN....
Janganlah terlalu berbangga dengan pangkat dan gelaran yang kita perolehi, kerana pada akhirnya gelaran paling enak dipanggil orang adalah sekadar ALMARHUM...
dan Janganlah kita berbangga dengan wajah yang kacak lagi cantik, kerana pada akhirnya kita hanya akan tinggal rangka dan TENGKORAK...
p.s: Jangan kita bijak mencari alasan untuk berdalih, kerana ianya akan membongkarkan kebodohan diri sendiri, biarlah kita bijak menilai kekhilafan diri, kerana ianya akan membantu untuk meningkatkan prestasi. Sabar dalam menghadapi takdir Maha Mengetahui, Teguh dalam menjalankan suruhan Maha Esa, dan Bersungguh dalam mengejar syurga Maha Pencipta....
Monday, August 2, 2010
Kejayaan Bukan Datang Bergolek
Hari demi hari yang kita lalui, tanpa sedar akhirnya kita akn semakin meningkat dewasa. Dalam keadaa tersebut, tanpa sedar kita melalui pelbagai pengalaman. Ada yang menunjukkan kejayaan, ada juga yang memberikan kegagalan. Namun setakat manakah kita membuat persediaan menghadapi masa hadapan. Jika dapat dilihat dalam gambar yang saya tunjukkan dibahagian atas, singkatnya masa yang kita perlukan untuk menuntut ilmu sedangkan hasil pencarian ilmu itu akan memakan masa yang lama. Malah hanya beberapa tahun sahaja untuk digunakan bagi bersusah payanh, terkejar ke sana dan ke sini, bersengkang mata, menahan lelah dan penat, namun semuanya akan menjadi penentu siapa kita utk 46 tahun yang panjang. Janganlah kelak kita menyesali di atas kelalaian kita pada masa lalu dek kerana malas dan leka, berhibur dan bersuka, maka utk jangka masa yang panjang kita akn terpedaya dan terus menjadi hamba. Fikir dan renungkanlah, dalam keadaan yang serba laju dan pantas, jangan kita biarkan anak2, rakan2 juga saudara-mara kita terus terlena dibuai mimpi sedangkan kelak bila telah lalu masa yang diperuntukkan, mereka hanya akan pada akhirnya berkata "kenapa lah aku tidak melakukan seperti ini", "jika aku lakukan mcm ini pasti aku kini?" dan sebagainya... Kita sebagai orang yang pernah melalui saat dan ketika itu, harus menunjukkan dan memberikan panduan supaya ank2, rakan2 dan saudara-mara kita tidak melakukan kesalahan yang sama tp mengikut panduan dan jalan yang betul. Langkah yang panjang hanya akan bermula dengan satu langkah yang pertama, yang diatur bagi mencapai cita. Namun jika langkah tersebut tidak didorongi dengan panduan dan didikan yang berguna, sekali tersadung akan terus berputus asa...
Sunday, August 1, 2010
F.A.M.I.L.Y
Bila baca poem ni... rasa sedih lak... sebab kadang-kadang kita terlalu nak menjaga hati orang lain yang takdak kena mengena dgn kata hanya kerana nak bagi good impression sedangkan family kita yang banyak berjasa dengan kita, yang rapat dgn kita, yang slalu ada dgn kita tak pula kita layan dgn baik dan ramah...
