beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Sunday, July 26, 2009

Kursus Lagi...

Minggu ni aku akn berkursus sepanjang minggu. Ari jumaat lepas sampai ahd, aku ke batu feringgi kursus Keluarga Bahagia, arini ke pendang lake resort lak smpi ari khamis, kursus pemantapan organisasi, pastu jumaat ke yan lak kursus citra solat dan al-quran. MasyAllah, bateri diri ni kena charge lebih la pasni, berkali-kali ganda nak kena guna. Tabah2....
Apapun, barmula minggu ni smpi ari ahd, aku akan terputus hubungan dengan internet, takleh dah nak download movie2 kesukaan, menatap facebook dan blog, xleh lagi nak berym dgn kwn2 khususnya org2 yg slalu aku ym la, hanya hp akn menemani aku sepanjang masa. haha... jd la, janji dpt connected dgn kwn2 aku drpd dok ngan peserta2 kursus jer... haha...
Apapun harapan aku semoga kursus2 yg aku hadiri akn berjaya dan berjln lancar sepertimana kursus2 yang telah aku lalui sebelum ni. Nanti ada msa aku upload gmbr kursus2 yg aku pi ni... dah siap bawa kamera dan peralatan memancing sbb kat pendang tasek dia py luas. dapat ikan lgi best... klu tak dpt nasib aku la kan... bukan terer sgt pun. tapi yg paling best aku bawa novel... sebab yakin mesti sah buhsan, baik aku bawa benda yg aku suka kan... haha... harap maaf la kpd penceramah2 nanti... aku mmg taknak bg perhatian sgt.
Semoga aku selamat dan berjaya dalam kursus....

Saturday, July 25, 2009

Alamak!!!!

Pagi ni ada satu lagi ceramah pasal tips-tips rumahtangga... Hebat la ustaz ni dok bg ceramah. Banyak juga yg aku dpt utk kebahagiaan rumahtangga. Dasat dan kadang-kadang ada rasa gerun. Tak perlu la dibincangkan disini. Cuma ni nak cerita apa jd dalam masa tu.
Aku bual la ngan sorg lagi fasilitator psl betapa beruntungnya saudara baru (kini saudara muslim). Dok bual2 tu., dtg la sorg ustaz ni masuk join perbincangan. Pastu dia dgn sorg ustazah ni panggil aku dok bual2 ngan dia. Dia tanya la mcm2 soklan dkt aku, antaranya psl family, pekerjaan, kesukaan, dan pelbagai lagi. Aku jawab la dengan jujur.
Rupanya-rupanya ustaz dan ustazah ni nak carikan sorg utk aku sbb katanya aku belum kahwen, apa salahnya. Dia suruh pilih nak yg mcm mana, uit... terkejut la aku... Tapi mampukah aku? Rasanya tak sanggup. Layan je kejap ustaz dan ustazah ni, pastu aku bg alasan nak naik bilik. Selamat...

Fikirkan la Wahai diri iNI.

DOk sorg2 kat beranda sambil tengok perseketiran hotel, aku terfikir adakah aku sudah bersedia utk mendirikan rumahtangga. Dengan melihat keintiman org lain, dengan melihat kebahagiaan org lain, dengan mendengar kegembiraan org lain adakah aku mampu menjadi seperti merek-mereka ini. Minggu ini aku amat beruntung sebab dipertemukan dengan hampir 18 pasangan saudara baru yang baru mendirikan rumahtangga. Berjalan sentiasa berpimpin tangan, bercakap lemah lembut, panggilan manja, duduk segandingan, malah ada yang lebih intim dari yang aku jangkakan.

Tapi dalam pada melihat mereka-mereka ini, aku tertanya sudahkah aku mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorg suami, ayah, pendidik kpd isteri dan ank2, penjaga kepada kehormatan dan keselamatan, pengawas kepada tatasusila, pembimbing kepada permasalahan, pendamping kepada pengasih, pembantu kepada yang menjaga dan berusaha… wow banyaknya tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Ni baru di atas kertas, kalau dah kawen hampir 1001 perkara pelru dilakukan. Bukan mudah.

