beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Saturday, July 25, 2009

Fikirkan la Wahai diri iNI.

DOk sorg2 kat beranda sambil tengok perseketiran hotel, aku terfikir adakah aku sudah bersedia utk mendirikan rumahtangga. Dengan melihat keintiman org lain, dengan melihat kebahagiaan org lain, dengan mendengar kegembiraan org lain adakah aku mampu menjadi seperti merek-mereka ini. Minggu ini aku amat beruntung sebab dipertemukan dengan hampir 18 pasangan saudara baru yang baru mendirikan rumahtangga. Berjalan sentiasa berpimpin tangan, bercakap lemah lembut, panggilan manja, duduk segandingan, malah ada yang lebih intim dari yang aku jangkakan.

Tapi dalam pada melihat mereka-mereka ini, aku tertanya sudahkah aku mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorg suami, ayah, pendidik kpd isteri dan ank2, penjaga kepada kehormatan dan keselamatan, pengawas kepada tatasusila, pembimbing kepada permasalahan, pendamping kepada pengasih, pembantu kepada yang menjaga dan berusaha… wow banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ni baru di atas kertas, kalau dah kawen hampir 1001 perkara pelru dilakukan. Bukan mudah.

Lafaz akad yang di lafazkan pada waktu mengakad nikah bukan main-main atau sekadar mencuba, malah itu janji yang perlu dilafazkan kerana Allah demi mengambil alih hak dan tanggungjawab dari sebuah keluarga yang akn menyerahkan anknya untuk dijaga, dibelai, dididik, dibantu, dinasihat, di bimbing dan bermcm2 di lagi. Mampukah aku melaksanakan semuanya. Tapi kata org kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai. Takkan dgn tak sanggup mengambil risiko aku nak membujang smpi ke tua.

Adakah perkahwinan sekadar untuk menghubungkan dua jiwa dari segi fizikal… tidak. Tetapi perkahwinan ini merupakan sebuah penyatuan yang memerlukan kasih dan saying, saling membantu dan bekerjasama. Barulah mampu melayari bahtera perkahwinan. Manusia juga bukan robot yg boleh diprogram supaya sentiasa baik, pasti aka nada badai yang perlu ditempuh. Adakah aku sudah yakin dgn diri untuk menempuh badai dgn org lain sbg pasangan hidup dan berjaya? Fikir sendri la kan… Sebab yang nak tanggung pun sendiri2 juga kan….doa dan tawakal la yer.

2 comments:

Ustazatukum said...

Begitulah sepatutnya seorang lelaki budiman berfikir sebelum memulakan langkah untuk memegang dan memikul tanggungjawab sebagai seorang yang bergelar SUAMI...
Namun ungkapan memang mudah untuk dibicarakan..secaa praktikalnya hanya Allah yang mengetahui.
Moga anakanda dipertemukan Allah dengan permaisuri yang serasi sehati dan sejiwa, saling percaya..
Wallahu a'lam

Penerang Cahaya Jalan said...

Aduh terharu nyer dgn ustzah... terima kasih ustzah krana mendoakan sy. Semoga dimakbulkan Tuhan. Tapi benar tanggungjwb satu benda yg amt berat utk dipikul. Sy pun baru melaluinya. Adoi... walaupun dri cara yg berbeza, tapi tetap tanggungjwb yg perlu dipikul dan di rasai. apatah lgi membuat janji utk hidup bersama. Lagi la berat. Ank org kita amek... kna jg dgn elok la. Kan ustzah. Thanks.