beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Tuesday, December 30, 2008


Sumpah orang melayu pada zaman Dato Onn. Adakah kita sudah lupa atau buat-buat lupa. Marilah sama-sama kita memartabatkan semula ketuanan melayu seperti yang sepatutnya.
Pada orang melayu, korang dah tengok wayang cerita IP Man yang sedang bermain di panggung wayang seluruh dunia sekarang. Aku dah tengok. Betapa cerita ini menunjukkan penyatuan orang cina di negara cina yang memainkan peranan penting dalam memastikan budaya, integriti dan kesatuan mereka tidak dilupakan dan dipertahankan sehingga ke titisan darah yang terakhir.
Orang kita hanya pandai menilai, namun menilai selepas segalanya terlepas daripada genggaman. Marilah kita sama-sama mempertahankan ketuanan melayu disamping menunjukkan kepada kaum lain yang kita bukan tuan yang seperti tuan kepada binatang, tapi kita adalah tuan kepada negara kita sendiri yang mementingkan kedamaian dan kemakmuran sesama kaum dan membahagi secara samarata kesenangan yang terdapat dalam bumi dan tanahair kita ini. Namun janganlah kita leka dan abaikan tanggungjawab sebagai kaum dan tuan di tanah air sendiri.

Watak Manusia

"Kita adalah seorang pelakon yang memainkan watak yang pelbagai dalam dunia sebenar"
Manusia kekadang selalu merasakan yang diri tidak lagi diperlukan. Manusia terkadang merasakan diri tidak lagi diperhatikan. Manusia terkadang merasakan yang mereka merupakan segalanya dalam hidup mereka. Tapi adakah kita kenal watak-watak yang terdapat dalam diri kita sendiri.
Ingatlah, kadang-kadang kita perlu memainkan peranan dan watak kita sendiri untuk berada dalam kehidupan manusia lain. Kadang-kadang kita perlu mainkan watak yang lain yang mampu kita gunakan untuk memasuki persekitaran yang baru.
Bila kita ditimpa kesusahan, mainkanlah peranan sebagai seorang yang sedang dalam kesusahan. Kalau kita dalam kegembiraan, mainkanlah watak yang dalam kegembiraan. Tapi jangan sesekali kita lupa, apabila kita berada bersama orang lain, peranan dan watak yang kita mainkan perlu selari dengan orang yang bersama kita. Jika tidak ini akan lebih memburukkan keadaan. Malah ia akan membawa kepada kita akan disisihkan dan dibiarkan syok sendiri.
Ingatlah, sebagai manusia, kita perlu mainkan watak yang pelbagai dalam dunia yang penuh dengan pelbagai rencah kehidupan. Jika kita lupa walau sedetik, maka kita akan terabai dan ketinggalan dalam dunia ini. Malah kita akan tertinggal segala yang ingin kita lakukan. Jangan lupa untuk terus berusaha memainkan watak yang menakjubkan sebagai seorang manusia yang diberikan kekuatan oleh Allah s.w.t dalam kehidupan kita yang sekejap cuma ini.
Doakan pada kawan-kawan kita agar semua menemui kebahagiaan dalam hidup masing-masing. Walau tidak bersama dengan yang kita sayangi, tapi berilah sokongan dan bantuan dalam memastikan kehidupan orang sekeliling kita akan menjadi lebih bahagia daripada hidup kita. Jika semua manusia mampu melakukannya, maka hidup di dunia bagai hidup dalam kemanisan kemanusiaan yang sempurna.