Lafaz akad yang di lafazkan pada waktu mengakad nikah bukan main-main atau sekadar mencuba, malah itu janji yang perlu dilafazkan kerana Allah demi mengambil alih hak dan tanggungjawab dari sebuah keluarga yang akn menyerahkan anknya untuk dijaga, dibelai, dididik, dibantu, dinasihat, di bimbing dan bermcm2 di lagi. Mampukah aku melaksanakan semuanya. Tapi kata org kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai. Takkan dgn tak sanggup mengambil risiko aku nak membujang smpi ke tua.

Adakah perkahwinan sekadar untuk menghubungkan dua jiwa dari segi fizikal… tidak. Tetapi perkahwinan ini merupakan sebuah penyatuan yang memerlukan kasih dan saying, saling membantu dan bekerjasama. Barulah mampu melayari bahtera perkahwinan. Manusia juga bukan robot yg boleh diprogram supaya sentiasa baik, pasti aka nada badai yang perlu ditempuh. Adakah aku sudah yakin dgn diri untuk menempuh badai dgn org lain sbg pasangan hidup dan berjaya? Fikir sendri la kan… Sebab yang nak tanggung pun sendiri2 juga kan….doa dan tawakal la yer.

Perghhhh.....

Adakah aku seorg yg hensem sehingga sanggup memaparkan gmbr seperti ini... Bukan itu yg aku maksudkan. Tapi cuma nak bgtau, aku ini juga seorg insan yg punya byk kekurangan dan ia tetap menjadi keperluan dalam kehidupan, jd jgn hanya melihat pada kekurangan diri ini, tgk la jg pd kelebihan diri kerana ia mesti menjadi satu kemestian bg menjadi manusia yg berguna... Maafkan diri ini kalau terlanjur kata, bukan bermaksud apa2 kecuali untuk berkongsi ungkapan yang menarik...

Friday, July 24, 2009

Kursus Keluarga Bahagia

Pagi td lepas subuh aku ikuti tazkirah subuh bertajukkan kasih sayang keluarga. 1 jam ustaz bg tazkirah. Melihat pasangan-pasangan yang datang, mendengar apa yang dikatakan, membuatkan aku terdetik keinginan untuk berkeluarga. Tapi aku masih belum terdesak untuk berkeluarga bak kata seorg kawan aku bila baca blog aku mcm dah tak sbr nak kawen jer... tapi bukan niat aku nak tulis yang menunjukkan smpi tahap x terkawal. Aku masih belum terdesak. Kalau jodoh hadir 2 atau 3 taun lagi pun aku i'Allah masih mampu bersabar. Cuma kali ni alangkah bahagia aku lihat pasangan-pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dtg mendgr ceramah bersama berkenaan kasih dan sayang. Bila la gamaknya aku dapat wat benda yg sama.
Antara yang terkesan dalam hati aku dalam menggilap kasih dan sayang dalam keluarga, yang pertama kasih sayang tidak akan wujud tanpa ada sangka baik pada Allah. Kita hidup dengan seorang yang tidak kita kenali, baru kenali luar dan dalam, yang mmg byk perbezaan, jd kita perlu bersangka baik dgn jodoh yang telah Allah berikah, terima dan berserah padaNya agar segala yang akan terjadi msa depan ada hikmah dan permulaan yang baik untuk kehidupan kita.
Yang kedua, kita perlu menerima perbezaan nilai, budaya, persekitaran, kehidupan serta menerima kekurangan hidup pasangan kita. Kita perlu saling lengkap melengkapi agar kekurangan yang ada ditutup kelemahan dapat di jaga. Bermula dengan perkenalan yang dipengaruhi fizikal, kemudian kita membina perasaan dalam hati, kemudian perlu memahami, berkasih sayang dan komunikasi yang berkesan dan akhir sekali perlu menerima perbezaan pasangan kita.
Yang terakhir suami atau isteri perlu ada rasa cenderung, tenteram bila bersama pasangannya. Baik suami atau isteri perlu merasai simpati dan empati terhadap pasangannya, kalau si suami telah penat mencari harta, si isteri pula perlu rajin untuk menjaga anak2, tanggungjawab suami adalah mencari rezeki dan harta buat isteri dan anak-anak, tanggungjawab isteri pula menjaga harta dan rezeki yang di cari suami. Yang penting saling bekerjasama dalam menghadapi kehidupan di dunia dan akhirat.
Kata imam hassan basri, ada 5 perkara yang menjadi asas manusia itu bahagia,
a) Sihat tubuh badan.
b) Hati sentiasa tenang
c) Hubungan keluarga atau rumahtangga yang bahagia
d) Berdikari, rajin dan bertanggungjawab
e) Tidak dibebani dengan hutang.
Banyak juga yang telah aku dapat, yang diatas ni adalah antaranya sahaja. Kata kawan aku, pasni aku dah tak pyh la nak pi kursus kahwen, sbb byk benda psal perkahwinan yang dah aku dgr dalam kursus ni. haha.... lawak la sgt. Tapi manusia mmg memerlukan kasih dan sayang bukan sahaja antara suami dan isteri tapi juga untuk sahabat2. Pada sahabat-sahabat yang dah berkahwin, hargailah pasangan anda sebab dalam dunia ni hanya kebahagiaan keluarga yang mampu memberikan kekuatan dalam diri kita untuk kuat, semangat dan cemerlang.

