beKERJA lebih GIGIH - berUSAHA lebih KUAT - berDOA lebih KERAP - berFIKIR lebih MATANG - berTINDAK lebih TEPAT

Sunday, May 29, 2011

mE @ hiMPunAn 1,000,000 bELiA

28 Mei 2011 menjejakkan kaki ke Putrajaya bersama barisan belia dari Negeri Pulau Pinang. alhamdulillah, kemeriahan dapt dirasakan dengan himpunan hampir sejuta belia. macam2 aktiviti berpekdah kami jelajahi. sempoi, takjub dan best, smpi kaki lenguh2. yg x best, jualan makan setempat ja, jenuh nak cari bila perut lapaq dan kaki lenguh, seksa juga la. tapi apapun, banyk benda ceq blaja..

ni aktiviti malam dekat sna. tu dia, org punya ramai semata-mata nak tgk si Super Junior tu mai. amboi2... kalau la depa ni xmai, agak2 bape ramai la yg tinggai. hehehe...

ha... ni sja bagi nama gelombang biru, bukan psai politik, cuma nak kasitaw, majlis belia negeri pulau pinang, kita pilih tema wana biru taun nie, dengan t-shirt yg cantik, belon yg comel., ha blh tgk belon2 kami sentiasa memeriahkan suasana. tima kasih kepada tukang2 tiup, bak kata en.mad, napas korg sume berterbangan di udara putrajaya. tahniah2. tenkayu sejuta dan infiniti dari kami.



gua pun apa lagi, mna blh lepaskan peluang bergambar. tp ceq simpan ja kamera, gmbr2 di atas adalah hasil ramakan kawan2 yg prihatin terhadap kewujudan diri ini. hehehe... wah cara juga kan bila sesekali ada org dok amek gmbr kita. trimas ye kwn2 ku, lenkali amek la bg berlebih-lebihan lagi... kui3...


apapun tahniah kepada semua. saya juga mohon mahap ats segala kekurangan, kami dah cuba memberi yg terbaik, tapi sygnya adat seorg manusia, x sumenya dapt di PERFECTkan. ini yg terdaya. semoga semua ENJOY dengan ROMBONGAN kita aritu.

Thursday, May 26, 2011

Himpunan SEJUTA BELIA di Putrajaya




Saja la nak higlight sikit pasal PROGRAM yang ceq akan JOIn pada hujung minggu nie. malah bukan ceq saja, dok berKIRA2 nie, seluruh BELIA di setiap PELOSOK Malaysia akan turut hadir bersama. 1 JUTA BELIA bersamaan dengan 1,000,000 orang kot. banyk tu '0' dia kan. Segalanya diilhamkan oleh Y.A.B Perdana Menteri masa Sambutan Hari BElia Negara 2010 taun lepas yg mana hampir 300 ribu BELIA telah berjaya dikumpulkan. Jadi taun ni kita cuba kumpulkan 1 juta BELIA lak...




ni merupakan dua penyumbang UTAMA yang telah dicari oleh SATU PERSATUAN DI PULAU PINANG untuk membawa semua para BELIA dari NEGERI PULAU PINANG ke PUTRAJAYA bermula 27 MEI hingga 29 MEi 2011 4 buah daripada KONSORTIUM dan 4 buah daripada TRANSNASIONAL. antara dua buah dari transnasional adalah bas BERTINGKAT. wow...


kekuatan belia yang akan menJOINkan diri masing-masing adalah seramai 350 orang dengan berbilang bangsa, jantina dan budaya berTERASkan 1 MalaYsia. Semoga ROMBONGAN MBNPP ini akan pergi dan balik semula dengan SELAMAT hendaknya serta semua ahli ROMBONGAN mendapat pelbagai ilmu dan pekdah yg berGUNA selama mengikuti rombongan ini.


kita membawa nama PULAU MUTIARA. mari kita GEGAQkan putrajaya dengan GELOMBANG UTARA di sana beramai-ramai. bagi anak-anak JATI PULAU PINANG yang bekerja dan menetap berDEKATan PUTRAJAYA, jemputlah bersama-sama menyertai KONTINJEN kami... lepas ASAQ kita jupa depan MASJID SULTAN MIZAN utk PELANCARAN HIMPUNAN SEJUTA BELIA beramai2 yer...