Monday, December 29, 2008

Mencari Kejayaan 4P

Baru-baru ini, adalah aku terselak majalah dan terbaca satu tulisan dari seorang yang bernama Eddy Rosyadie Mohd Samsury. Beliau merupakan seorang Perancang Pengurusan Hala Tuju Hidup dari Fate & Destiny Management Planner. Beliau telah memberikan konsep 4P yang mana mampu digunakan oleh semua pihak dalam menjadikan diri lebih terkesan dan berjaya. Berikut adalah 4P yang beliau maksudkan:

1. Purpose (Tujuan)
- Setiap orang memerlukan tujuan dalam melakukan sesuatu. Jarang kita melihat seseorang melakukan sesuatu tanpa ada tujuan tersendiri. Bila kita mengetahui tujuan hidup atau tujuan yang ingin kita lakukan, maka ini akan membantu kita menyediakan langkah-langkah yang sewajarnya dan memastikan tujuan kita itu berkesan.
- Namun harus diingat pastikan tujuan kita menepati hukum hakam dunia mahupun akhirat, jangan kerana tujuan yang kita anggap baik, kita melanggar syariat. Malah tujuan dan matlamat tidak menghalalkan cara.
- Oleh yang demikian tentukan tujuan kita dan tetapkan langkah kita. "Permulaan kejayaan seseorang bermula dengan langkah yang pertama".

2. Positive (Positif)
- Apabila kita telah menetapkan tujuan, langkah seterusnya adalah menetapkan pemikiran dan kelakuan kita. Pemikiran dan kelakuan perlulah bersifat positif agar ia mampu memberi semangat dan motivasi dalam diri kita.
- Kemudian kita perlu berusaha secara berterusan agar tujuan yang telah ditetapkan dapat dicapai dengan berkesan.
- Dengan berfikiran positif terhadap pemikiran dan kelakuan kita, maka kita akan menjana kekuatan dalam diri dengan lebih berkesan dalam memastikan matlamat hidup kita dapat dicapai. "merangkak lebih baik dari berlari asalkan sampai ke tempat tujuan".

3. Progress (Maju Ke hadapan)
- Apabila tujuan dan pemikiran telah ditetapkan, seterusnya kita perlu melakukan aktiviti-aktiviti yang mampu membawa kita melangkah maju ke depan dan mencapai kejayaan.
- Namun aktiviti-aktiviti ini memerlukan usaha dan ia amat sukar dicapai. Kerana "manusia akan sukar untuk berubah bila sudah merasakan dirinya selesa dengan tahap yang dicapai sekarang"

4. Perseverance (Kesungguhan)
- Ini merupakan langkah yang paling penting bagi seseorang untuk mencapai kejayaan. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh demi untuk mencapai matlamat yang telah ditetapkan pada awalnya.
- Janganlah kita hanya bersifat "hangat-hangat tahi ayam", hanya seketika rasa bersungguh untuk melakukan sesuatu itu, namun bila menerima dan mengharungi rintangan dan cabaran, mula goyah dan tidak tetap pendirian. Inilah yang akan menggagalkan segala usaha kita.

Oleh yang demikian, berusahalah bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan walau dimana kita berada. Namun ingat konsep kejayaan tidak mengenal erti baik atau jahat, orang yang berniaga secara jujur dan mampu memiliki rumah yang besar, kereta yang besar dan hidup yang selesa kita kata dia telah berjaya, dan bila ada orang yang merompak bank dan mendapat sejumlah wang, mampu memiliki rumah, kereta yang besar dia juga berjaya. Cuma orang yang berjaya dengan cara usaha yang bersungguh lebih baik dari orang yang menangguk di air yang keruh.

Kekhilafan diri ini

Hujung minggu yg lalu, ada kesedihan yang terjadi dalam hidup aku. Apa dia biarlah menjadi rahsia. Tapi mungkin ini semua merupakan kehilafan diri ini kerana terlalu banyak mengabaikan pelbagai perkara yang sepatut tidak aku abaikan.
Walau apapun, banyak yang aku pelajari sepanjang dua hari bercuti. Aku keseorangan, walaupun ramai kawan. Aku kesepian walau ramai teman. Tapi mujur ada kawan-kawan yang sanggup dan sedia melayan karenah diri ini walau tanpa perlu mengetahui semua perkara.
Aku habiskan masa dengan menonton wayang, malangnya, wayang yang aku tengok tersangat buhsan. Aku malayan diri duduk seorang, tetap merasa diri ini kerdil dibumi yang serba luas ini. Namun, harapan aku, agar semuanya mampu aku tangani dengan saksama dan adil. Agar diri ini tidak diinjak dan dipijak sesuka hati.