Thursday, July 23, 2009

Impian Seorang Nelayan

credit to en.maliki for dis song... dia nyanyi kat atas stage... i will never forget that time my bro...

Wednesday, July 22, 2009

Mengejar Realiti

Banyak membaca memberi cita
Banyak menulis memberi impian
Banyak mengkaji memberi kesedaran
Banyak bekerja memberi harapan
Banyak usaha membberi realiti...

teruskan usaha dalam mengejar cita-cita, walau x setinggi gunung, tapi tetap punya harapan dan kesedaran dalam memacu tanggungjawab selaku manusia yang bersedia mencapai realiti kehidupan.

Terang dan Gelap

Bila kita berfikiran positif....

Bila kita keseorangan, kita hidup dalam kebebasan
Bila kita hidup berdua, kita rasa kebahagiaan
Bila kita hidup bertiga, kita rasa kegembiraan
Bila kita hidup berempat, kita rasa keceriaan
Bila kita hidup beramai, kita rasa keterujaan

Bila kita berfikiran negatif....

Bila kita keseorangan, kita hidup dalam kesepian
Bila kita hidup berdua, kita rasa kesempitan
Bila kita hidup bertiga, kita rasa kekurangan
Bila kita hidup berempat, kita rasa kemalasan
Bila kita hidup beramai, kita rasa kekalutan

Apa yang di maksudkan dengan 1,2,3,4 dan ramai tu, maksudnya, bila kita belum kawen, dah kawen, ada ank 1,2 atau lebih... jd pilihan sebenarnya di tgn kita... samada nak hidup kita dalam keadaan yang terang atau gelap... renung2kan dan selamat beramal...
p.s: jgn buat andaian yg aku dah nak kawen, aku sekadar menulis apa yg terlintas di benak agr sama2 kita dpt renungkan dan fikirkan...menulis bukan kerna nama, tapi menulis kerna satu perkongsian dan percambahan ilmu. Betulkan jika salah, ambil jika benar.

Monday, July 20, 2009

Teruskan... atau Tidak

Semalam aku jupe dgn sorg pensyarah ni, dia dri satu universiti dekat mesia ni juga la... Dok bual-bual dengan dia, pastu dia pun ckp, nak x amek master bawah program dia... setahun setengah pun dah buleh hbs. Yuran pun bukan mahal. Kelas sebulan sekali jer. Jarak jauh lak tu. Dan dia yakin dengan basic IT yang aku ada, dan dengan tambahan pengalaman tempat aku kerja sekarang, berbaloi sebenarnya aku amek program tu.
Cuma masalahnya sekrang ada beberapa perkara yang perlu aku pikiaq balik sblm terima. Coontohnya, dari segi kewangan, masa depan, prospek kerja, minat, keperluan masa hadapan, peluang, baik buruk, dan mcm2 lagi... tapi setakat tanya kawan2 yg dlm bidang tu dan luar bidang atau yg dah amek dan sedang amek master, kebyakkan menyokong utk aku amek la... ni la peluang yg terhidang depan mata kan. Kena la grab. But mampukah aku masuk menerobos ke alam pembelajran semula, jd pelajar yg berwibawa atau sekadar tong kosong dan angan2 mat jenin. Tapi klu dah amek, sekali melangkah perlu melangkah sampai hbs, kalau tak watpe nak melangkah... kesian sume yg nak mebantu kan... So fikir betul2. Lagipun ada masa lagi, december intake lama lagi kan...
Apapun, doakan la ye yang terbaik utk aku... kalau amek kerja kena kuat, keras dan bersemangat... kalau x amek kena juga wat sume tu, tapi tetap di takuk yg lama la kan... mana satu pilihan aku... mcm dah terang lagi bersuluh, tapi biasa la hati org yg kecil mmg tak selalu kemana2... wakaka... dlm proses meyakinkan diri la ni... bantu aku... tolong aku...yakinkan aku... waaaaaa....waaaa.....

