Guru...
Tidak pernah sedari ketika dulu olehku
Dirimu begitu gigih dan bersungguh untukku
Dalam memberikan ilmu dan ajaran padaku
Untuk menjadikan aku insan hebat dihari depanku
Guru
Kau menulis dan kau melukis
Kau bersedih dan kau menangis
Kau berjalan dan kadang-kadang berlari
Mengejar masa menumpahkan keringat
Guru
Jika diri ini pernah mengecewakanmu
Jika diri ini pernah melukaimu
Jika diri ini pernah mendustaimu
Maafkanku sepenuh hatimu
Guru
Ku tak tahu dimana untuk bermula
Agar diri ini dapat membalas jasamu
Kerana diri kerdil ini belum sepenuhnya berjaya
Seperti yang dirimu harapkan dahulu
Guru
Kau kan tetap dalam ingatanku
Selamanya ku berdoa agar kau sejahtera
Di dunia mahupun di akhirat
No comments:
Post a Comment