Tuesday, December 23, 2008

Kepimpinan Melayu Yang diPerlukan

Menjelang Mac 2009 kelak, UMNO akan mengadakan pemilihan kepimpinan yang baru. Kita sedia maklum, kepimpinan tertinggi UMNO inilah yang akan meneraju negara. Merekalah yang akan mengemudi kapal bernama Malaysia mengikut haluan yang diinginkan.

Adakah mereka mampu dan layak untuk memimpin negara? Memang mereka bergelar pemimpin sekarang tetapi adakah layak bagi mereka untuk memimpin sebuah negara mengikut fikrah pemikiran pimpinan terbaik pada masa yang lalu? Adakah mereka mampu untuk mempertahankan ketuanan melayu sedangkan antara mereka juga bersikap tidak mengendahkan melayu malah lebih terarah kepada kekenyangan perut sendiri dan kekuasaan mulut mereka sendiri?

Bercakap tentang kepimpinan negara, punca kekuatan yang mampu mengembalikan ketuanan melayu tersanjung dan dipuji hanyalah keikhlasan dalam melihat dan memastikan pekerjaan yang mereka lakukan membuahkan hasil tanpa mengira keuntungan diri sendiri. Kalau dilihat kepada barisan kepimpinan sekarang, hanya gosip dan khabar angin yang memburukkan nama politik. Politik tidak kotor melainkan pemain politik itu sendiri yang kotor. Bercakap tentang bangsa sendiri takut apatah lagi ingin mendapatkan penghormatan dari bangsa lain.

Namun hanya dengan keikhlasan hati dalam menyumbang sahajalah yang mampu membawa perubahan dan mempertahankan ketuanan melayu di tanah melayu sendiri. Lihatlah bagaimana sesetangan pemimpin dunia mampu diterima dalam kepimpinan mereka, hanya dengan keikhlasan hati dalam bekerja mampu menjadi penyumbang utama dalam kepimpinan mereka.

Namun begitu, masyarakat melayu selalu digembar-gemburkan dengan bangsa melayu masih teruk, mundur, tidak adil malah keras kepala. Walaupun benar, tetapi bukan semua yang seperti itu, mengapa kepimpinan tidak mencuba untuk mengubah pemikiran tersebut. Pupuklah keyakinan diri dalam anak bangsa melayu dan berilah penghargaan kepada bangsa melayu yang terbaik. Hal ini mampu menjadikan bangsa melayu merasakan diri mereka di dengar luahan hatinya. Kalau di lihat di Universiti Sains Malaysia, penyelidik-penyelidik terbaik terdiri daripada bangsa melayu. Patut kita merasa bangga dengan pencapaian. Tonjolkanlah kejayaan-kejayaan bangsa melayu yang boleh kita banggakan jangan momokkan dengan kelemahan-kelemahan bangsa sendiri.

"If we beliave we can, then we can get the support".