Thursday, July 16, 2009

Merenung Hari Muka

Sekadar gambar hiasan.

Semalam sempat aku berchatting dengan kawan. Dia citer pasal saat-saat dia menjaga dan menguruskan ayahnya yang sakit. Dia mula citer dengan kisah ayahnya yang menjadi semakin pelupa. Pergi surau dan balik surau diam tanpa bercakap. Hingga lupa nama anak2. Kata org ayah dia kna buatan org. Hbs duit mencri ubat, smpi dibawa ke hospital pun masih xjd. Smpi satu hari dibawa ke hospital besar, baru tau yg ayahnya ada tumor. Tau tumor tu apa, ketumbuhan, dan tumor ayh dia di bahagian otak.

Selepas pembedahan ayahnya dan agak sembuh, di bawa balik ke rumah, mula menunjukkan petanda akan sembuh, tapi lama kemudian jadi balik. Sehingga katanya, dia pernah terlihat ayhnya ambil wuduk lama tapi hy basuh sebahagian shj. Dibawa ke hospital, dr mengesahkan ada lagi tumor. Last diaorg bawa balik ke rumah, jg sendiri. Dia yang dah hbs belajar, keje sbg kerani walaupun ada degree semata-mata nak dekat dan hbskan masa menjaga ayhnya. Tiap hari dia bergilir dengan kakak dia utk jg si ayh.

Sehingga pada satu hari, dia nak ke tempat kerja, dia salam ayhnya, ckp yg dia sygkan ayhnya sgt2, ayh dia taknak lepaskan tgn smpi terpaksa di bantu kakak dia utk lepaskan. Cium ayhnya sekali lagi sebelum bertolak ke tmpt kerja. Kul 11 kakak dia telefon ckp yang ayh dah tenat. Dia bergegas balik, dlm perjalanan sekali lg dapat panggilan dan ayhnya dah tiada. Meraung dia dlm teksi sepanjang jln balik ke rumah.

Terharu aku dengar. Teringat kisah mak dan makcik aku jg nenek aku masa nenek aku terlantar sakit di rumah. Setiap hari akn berteman air mata sbb pelbagai karenah, tapi tetap sbr. Aku yakin kawan aku ni pun pasti berdepan dengan pelbagai karenah demi nak jg si ayh yang sakit. Tapi hy dengan kesabran dan kasih syg silaturrahim kekeluargaan mampu membuatkan kita berdpn dengan semua ni.

Teringat lagi kisah iklan petronas, pasal burung murai. Adakah hidup kita ni akn jd mcm tu, masa kecik kita buat pelbagai karenah pada ayh kita, namun dia tetap sbr melayan kita, tapi bila dah dewasa ayh kita pulak yang pelbagai ragam tapi kita x mampu menahan sbr.

Terpulang pd kita sbnrnya. Yang penting klu hy pandai ckp xkan mampu membuktikan segalanya. Kita perlu berdepan dgn perkara ini. Dan semua drpd kita akn berdepan dengan perkara semcm ni. Samada kita x mampu menahan sbr dgn perangai org tua kita atau kelak bila kita tua, ank kita pulak yang x mampu menahan sbr dengan perangai kita.

Tapi aku hormat pada ayh, mak aku, makcik2 aku pakcik2 aku, sepupu2 aku, kawan aku tu dan family dia dan juga pada og yang mampu menahan sbr menjaga dan menguruskan org tua mereka dengan sbr dan tekun tanpa sedikit pun mengeluh. Harap aku pun mampu menjadi seperti mereka.