Wednesday, May 25, 2011

NaSiHaT CinTA bUaT seORG TeMaN



Nak sampaikan pandangan sendiri tentang CINTA, hehe... nak terima ke x, ikut kamu la yob... tapi dis is what i'm believe it...


berCINTA bukan semudah yang disangka, sebab perMAINan HATI bukan siapapun tahu. hanya ALLAh dan KITA. namun, kita pun belum tentu dapat tahu sePENUHnya. kerana TAKDIR ilahi bukan KUDRAT kita. kata seorg kawan, "selagi kita belum mati, maka org yg bersama kita juga belum tentu jodoh yg diberikan UTK kita"... hanya setelah kematian kita maka org yg terAKHIR bersama dengan kita adalah seBENARnya JODOH yang telah ditetapkan oleh ALLAH s.w.t kepada kita.


seKUAT mana pun CINTA kita kepada seseORG biarlah tidak melebihi CINTA kita kepada DIRI sendiri. kerana kelak org akan memBINASAkan diri kita, maka sengsara pula yang akan kita rasa. tapi jangan mengalah untuk BELAJAR memberikan CINTA kerana pada akhirnya akan ada ORG yang akan melahirkan RASA cintanya kepada KITA untuk kita dan DIA hdup bersama dengan BAHAGIAnya...


wahai TEMAN, mungkin ilmu diriku ini CETEK, tapi aku tetap berUSAHA untuk memBERIkan pandangan demi memBANTUmu wahai TEMAN. BacaLAH, semoga ianya memBANTU dirimu membuat keputusan yang kau INGINkan... ku sentiasa menDOAkan keBAHAGIAan untukmu...


seBENARnya wahai TEMAN, si dia yang cuba menDEKATImu mungkin dijentik hatinya untuk berTEMU dan berSAMA denganmu. tapi tetap selagi BUKAN dia diTAKDIRkan untuk dirimu, maka kau masih BEBAS untuk membuat pilihan yang kau rasa BAIK untuk dirimu.


wahai TEMAN, cinta tak pernah datang berGOLEK melainkan kita usaha menCARInya. tiada ISTILAH bercinta sebelum atau selepas KAHWIN, apa yang pasti bila SUDAH bersama, maka berilah dirimu kepada CINTA agar cinta itu membuat dirimu lebih dekat dengan REDHA Ilahi.

ingatlah wahai TEMAN, fikirlah dihatimu, mungkin Allah berkehendakkan DIRImu bertemu dengan orang yang SALAH sebelum ditunjukkan jalan kepadamu pada akhirnya untuk bertemu dengan orang yang BETUL. tenagkan HATImu, sabarkan DIRImu, tabahkan JIWAmu, teruskan USAHAmu, luangkan MASAmu kerana YAKIN dan PASTIlah bahawa tidak akan pernah kau dibiarkan keseORANGan menempuhi dunia ini melainkan HANYA dirimu sendiri yang tiada mahunya.


aku juga INSAN yang lemah, mahu diCINTAi dan MENcintai, diRINDUi dan MErindui, diSAYANGi dan MEnyayangi, tapi pada diriku ini MASIH belum dapat ku RUNGKAI dan ku BUKA gelung yang menyelubungi HATI ini untuk diSERAHkan pada INSAN lain selagi BELUM tiba MASA dan KETIKAnya.


serahkanlah SETIAP dari dirimu, SELURUH dari jiwamu kepada YANG MAHA ESA, kerana hanya dialah yang akan menentukan DENGAN siapa dan PADA siapa hatimu yang SUCI itu patut di SERAHkan... tapi bilamana KEPUTUSAN itu kau ambil, SERAHKANlah biar nan ABADI..