PerSPekTiF
Setiap yang dijadikan itu melibatkan PERSPEKTIF yang pelbagai. Setiap yang dilakukan menggamit PERSPEKTIF yang pelbagai... Kadang-kadang kita sering terfikir dan memikirkan yang mana patut diikuti dan yang mana patut dijauhi. Selama mana kita berfikir selama itu juga kita akan tertanya-tanya dan seringkali ianya akan berakhir dengan kejayaan atau kesesalan. Namun setiap PERSPEKTIF yang kita lihat, perlu diambil keputusan dan nekad dengannya untuk kita tidak menyesal dikendian hari... Buku dan suratkhabar memberikan ilmu yang bermanfaat untuk kita cedok dan timba pengetahuan darinya, namun bukan untuk diterima bulat-bulat, sebaliknya difikirkan mengikut PERSPEKTIF masing-masing. Ada yang dikatakan betul oleh orang lain namun dikatakan tidak oleh orang yang lain. Namun jangan menjadikan percambahan pendapat ini menjejaskan hubungan sesama mansia, namun sebaliknya menggunakan ia menjadi kekuatan terhadap pengetahuan yang kita ada. PERSPEKTIF penting bagi kita, namun tak semestinya apa yang kita lihat itu betul dan tepat. Kaji dan gunakan sebaik mungkin daya penilikan yang dikurniakan oleh ALLAH kepada kita untuk memastikan hampir 90% setiap PERSPEKTIF yang kjita fikirkan dan tindakan selepas itu yang akan diambil adalah tepat dan betul. Manusia tidak perlu mengalah jika ada halangan, pandanglah ia sebagai satu lagi PERSPEKTIF yang perlu diambil kira pertimbangannya untuk menjadikan kita lebih kuat dan matang. Bukan mudah menjadi manusia namun ianya senang bilamana segalanya bersandarkan pada kekuatan yang Maha ESA.
Thursday, July 29, 2010
Permulaan
Aku nak memulakan kembali penulisan dalam blog ni dengan secebis doa yang pernah dilafazkan...
"Tuhanku, jadikanlah diri ini hamba yang memilih sederhana daripada yang mutlak, pelbagai daripada yang menyendiri, percaya daripada mencurigai, bersama daripada yang menguasai, biarlah aku ke hadapan dengan acuanku sendiri, biarlah ia diwarisi tidak berkurangan dan yang dijaga tidak akan pernah susut, jadikanlah kesetiaanku hanya untuk tanah jantung, dari perut laut hingga ke puncak gunung, awan gemawan tanah air gemilang, ku renjis mawar kasih, untukMu Tuhan yang maha berkuasa, segumpal awan dibentangkan dihadapanku, sesegar embun menjadi pewangi pagiku, hembusan angin menjadi penenang hari-hariku, akan ku sirnakan cahaya mentari menjadi biasan sebuah lukisan agung, demi menunjukkan kekuasaanMu Maha Pencipta bagi hamba yang kerdil ini."
Sesungguhnya bila melafazkan doa ini serasa meningkat semangatku, memusatkan kekuatanku juga menjernihkan akalku demi untuk terus berdiri sebagai seorang hamba yang unggul di bumi ini...
Biar jasad di mamah bumi, biar nama hilang tiada berganti, namun warisan yang ditinggal biar kekal berjuang demi pertiwi, biar usaha setinggi langit, biar tegak terpasak dibumi, namun tetap agama menjadi pegangan yang satu....
Takkan Ku Lupakan Jasamu
*sajak bingkisan ku buat warga SMKANT terutama yang telah memberikan didikan dan tunjuk ajar sejak aku kurang ajar sehingga aku cukup ajar... thanks... alhamdulillah juga kerana aku ditakdirkan untuk menambah kekurangan ajar ku itu di SMKANT....
Monday, January 25, 2010
Merapu
Aku xtau nak tulis apa, aku mula kepeningan, aku mula kemerapuan dan aku kebengongan memikirkan apa yg hendak ditulis... tp aku mencuba demi sebuah penghasilan yang agak menarik tapi tetap x berjaya dan kini aku senandungkan lagu sepi demi sebuah kehidupan yang kebestan.... wakaka.... gud luck to myself because i'am hepi with my life....