Wednesday, December 10, 2008

Ungkapan II

Semalam sempat juga aku baca 2-3 bab novel berkenaan cinta. Buku ni tulisan Iris Ixora. Banyak ayat-ayat menarik dalam novel ni. Salah satunya iailah:
"kalau kita dah bina mahligai, jangan seperti membina istana pasir. Belum apa-apa dan roboh. Suami isteri mesti bersatu hati. Mesti teguh. Biarpun dalambung badai atau disapa ribut, mesti kuat. Tidak mudah goyah".
Betul lah bagai di kata, sebuah istana pasir hanya menunggu masa untuk roboh, hendak pulak kalau dibina sekadar mainan bukan pertandingan. Hanya menggunakan tangan dan air bagi menguatkan benteng istana, baru datang ombak kecik dah hanyut pasir ke tepian.
Cuba bina istana dengan batuan yang kuat dan keras, barulah istana dapat berdiri teguh dan kukuh. Maksudnya, kalau ingin berumahtangga, galilah ilmu rumahtangga sedalamnya, agar bahtera yang dilayar bukan sekadar bahtera biasa tapi siap dengan pelayar yang bijaksana lagi berpengetahuan.
Walauapapun, semoga semua kawan-kawan yang akan berkahwin, yang telah berkahwin akan hidup bahagia selamanya dunia dan akhirat. Buat yang tersayang, bersabarlah, pengetahuan perlu ditimba, poket perlu berisi dan iman perlu diperkukuhkan. Akan tiba masanya untuk kita kelak. Jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Allah s.w.t dan sebagai manusia kita hanya mampu berdoa agar jodoh kita betul dan tepat, bahagia dan kekal, ajal kita dipermudahkan tanpa hisab yang panjang. InsyaAllah.

Tuesday, December 9, 2008

Ungkapan....

Satu ungkapan baru yang menarik aku terbaca masa tengah membaca semalam,

"satu hari nanti bila kamu terjaga daripada tidur dan kamu mendapat ilham dan ilham itu akan menjadi penyuluh hidup kamu di kemudian hari"

bunyi macam menarik dan dalam maksudnya, apapun, bagi aku, amatlah berharap satu hari nanti bila bangun daripada tidur akan mendapat ilham yang mampu mengubah hidup aku dan keluarga ke arah yang lebih baik, bersemangat, berkekalan dan bahagia, insyAllah.

Walauapapun, sebagai manusia yang mempunyai akal fikiran, janganlah kita banyak berangan-angan seolah-olah dunia ini kita yang punya, tanpa perlu berusaha dan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu. Yakin dan percayalah, manusia jika berusaha dan bertawakal akan mendapat apa yang diinginkan selagi keyakinan dan kepercayaan kepada Allah tetap menjadi yang utama.

Sedih beb

Semalam aku balik lambat dari kerja. Ada mesyuarat untuk aktiviti hujung minggu ni. Kebetulan aku sampai di seberang jaya berhadapan dengan Mc Donald 24jam di Stesen Minyak Caltex jam dan menunjukkan pukul 12.15. Sampai di situ aku nampak beberapa polis yang memakai baju hijau yang bercahaya dalam gelap tu, dok bagi lampu minta kereta-kereta bergerak ke bahagian kiri jalan. Nasib la aku bertentangan jalan tuh... Sampai dekat dengan tempat kejadian aku dapat lihat lumuran darah merata la juga. Adoih sedih aku tengok. Harap kemalangan tidak la seteruk yang dijangka sebab lepas dengar kejadian tanah runtuh di bukit antarabangsa dan kemalangan bas ekspress di Johor buat aku seram jalan tengah malam.




Bila sampai aku memperlahankan kereta, ni la tabiat tak elok pemandu, tapi semalam takpa la bukan banyak kereta yang lalu, rupa-rupanya yang kelihatan adalah :



(gambar hiasan)

seekor lembu yang telah dilanggar oleh kereta. Dari mana datang aku pun tak pasti, agak aku, samada lembu ni lari dari kawasan berhampiran sebab dia rasa ajal dia akan tiba esok untuk di korbankan atau dia terjatuh dari lori yang bawa lembu ni ke penempatan sembelihan. Apapun takziah kepada keluarga lembu tersebut.



Tandas





Di bawah ni gambar tandas di Switzerland, xtau la daerah apa, tapi klu korang brani masuk mcm best jer la... Aku tgk cam rasa ngilu je nak membuang, buatnya dapat nampak dek org kat luar free je jd tayangan amal.


di bahagian luar. mcm takdak apa2 jer... tapi bila masuk...

di bahagian dalam.. risau beb....