Tuesday, May 24, 2011

PraY foR mE



Hari ini ada pembentangan untuk YKN (M) Resources Sdn.Bhd. Alhamdulillah dengan berkat bantuan dan pertolongan kawan-kawan dan sifu-sifu, slide dan persediaan yg agak rapi telah berjaya di buat. Cuma segalanya terletak pada tangan para pembentang. May Allah be with us. Risau juga, walaupun selalu pernah juga bercakap dihadapan para pegawai dan ketua-ketua jabatan, once masok dlm bidang bisnes ni agak blank sikit.




ni merupakan bidang-bidang yang YKN(M)RSB laksanakan. banyak kot. jadi utk kali ni punya pembentangan kami fokuskan pada tenaga pengajar. Kalau ada kawan2 yg ada JOBS boleh la bg kat YKN(M)RSB, kami menjanjikan kepuasan pelanggan dengan tagline


"we bring thousand of possibilities"

Monday, May 23, 2011

keJAYAan aTaS keRUMITan : RM1.6 JUTA

Semalam, dari kat umah lagi punya la semangat dok pikiaq pasai nak siapkan kertas kerja. mcm mna nak buat, apa nak tulis dan len2 lagi. tapi kejadahnyer la, bila smpi je kat ofis, on PC baru teringat yang tajuk kertas kerja xdak lagi. ni masalah nyer. aku tidak ada IDEA...



mana la nak selongkaq idea nie... pikiaq punya pikiaq... last2 mohon tips dari kengkawan.





bila dah guna talian hayat ni, tak terkata banyak nyer pulak la idea2 pelik dari kawan2 aku. terimas la buat sume yer. tapi apakan daya akhirnya aku terPAKSA memilih hanya satu daripada yang bermacam2 itoooo...



dan yang paling best, menjelang jam 9.30 MALAM baru aku berjaya siapkan dua-dua kertas aku. dan HARGA terkumpul adalah sebanyak RM1.6 juta. gilos terkujat aku dengar. Satu paper, RM1 juta dan satu lag RM600 ribu. masa odw balik ke rumah dok terpikiaq lak, ni aku dok ingat duit tu akan bergolek mai mcm tu ja ka... harap2 at least diaorg PERCAYA dan beri MANDAT pada diri aku yg KERDIL ini utk mengupayakan. Bagi saya peluang untuk saya buktikan KEMAMPUAN dan KESNGGUHAN saya. i'Allah, impaknya akan mampu memberikan pekdah pada sume... KAYOS pokcik ginie...


apapun, setiap yang kita rancangkan pasti perlukan tanggungjawab dan amanah yg perlu dipikul. andai telah letakkan matlamat teruskanlah, usahakanlah, nescaya akan mendapat yang setimpal dengannya.

mY wORk

Meh nak ceter ckit psl aku masa memula BERSETUJU nak amek jawatan sekrang nie. Bermcm2 rintangan dah aku lalu dan disebabkan rasa nak BERUBAH dan MENINGKAT serta melihat kepada MINAT, akhirnya aku membuat keputusan menceburi bidang sekrang nie dengan mencabar kata2 di atas, "Hard Work Never Killed Anyone, but why take the chance?" hmmm... tapi bila dah keja dah dekat 8 bulan nie...






memang betul2 kadang2 boleh terasa memBUNUH... kerana terlalu inginkan keSEMPURNAan kadang2 ia membawa keSUSAHan dalam diri kita. bertimbun-timbun kertas kerja, surat menyurat dan pelbagai lagi yang aku tengok dan renung utk disiapkan mengikut dateline..


last-last aku balik kje dah mcm ROBOT. Mak cakap, "ang nie, kuaq umah gelap, balik pun gelap, maw x gelap..." kui3... layan juga lawak tahap Maharaja Lawak Mak aku nie. hehehe...






tapi apapun, kekadang bila kerja yg kita buat menjadi, rasa mcm nak melompat2 dan menjerit2 bagitaw dunia yg aku GUMBIRA atas kejayaan menyiapkan kerja2 aku...





dan sebenarnya betullah juga kata2 si Audrey Hepburn nie yg comel masa muda2 nie, "nothing is impossible, the word itself says i'm possible" hehe.... betul juga kan... so selagi kita yakin dengan diri kita,


teruskan melangkah, panjangkan larian untuk sampai ke destinasi tujuan.