Monday, January 11, 2010
Keperitan
Di kl aku hampir rebah kerana demam dan kelihatan yang amat sgt. Dapat berehat, walaupun agk tidak mencukupi, tp masih terasa berat di dalam kepala sehingga membawa ke hari balik ke penang. Masa di sungkai dapat panggilan telefon daripada seorg pakcik yang nak hantar ank dia ke Pusat Tuisyen aku. Bersemangat, smpi je penang, walaupun sakit kepala yang amat sgt, terus keluar jumpa pakcik tu... Punya la lama berbincang dgn pakcik tu... kepala aku dah makin penin, dia pulak dok hisap rokok, x rasa apa sgt la dan x syak benda yg x elok pun... tp masa sebelum balik, dia minta pinjam aku punya telefon, dia minta duit rm300, aku bg mcm tu je kat dia, pastu dia minta aku masuk satu kedai ni, aku turutkan je, bila aku keluar dri kedai, dia, hp aku dgn duit aku sume takdak. MasyAllah.... terkejut aku... nasib x rebah. Dpt tenangkan diri, then aku terus balik umh. Smpi umh cerita dkt sume, mlm tu jg g jupe satu ust ni utk buat obat sikit.... 2 ari kepala aku pusing dan mcm bengong dan sakit sgt2. G klinik smpi 2 kali... doc pun pelik. tp skrang baru ok, baru boleh masuk ofis... huhu... sgt letih dan sedih. Tapi thanks to my family n sepupu aku sarah sbb byk tlg aku selama kejadian ni. Mak ayh aku sgt2 aku syg xtau la nak bls mcm mana, tgk diaorg jg aku, mengalir air mata aku. Dan jg kawan2 yg byk support aku bila dah tau kejadian ni. Thanks everyone.
Kini aku redha, cuma aku harap pakcik tu, jgn la buat lagi.... sakit hati org yg kita buat terasa smpi mati... cuma aku doakan agr pakcik ni sedar dri kesalahan dia dan bertaubat, gunakan kelebihan yg dia ada utk kebaikan manusia sejagat, bukan membawa keburukan pd org lain.
Pada kawan2 aku, tlg la korg bg no hp korg pd aku... aku xtau nak cri dkt mana dah ni....
Kini aku redha, cuma aku harap pakcik tu, jgn la buat lagi.... sakit hati org yg kita buat terasa smpi mati... cuma aku doakan agr pakcik ni sedar dri kesalahan dia dan bertaubat, gunakan kelebihan yg dia ada utk kebaikan manusia sejagat, bukan membawa keburukan pd org lain.
Pada kawan2 aku, tlg la korg bg no hp korg pd aku... aku xtau nak cri dkt mana dah ni....
Tahniah Buat Presiden baru MBM
Minggu lalu sangat terharu di hati melihat kemenangan seorg yg rapat dgn kita. Bisikan ditelinga selepas kejayaan beliau adalah "Macam x percayakan, tp inilah perjuangan kita selama ni". Syukur sgt, melihat kemampuan, kepimpinan dan kredibiliti beliau mmg sgt mengkagumkan, lahir dri jutaan rakyat malaysia, dan beliau seorg sahaja yang kini memecah rekod sebagai Presiden Majlis Belia Malaysia dibawah 40 tahun, tanpa perlu pengaruh dan kuasa tertentu, memperlihatkan dan mendapat sokongan sepenuhnya daripada perwakilan belia seluruh Malaysia. Didoakan semoga beliau akan terus mengorak langkah mengikut gagasan yang beliau inginkan dan menjadi ikon belia yang mampu berjaya dgn daya usaha yang kuat dan gigih. Sorakan "Hidup Maliki" sewaktu diumumkan sebagai Presiden masih terngiang-ngiang ditelinga ini. Sgt memperlihatkan betapa para belia sgt mengagumi kemampuan beliau. Kini harapan dan tanggungjawab yang dipikul sgt kuat dan berat, namun sbg salah seorg individu yg rapat dgn beliau di peringkat negeri, sy yakin dan percaya beliau mampu membawa perubahan seperti dalam ucapan Y.A.B Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak semasa ucapan beliau pada Makan Malam MBM di KLCC, belia seharusnya mempunyai "Courage to Change". Gud luck my bro... mcm cerita matrik, u are the choosen one...
Subscribe to:
Posts (Atom)