Monday, December 1, 2008

HUTANG KEWARGANEGARAAN PERLU DIBAYAR

Akhir-akhir ini, ramai orang berbicara mengenai Ketuanan Melayu. Cara penolakan Ketuanan Melayu juga tidak sama. Misalnya, dalam kalangan Melayu sendiri, ada yang menolak Ketuanan Melayu kerana lafaz dan pengertian itu datangnya daripada Umno. Lazimnya, Ketuanan Melayu versi Umno ini ditolak oleh Pas, dengan menggunakan lafaz Ketuanan Islam.

Tapi, akhir-akhir ini suara yang menolak Ketuanan Melayu ini datangnya daripada parti komponen BN sendiri, iaitu MCA. Antara punca kenapa Umno tergugat ialah kerana sejak 50 tahun belakangan ini, tiada usaha tersusun untuk menerangkan hubungan asal-usul Ketuanan Melayu yang kuat bergantung kepada Islam.

Alam ini, atau negara ini milik Tuhan dan Dia memberikan tanggungjawab ke atas khalifah (umat Islam) menguruskannya. Dan, dalam konteks negara Malaysia hari ini, orang Melayu itu beragama Islam. Itulah yang telah diperjelaskan di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Maka, suka atau tidak, Ketuanan Melayu tetap wujud walaupun lafaz itu tidak disukai sesetengah pihak. Lafaz ini wujud dengan sebab wujudnya orang bukan Melayu di negara ini. Maka, kalau bukan Melayu tidak wujud dan tidak berhiijrah dari negara asal mereka (China dan India), tiada keperluan lagi untuk dipertahankan hal ini.

Soi Lek dan Mei Fun antara pihak yang paling ke depan dalam hal membantah Ketuanan Melayu ini. Soi Lek menolak hal ini kerana konsep ini seperti faham tuan-hamba walaupun sebenarnya hubungan Melayu dan bukan Melayu di negara ini bukannya seperti 'Master and Slave' dalam hubungan Bangsa Mesir purba yang memperhambakan Bani Israel suatu ketika dahulu.

Kemuncak kepada penolakan tuan-hamba (master and slave) ini bermula dengan konflik pergeseran antara Musa dan Fir'aun. Tapi, adakah hal semacam ini diperjelaskan oleh Umno kepada MCA?

Antara ciri-ciri yang menunjukkan sesebuah bangsa itu masih terperangkap dengan fahaman tuan-hamba (master and slave) ini ialah sikap menjadikan kaum wanita sebagai hamba kaum lelaki.

Tahap paling kronik ialah menjadikan wanita sebagai alat pemuas nafsu syahwat kaum lelaki. Mungkin Soi Lek lebih faham dan sedar hal ini kerana beliau lebih berpengalaman sebelum beliau meletakkan jawatan sebagai Menteri Kesihatan tidak lama dahulu.

Kewarganegaraan dan Ketuanan Melayu ada harganya

Ketua Wanita MCA Chew Mei Fun pula menyifatkan bahawa konsep ketuanan Melayu tidak lagi relevan atas alasan semua rakyat menyumbang kepada pembangunan negara. Tambah beliau lagi, dalam negara ini semua rakyat adalah tuan tanah Malaysia.

Jika Mei Fun memahami apakah maksud sumbangan dan jika beliau mentakrifkan sumbangan itu sebagai sesuatu yang berharga seperti wang, melalui cukai dan sebagainya, maka fahaman yang semacam ini perlu diteliti dengan sebaik-baiknya.

Sebagai yang termaklum, apabila bangsa Melayu memberikan kewarganegaraan kepada bukan Melayu, maka bukan Melayu perlulah iktiraf Ketuanan Melayu, Keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu dan kedudukan Islam sebagai agama rasmi persekutuan di negara ini. Sekali lagi, Islam adalah kunci utama dalam penyelesaian hal ini.

Ketuanan Melayu ada harganya. Harganya adalah darah dan air mata. Nenek moyang Melayu mempertahankan bumi ini daripada Siam, Portugis, Belanda, Jepun dan juga penjajah yang lain. Sedangkan, kaum bukan Melayu tak banyak memainkan peranan dalam menolak penjajahan ini, melainkan Jepun sahaja.