Sunday, May 22, 2011

WaLi BanD - BaiK bAiK sAYaNg


aku tak ingin kau menangis bersedih
sudahi air mata darimu
yang aku ingin arti hadir diriku
kan menghapus dukamu sayang

karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku
hanya satu pintuku
untukmu dan hidupku

baik-baik sayang ada aku untukmu
hanya satu pintaku
disiang dan malammu
baik-baik sayang karna aku untukmu

semua keinginan akan aku lakukan
sekuat semampuku sayang
karna bagiku kau kehormatanku
dengarkan dengarkan aku...


like dis song... bangun tidur pagi tadi tetiba teringat dekat lirik lagu ni... wah.. syahdu lak.
"Wahai Tuhanku yang Esa, hadirkanlah DIRInya bagi menyempurnakan DIRIku kerna hanya padaMU ku pinta untuk menyempurnakan DIRI kami."

Thursday, May 19, 2011

GiLa GaMEs

Teringat masa zaman-zaman dekat USM dlu... sanggup xp kelas, x turun ke pdg bersukan, even x tdoq malam, hanyalah seMATA-MATA berjegil nak MAIN GAMES... Masa tu sume org layan Counter Strike, Unreal Tournement, Fifa Manager, Fifa. Kalau tetiba USM buat exam pasal games-games ni, pasti markah betul lebih daripada markah exam LKM400. hahaha... Sekarang bila dah kerja, masa untuk melayan games2 ni dah makin kureng. Apapun sesekali bila keRINDUan mengetuk dinding HATI yang paling dalam, aku layan juga.


yang paling selalu aku layan adalah FM11, buka je laptop, main game ni, bila BOS lalu belakang, cepat2 minimize, wei dah teror COVER LINE kan... haha... tapi nasib la gheja2 aku walaupun menimbun hanya kena buat dateline, so aku leh layan la juga keRINDUan hati ini men game.




ni pulak sesekali, tp jarang yang amat sebab punya la berat dan SLOW MOTION... kepada EA SPORT korg belajar2 la buat yg user frenly sikit... penat nak layan game ni walaupun kekdg best la juga leh tgk muka Giggs melompat2 bila masukkan gol. haha...




ni adalah hasrat di hati nak layan. tapi apakan daya, tangan dibedung utk main bowling masa kecik2, jd bila aku try main game ni, kiat nak mampus tgn ni. last2, aku main 2 players, dua2 aku control, ha amek kau, byk gol aku leh sumbat... tp bila main liga, aku dok bawah sekali la. jd selepas putus harapan, aku buang jejauh game ni, babai...


so... dah masok tgh 2011, cepat2 la kuar FM12, dah penat den main FM11 nie... nak juga rasa Hernandez di Man utd, Torres di Chelsea... wah semangat dan x sabaq dah ceq tngu nie...
So sekarang ni meh kita layan cara-cara nak men games lak: ha... dok view2 tadi, terserempak dgn benda alah ni... mcm cara je kalau dpt beli satu... leh main dan layan dia py grafik dgn sempoi... nnti kalau dah kuar, harap ada la HAMBA ALLAH yang nak sedekahkan kat kawe ye yob...




ha... ni yg betoi. masa kecik2 dlu teringin la yg amat nak pakai benda ni. tp skrang bila dh kje, ceq pandang pun x dah dekat benda ni. sori la mat, gua taw mau layan lu msa men game. x pueh kot. hahaha....





ha ni ciri-ciri idaman hati... agak2 kalau gua tangkap ni satu simpan dalam rumah, mak berasap x? tara skrang pun dah kalau masuk bilik x kuar sbb dok layan iPad, ni kan pulak kalau dah masukkan xbox ni? maw mak gua masukkan gua dlm peti box teruih.




satu lagi pilihan hati. wah kalau yg ni, boleh melompat-lompat gua main atas rumah. dah la rumah papan, gegaq gempita rumah.


tak pun, ceq buat mcm ni kat bilik atau kat ofis. agak2 klu dibina benda alah ni kat ofis, BOS gua akan cakap gua buat kje atau men game? sah2 awal2 dan KANTOI...




jadi, ini jalan paling selamat... apa kata gua simpan duit banyak2, x dapat beli keta dia, beli laptop dia pun jadi la kan... layan gak men game pakai laptop nie... hehehe... nak nipu bos pun boleh... wei laptop mahal2 xkan nak pakai Microsoft Office Word je... hahaha...