Yang penting kalau kita nak org kasih dan syg kita, maka mulakanlah memberi kasih dan syg kita pada org lain. Nescaya kelak kita akn juga mendapat kasih syg tersebut dalam kehidupan kita. Landaskan lah hidup dengan kasih syg sesama manusia. Kelak hidup kita juga yg akn bahagia.

Tuesday, July 14, 2009

Ingin ku Kembara



Sekali lagi aku mencuba untuk menghasilkan sesuatu... aku punya suka la kan....klu x suka xkan aku wat...

Sunday, July 12, 2009

Mental Block

haha... arini kan... segala yang aku wat serba tak jadi... adoi... penin aku di buatnya... aku nak menulis, tapi tak tau nak tulis apa... aku nak buka website tak tau nak cek apa... aku nak taip surat tak tau nak bg sapa... aku nak wat keje, arini aku disuruh pantau keje org... lastly aku end up dengan men donload movie apa yang aku nak tgk... then sekrang aku nak tgk smiling pasta... mcm best je dri semlm aku dok tgk... i'am into it... wakakak... gud luck chei xio shi....karektor dlm citer tu la...

Wednesday, July 8, 2009

Word for Women

Kepada semua yang membaca... bacalah dengan mata hati dan fahamilah sepenuhnya...artikel yang menarik tentang "Kehidupan seorg Perempuan"...

Esok seorg suami akan mendapat seorg isteri yang bekerjaya, tapi kahwinilah dia dengan fakta-fakta dibawah:

1. Ada seorg perempuan yang bijak pandai mcm kita, dan mendapat gaji juga sebnyak yg kita dapat, yang ada impian dan harapan seperti apa yg kita nak kerana dia adalah seorg manusia juga seperti kita.

2. Ada yg tak pernah masuk ke dapur sepanjang hidupnya seperti kita kerana terlalu sibuk dengan belajar dan bersaing untuk berjaya dalam kehidupan namun tetap dapat memasak dengan baik dan sedap.

3. Ada yang sepanjang hidupnya hanya mencintai dan mengasihi keluarga, abg, kakak dan adiknya dalam masa 20 ke 25 tahun, namun dengan beraninya bersetuju untuk tinggal serumah dengan kita, meninggalkan org yg dikasihi semata-mata untuk menerima rumah kita, keluarga kita dan menyayangi keluarga kita sepenuh rela.

4. Ada yang terpaksa menjadi tukang masak yang hebat dari hari pertama melangkah ke rumah kita sementara kita masih berdengkur dia telah berada di dalam dapur untuk membuatkan teh di awal-awl pagi dan menyediakan makan pada penghujung hari walaupun berpenat kerja seperti mana kita kerja sepanjang hari malah mungkin lebih lagi namun tidak pernah sekalipun mengeluh untuk menjadi tukang gaji, tukang masak, ibu, isteri walaupun kadang-kadang dia tidak menginginkannya dan tetap belajar apa yang kita inginkan bagi menjaga hati kita serta tidak meminta-minta walaupun dia lebih cepat mengenali kita daripada kita mengenali dia.
5. Ada yang mempunyai kawan-kawan termasuk kawan-kawan lelaki di tempat kerja, yang ikenali waktu sekolah namun tetap mengenepikan semua itu demi menjaga hati kita yang cepat cemburu buta.
6. Ada yang sanggup pergi kerja lewat walaupun mempunyai kesibukan kerja tertentu sepertimana kita di tempat kerja.
7. Ada yang melakukan semua ini sepenuh hati dan cuba melakukan yang terbaik untuk menjadikan hubungan ini sesuatu yang penting dan berjaya namun mampukah kita membantunya walau sekali...mendengar keluhan walau sekejap...dan mempercayai dia.
8. Mereka hanya mengharapkan satu benda sahaja daripada kita, kerana hanya kita saja yg
dikenalinya di dalam rumah iaitu - sokongan kita, keprihatinan kita dan yang paling penting mengambil berat tentang dia serta menyayangi dia.
Tapi tak semua lelaki mampu melakukannya. Namun kita masih punya kesempatan untuk menghargai dia.. Hargailah dia sepenuhnya...thanks to all women in my life.