Dan, hal ini pun terjadi kerana kesan orang-orang Cina yang tidak suka negara mereka dilanggar oleh Jepun suatu ketika dahulu. Maka jumlah penolakan ke atas penjajahan ini, kaum Melayu yang lebih banyak berkorban berbanding bangsa-bangsa lain. Inilah harga Ketuanan Melayu dan adakah mereka sanggup berkorban?

Apabila menjelang kemerdekaan, atas persetujuan bahawa orang Melayu mahu menerima bukan Melayu sebagai warganegara dan bukan Melayu mahu menerima hak keistimewaan Melayu dan lain-lainnya, maka bermulalah urusan 'membayar' semula hal yang telah dipersetujui itu melalui cukai-cukai, wang yang dilaburkan dan sebagainya.

Maka, orang bukan Melayu selama ini membayar cukai, menyumbang wang, melabur di dalam pembangunan di negara ini kerana melunaskan hutang kewarganegaraan mereka seperti yang diputuskan sejak lama dahulu.

Kewarganegaraan itu ada harganya dan wang yang dilaburkan selama ini cuma sekadar membayar kewarganegaraan tersebut. Inilah yang harus difahami oleh kaum bukan Melayu di negara ini.

Sementara bangsa Melayu membayar wang, cukai dan segala macam pelaburan di dalam negara ini adalah untuk membayar apa yang dinamakan sebagai ketuanan Melayu itu sendiri.

Islam menjelaskan hal ini sebagai berikut. Di dalam sebuah negara yang mana penduduknya memilih untuk tidak menganut agama Islam misalnya, para penduduknya tidak akan pernah dipaksa. Kemudiannya, negara itu diminta untuk terus berada di bawah naungan Islam, membayar ufti, sejumlah wang sebagai tanda ikatan antara mereka.

Dengan perjanjian dan akad itu, negara itu akan terus-menerus dilindungi oleh negara Islam jika negara bukan Islam di bawah naungan mereka yang telah membayar ufti itu diserang oleh sebuah kuasa lain.

Sepatutnya, hal fahaman yang semacam inilah yang cuba dibangkitkan oleh Umno (khasnya agamawan Umno) kepada ahli-ahli parti komponen mereka. Tetapi, akhirnya yang diasuh, dinilai, dipupuk, ditarbiyyah hanyalah perkongsian kuasa.

Agak pelik juga.. kuasa yang direbut-rebut selama ini akhirnya dikongsi pula. Jadi, ini fahaman yang rapuh dan mudah tertanggal daripada jiwa orang bukan Melayu khasnya rakan mereka sendiri daripada MCA.

Kesimpulannya, janganlah orang bukan Melayu di negara ini menyangka bahawa sumbangan mereka selama ini sama ada dalam bentuk wang cukai pelaburan ini menunjukkan bahawa orang Melayu telah berhutang pula kepada mereka. Malah, sebenarnya mereka berhutang kewarganegaraan kepada orang Melayu.

Dan wang, cukai selama ini yang kononnya untuk pembangunan negara ini sebenarnya adalah wang untuk melunaskan hutang piutang kewarganegaraan kepada orang Melayu sebagai tuan kepada negara ini.

Kita pun bukan suka sangat menulis mengikut rentak semacam ini. Dah lama juga kita pendam. Takut silap tafsiran, orang tuduh tulisan semacam ini sudah ada ciri-ciri perkauman pula. Tapi, jika orang sudah membeli, kita patutlah menjualnya dan orang telah memberi kita patutlah merasa.

Tapi, Umno yang diharapkan menjawab seperti ini, telah kering akliah dan kosong fikirannya, tidak tahu cara menjawab. Yang mereka tahu, tutuplah mulut kerana nanti akan jadi isu perkauman.

Demikian, jika sudah banyak makan rasuah, kerap berlibur dan berhibur, akal jadi mati berhujah untuk menjawab tohmahan rasoh (rakan yang sebenarnya musuh).

Fahri Abdullah al-Masri