Wednesday, May 18, 2011

HuJaN yaNG SyyyyoooKKkkk!!!

Bangun pagi tadi, Ya Allah sejuk sampai ke tulang SUmSuM tue.. nengok keluar hujan sesgt lebat nyer... adusss.... bersepai niat kekunun nak p jogging...



So bila dah jadi mcm nie, terus tarik selimut dan zzzzz... balik... sempoi sungguh. sedaq2 layan fb sambil gegolek atas katil. huarrrghhhhh... liat sungguh bila hujan2 nie nak p gheja...





Apapun, la ni bila dah sampai ke ofis, setart buat gheja, mula rasa hepi dan semangat. Inilah kehidupan, kekadang cepat benar rasa malas menyelubungi hidup, tapi bila kita gerakkan badan dan tempekkan semangat dalam diri, kerajinan dalam otak, kita akan

"Suka dengan Kehidupan Kita"



Sunday, May 15, 2011

Kau Guruku

Guru...
Tidak pernah sedari ketika dulu olehku
Dirimu begitu gigih dan bersungguh untukku
Dalam memberikan ilmu dan ajaran padaku
Untuk menjadikan aku insan hebat dihari depanku

Guru
Kau menulis dan kau melukis
Kau bersedih dan kau menangis
Kau berjalan dan kadang-kadang berlari
Mengejar masa menumpahkan keringat

Guru
Jika diri ini pernah mengecewakanmu
Jika diri ini pernah melukaimu
Jika diri ini pernah mendustaimu
Maafkanku sepenuh hatimu

Guru
Ku tak tahu dimana untuk bermula
Agar diri ini dapat membalas jasamu
Kerana diri kerdil ini belum sepenuhnya berjaya
Seperti yang dirimu harapkan dahulu

Guru
Kau kan tetap dalam ingatanku
Selamanya ku berdoa agar kau sejahtera
Di dunia mahupun di akhirat

Wednesday, May 11, 2011

HiKaYat AGUNG PerMATA PujangGA




Kesah perlu berMULA dan akan ada pengAKHIRannya...
Adakah kini langkah semakin ku hampiri memulakan sebuah kisah CINTA AGUNG...
demi untuk sebuah legasi silasah KELUARGA...

Biarlah ia bermula dengan BAHAGIA...
berakhirnya tidak dengan sengsara...
cukuplah penat hanya seketika tapi kelak kekal sejahtera...

tak mudah mendabik dada kerana aku bukan sesiapa
sekadar seorang MANUSIA yang ingin mula melayarkan bahtera
menuju RedhaNYA bersama insan yang akan ku CINTA...

aku berharap untuk bermula
kerana ku kira masanya telah pun tiba
HIKAYAT AGUNG PERMATA PUJANGGA
merealisasikan HARAPAN demi mencapai IMPIAN...

Saturday, May 7, 2011

Ibu TerCinTa

Ruang bersama ibu sangatku raikan dengan gembiranya... Dalam dunia yang sentiasa dikejar dan mengejar masa, peluang untuk bersama orang yang mengandungkan diri ini dengan susah payah agak sukar diperoleh. Namun setiap kali peluang terhidang, akan ku gunakan sebaik mungkin, demi menunjukkan betapa dirimu amat aku hargai dan sayangi. Sejak dirimu melahirkanku banyak cerita-cerita betapa seringkali diriku menyusahkanmu... Banyak yang membuatkan diri ini sayu, hiba dan kasih akan dirimu.

Kisah kau memandikan diri ini semasa kecil. Katamu, diri ini hanyalah sebesar lenganmu. Kau baringkan diriku di atas lenganmu, kepala kecilku kau pegang di dalam genggamanmu. Perlahan dan penuh kasih kau curahkan air bersama selawat dan zikir dibibir yang tidak pernah putus. Mungkin juga doa agar anakmu ini tidak menjadi seorang yang lemah, terhina dan kotor pada masa hadapan. Dan duhai ibu, ku bersyukur kerana kau yang memandikan diri ini dengan penuh sayang, kerana anakmu kini sentiasa tahu menjaga kebersihan diri luar dan dalam. I'allah.

Diwaktu aku dihantar ke sekolah asrama, kau menangis teresak lantaran pertama kali ku berjauhan denganmu. Tahukah dirimu ibu, aku turut merasainya, malah tak ku malu untuk akui diri ini juga pernah menitiskan air mata merindui dirimu semasa di awal dunia persekolahan diasramaku itu. Tabah dan doamu yang tak pernah putus membuatkan diri ini kuat dan yakin untuk terus berdikari sehingga ku kira berjaya menimba ilmu dan menjadi sorang yang kau harapkan.

Setiap kali tibanya waktu peperiksaan, tak pernah putus kau memberikan nasihat dan ingatan. Malah tak kunjung padam pula diri ini menelefon dan bercakap-cakap denganmu untuk mendapatkan keyakinan. Malah usaha gigihmu yang setiap kali waktu diri ini sedang bertungkus-lumus menjawab soalan, kau berseorangan dirumah bertemankan surah yassin dan berdoa untuk diriku beroleh ketenangan semasa berperang dengan soalan-soalan periksaku. Alhamdulillah, wahai ibuku, walaupun tidak seberapa, namun ku harap diri ini telah membalas usaha gigihmu dengan kejayaan penuh makna.

Lantaran semakin jauh kita berpisah, ingatan dan dorongan darimu tak pernah hilang. Malah kau sering menelefon diri ini bertanyakan khabar, menambahkan pengetahuan juga menunjukkan kasih. Dek kerana itu ibu, ku berjuang hingga ku akhirnya diterima masuk ke universiti yang kau inginkan selama ini. Malah sering pula ku berseleroh tiap kali tamat menjawab soalan betapa diri ini sentiasa ada jawapan terhadap soalan yang ditanya, namun betul atau salah terpulang pada pensyarah yang memeriksanya. Dan ibu, akhirnya usaha gigih, dorongan kuat dan doa yang tak putus darimu telah membina diri ini menjadi seperti apa yang ku miliki kini.

Senda guraumu, marah sayangmu, bebelan manjamu juga renungan tajam matamu, sentiasa dalam kotak ingatanku walau dimana kaki ini berpijak. Kau ku sanjung tinggi kerana hebatnya dirimu selama ini mendidik diriku. Walaupun tiadalah diri ini berjaya, namun ukiran senyuman dibibirmu tiap kali ku pulang menemuimu, sentiasa memberi keriangan dan kegembiraan yang tak terhingga. Sesungguhnya duhai ibu, walau datang berjuta wanita dan kawan, anakmu yang daif ni berdoa agar sentiasa diberi ingatan dan kekuatan untuk berbakti padamu, mengutamakan dirimu serta menggembirakan diri. Menghilangkan dukamu, mengurangkan bebanmu serta menjauhkan sedihmu.

Wahai ibu yang ku sayangi dan ku sanjungi, kau akan tetap dihatiku sepertimana kau sentiasa meletakkan aku didalam tiap doamu. Tiada ibu yang terbaik buatku melainkan takdir Ilahi yang memastikan dirimulah ibu TERBAIK yang perlu diri ini kasih dan sayangi. Pengorbananmu takkan sama dengan bakti yang ku curah, tapi akan ku tetap berusaha demi kebahagiaan dirimu baik di dunia mahupun diakhirat.

Selamat hari ibu walaupun tiap hari ingin ku sambutnya tanda sejahteraku padamu. Izinkanlah diri ini mengucup tanganmu setiap kali ku meninggalkanmu dan biarlah ku tatap senyummu setiap kali ku pulang mendapatkanmu. Aku mencintaimu sepertimana kau mencintai Tuhanmu wahai IBUKU....